Skip to content
Home » PERINGATAN! Jangan Sesekali Tinggalkan 8 Benda Ini Dalam Kereta Anda!

PERINGATAN! Jangan Sesekali Tinggalkan 8 Benda Ini Dalam Kereta Anda!

    Barang yang tidak boleh ditinggalkan dalam kenderaan

    Sebilangan pemilik kereta gemar menjadikan kenderaan mereka sebagai ‘stor’ atau tempat menyimpan pelbagai barang kononnya bagi memudahkan mereka.

    ‘Amalan’ itu bukan sahaja mampu membuatkan kenderaan tidak bersih dan kemas (jika tidak disusun dengan baik), malah, ia juga mampu membahayakan kenderaan itu sendiri lebih-lebih lagi jika barang tersebut sejenis yang boleh mengundang bahaya. 

    Untuk artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda beberapa jenis barang yang tidak digalakkan untuk ditinggalkan di dalam kereta bagi kebersihan dan keselamatan anda serta kenderaan.

    Powerbank/ alatan elektronik

    Antara peranti elektronik yang mudah meletup adalah telefon bimbit, laptop, rokok elektronik dan power ba

    Untuk makluman anda, peranti elektronik yang dikuasakan oleh bateri litium-ion adalah sangat berbahaya lebih-lebih lagi jika ia terdedah kepada suhu panas kerana boleh mengundang risiko berlakunya letupan pada kenderaan. 

    Antara peranti elektronik yang mudah meletup adalah telefon bimbit, laptop, rokok elektronik dan powerbank yang sememangnya makin popular dalam kalangan masyarakat sekarang.

    Mengimbau semula, sekitar Oktober 2017 lalu, seorang lelaki nyaris kerugian besar apabila powerbank yang ditinggalkan dalam keretanya terbakar selepas ditinggalkan ketika cuaca panas. Mujur tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kejadian itu. 

    Tin aerosol

    Tin aerosol merupakan bahan yang sangat mudah terbakar.

    Mana-mana tin aerosol seperti penyembur rambut, racun serangga, pewangi, cat sembur dan ubat asma merupakan bahan yang sangat mudah terbakar.

    Elak daripada meninggalkan di dalam kereta kerana ia boleh membuatkan kandungan bahan kimia yang ada di dalam tin mengembang dan bertindak balas, seterusnya berisiko mengakibatkan letupan. 

    Tangki/ tong gas

    Amaran! Tolong jangan sesekali terniat untuk meninggalkan tangki gas (walaupun untuk seketika) di dalam kereta kerana ia diketahui merupakan barang yang sangat merbahaya dan mudah meletup jika terdedah ataupun bocor. 

    Hanya untuk makluman anda:

    Sekitar November tahun lalu, seorang mekanik rentung selepas terperangkap di dalam kereta Perodua Alza yang terbakar di Terengganu. Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md. Hilman Abd. Rashid, siasatan awal menemui tiga buah tangki gas untuk kerja kimpalan serta satu tangki oksigen di tempat duduk belakang kenderaan mangsa.

    Pada Jun 2018 lalu, berlaku kejadian di mana seorang lelaki melecur gara-gara membawa tong gas petroleum cair (LPG) yang dipercayai bocor. Keretanya kemudiannya meletup selepas dia menghidupkan pemetik api untuk merokok di sebuah penempatan sekitar USJ.

    Akibat kejadian itu, mangsa melecur di kedua-dua belah tangan, bahkan keretanya juga rosak teruk. 

    Pemetik api

    Pemetik api sangat mudah meletup jika dibiarkan di dalam kereta yang panas

    Terutamanya golongan perokok, pastikanlah anda tidak meninggalkan pemetik api atau mancis di dalam kereta anda. Tidak dinafikan, terdapat segelintir individu yang mengambil mudah dengan menyimpan satu pemetik api mereka di dalam kereta untuk memudahkan mereka. 

    Ingat ya, ia mampu membahayakan anda dan kenderaan kerana pemetik api sangat mudah meletup jika dibiarkan di dalam kereta yang panas. 

    Ubat-ubatan 

    Ubat akan cepat rosak jika terdedah kepada suhu yang tinggi

    Sebarang jenis ubat-ubatan tidak boleh disimpan di dalam kereta sama ada untuk jangka masa yang sekejap atau lama. Ubat akan cepat rosak jika terdedah kepada suhu yang tinggi. Apabila anda mengambil ubat yang sudah rosak, semestinyalah ia secara tidak langsung boleh menjejaskan kesihatan anda.

    Ingat, kebanyakan ubat memerlukan anda untuk menyimpannya pada suhu bilik ya. 

    Petrol

    Petrol yang disimpan sebagai minyak rizab ketika kecemasan (yang biasanya di simpan di dalam bonet) adalah sangat berbahaya kerana petrol adalah jenis bahan yang sangat mudah terbakar.

    Anda mungkin berpandangan bahawa petrol bukannya mudah terbakar akibat cuaca panas atau bahang dan memerlukan api untuk menyala. 

    Namun malang tidak berbau. Kereta anda boleh terbabit dalam kemalangan dan risiko berlaku percikan api sentiasa ada di mana-mana.

    “Petrol atau diesel tidak harus disimpan dalam tong plastik atau tin kerana haba panas yang terperangkap dalam bekas itu boleh menyebabkan letupan,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Segamat Penolong Penguasa Bomba Muhd Hazim Abd Razak seperti memetik laporan.

    Beliau juga menasihatkan orang ramai ramai untuk tidak menyimpan petrol dalam bekas diletak di ruang penyimpanan barang kenderaan. Ini kerana, jika kenderaan dilanggar daripada belakang, ia boleh menyebabkan kebakaran.

    Ubat gegat dan racun

    Apa sahaja bahan beracun tidak digalakkan ditinggalkan dalam kereta

    Racun serangga seperti ubat gegat mungkin nampak tidak berbahaya. Namun tahukah anda ia sebenarnya mampu mengancam kesihatan tanpa kita sedar jika ditinggalkan dalam kereta?

    Sebarang jenis bahan beracun tidak digalakkan tinggal dalam kereta kerana ia mudah meruap jika terkena panas, sekaligus mencemarkan udara dalam kenderaan. Jangan sebab nak lipas mati, nyawa anda pula yang melayang. 

    Makanan & minuman

    Makanan dan minuman yang dibiarkan di dalam kenderaan adalah berbahaya untuk kesihatan

    Anda kerap tinggalkan air mineral yang tidak habis dalam kereta, dan minumnya semula selepas beberapa hari ditinggalkan? 

    Jangan!

    Untuk info, makanan dan minuman yang dibiarkan di dalam kenderaan adalah berbahaya untuk kesihatan. Ini kerana makanan atau minuman anda itu sudah terdedah kepada bahang matahari. Ia berbahaya kepada kesihatan anda kerana suhu dalam kereta boleh mencecah 70°C atau lebih. Secara tidak langsung, ia menyebabkan kandungan dalam makanan atau minuman terurai dan menghasilkan bahan kimia cemar.

    Jangan ambil mudah

    Diharapkan perkongsian pada kali ini akan membuka mata dan memberi peringatan untuk tidak meninggalkan barang tidak sepatutnya di dalam kenderaan selepas ini. Ingat, jangan hanya kerana ingin mudahkan anda, akhirnya nyawa anda yang tergadai.  


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.