Kereta MPV keluaran jenama tempatan popular, Perodua Alza sememangnya mendapat tempat dan sambutan yang menggalakkan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ia mula diperkenalkan sejak November 2009 dan sepanjang ia dijual, model tersebut telah melalui dua fasa facelift, iaitu pada Januari 2014 dan September 2018.
Dihentikan produksi?
Namun memetik laporan Paultan.org, setelah 12 tahun, model Perodua Alza ini dikatakan akan dihentikan produksi 2 bulan dari sekarang.
Menurut laman portal itu, satu nota telah diedarkan oleh pihak Perodua kepada pengedar-pengedarnya bahawa Alza disahkan akan dihentikan pengeluaran pada Januari tahun depan dan tiada satu unit akan dipasang bermula 1 Februari 2022.
Sebab penamatan produksi
Antara sebab penamatan produksi Perodua Alza adalah kerana pelaksanaan piawaian emisi ekzos Euro 4 yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2022, berbanding Euro 2 yang dilaksanakan pada ketika ini.
Apakah itu piawaian emisi ekzos Euro?
Untuk memudahkan pemahaman anda, piawaian ini merujuk kepada had yang boleh diterima untuk pelepasan ekzos kenderaan baru yang dijual di negara-negara ahli Kesatuan Eropah.
Ia berdasarkan pengeluaran asap, nitrogen oksida, gas hidrokarbon, karbon monoksida dan partikel asap yang dihasilkan semasa enjin dihidupkan.
Kenderaan yang tidak lulus piawaian ini tidak dibenarkan untuk dijual di Kesatuan Eropah, namun piawaian baharu tidak dikenakan kepada kenderaan sedia ada di jalan raya.
Undang-undang ini mula dikuatkuasakan pada tahun 1992 dengan standard Euro 1 sebagai permulaan. Undang-undang Euro 1 menyatakan bahawa semasa beroperasi enjin tersebut tidak boleh melepaskan 2.72g karbon monoksida per km, 0.97g Nitrogen Monoksida dan Hidrokarbon per km, dan 0.14g jelaga bagi setiap km bagi enjin petrol dan juga disel.
Dan bermula dari 31 Desember 1992, semua kereta yang akan dijual di kesatuan Eropah perlu melepasi tahap piawaian ini atau langsung tidak dibenarkan untuk dijual terus.
Di Malaysia pula, emisi Euro 4 mula digunakan bermula Januari 2020 yang dipercayai mampu mengurangkan pencemaran dan pelepasan asap dari enjin kepada alam sekitar bagi menjamin kelestarian alam. Standard Euro 4M yang digunakan merupakan standard yang telah diubah suai untuk memenuhi keperluan pasaran dan keadaan cuaca tempatan.
Jumlah unit terakhir yang akan dihasilkan
Dalam pada itu, notis tersebut juga turut berkongsikan angka-angka untuk produksi unit-unit akhir Alza seperti di bawah:
- 2,828 unit pada bulan November
- 2,283 unit pada Disember
- 1,100 unit pada Januari
Jangan risau, MPV lain ada untuk keluarga anda
Selepas khabar angin mengenai pemberhentian produksi Perodua Alza pada awal tahun depan, mungkin ada yang mula memikirkan kereta MPV/ SUV jenis apakah lagi yang boleh dibeli selepas ini terutamanya untuk kegunaan seisi keluarga.
Jangan risau, sebenarnya terdapat lagi beberapa model lain yang ada di pasaran yang anda boleh pertimbangkan seperti:
Perodua Aruz
Harga: RM72,900 – RM73,226
- Boleh memuatkan sehingga 7 orang penumpang
- Mempunyai 6 beg udara dan kawalan kestabilan untuk semua varian
- Tempat duduk di barisan ketiga menawarkan keselesaan yang baik
Lihat spesifikasi penuh di sini:https://www.perodua.com.my/files/perodua_aruz_2021.pdf
Proton Exora
Harga: RM59,800 – RM66,800
- Boleh memuatkan sehingga 7 orang penumpang
- MPC turbocharged termurah di Malaysia
- Penyaman udara disediakan untuk penumpang baris kedua dan ketiga
Lihat spesifikasi penuh di sini: https://www.proton.com/en/find-a-car/exora
Proton X70
Harga: RM94,800 – RM122,800
- Boleh memuatkan sehingga 11 orang penumpang
- Mempunyai 6 beg udara, ESC, TCS untuk semua varian
- Tempat duduk depan berventilasi
Lihat spesifikasi penuh di sini: https://www.proton.com/en/find-a-car/protonx70
Toyota Innova
Harga: RM111,622 – RM129,677
- Boleh memuatkan sehingga 8 orang penumpang
- 7 beg udara dan kawalan kestabilan untuk semua varian
- Sokongan Android Auto dan Apple CarPlay
Lihat spesifikasi penuh di sini: https://toyota.com.my/vehicles/mpv/innova
Toyota Avanza
Harga: RM77,963 – RM84,848
- Boleh memuatkan sehingga 7 orang penumpang
- Kunci keselamatan kanak-kanak
- Sistem brek anti-kunci
Lihat spesifikasi penuh di sini: https://toyota.com.my/vehicles/mpv/avanza
Nak beli Perodua Alza? Kunjungi pusat jenama Perodua hari ini
Untuk anda yang masih ingin membeli dan mendapatkan Perodua Alza ini sebagai kereta harian anda, anda bolehlah mengunjungi mana-mana showroom Perodua sebelum terlambat.
Terdapat tiga varian yang boleh dipilih, sama ada Perodua Alza SE atau AV dan Alza S dengan harga bermula daripada RM52,661 untuk transmisi automatik.
Layari laman web Perodua sekarang untuk ketahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri bagi setiap varian yang ada.
Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.