Berita baik untuk anda!
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL.
Memetik laporan, Ismail berkata ia akan diberikan selama sebulan bermula hari ini merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel dan tidak terkecuali, bas RapidKL.
Fahami peningkatan kos sara hidup
Ujar Ismail, tambang percuma itu diberikan selepas memahami dan melihat kepayahan rakyat khususnya dengan peningkatan harga barang serta kos sara hidup pada masa ini.
“Oleh itu, sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, saya dengan sukacitanya mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini,” katanya.
Beliau dalam pada itu mengharapkan orang awam dapat mengambil kesempatan ini untuk menaiki pengangkutan-pengangkutan awam yang ada.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: