Skip to content
Home » Protokol Covid-19 Bagi Kemasukan Pelancong Antarabangsa ke Malaysia

Protokol Covid-19 Bagi Kemasukan Pelancong Antarabangsa ke Malaysia

    Malaysia merupakan antara negara Asia Tenggara yang anda tidak boleh lupa untuk melawat! Daripada pelbagai jenis masakan dan budaya yang menarik sehingga lah ke tempat-tempat yang indah – anda boleh dapatkan semuanya di tanah air ini.

    Berita baik untuk pengembara! Malaysia telah membuka kembali sempadan antarabangsa selepas mengenakan sekatan perjalanan selama dua tahun.

    Negara akan beralih ke fasa endemik selepas lebih dua tahun memerangi pandemik Covid-19. Susulan itu, Malaysia telah pun mengalu-alukan pelancong dengan keperluan minimum bermula pada 1 April.

    VLT melalui inisiatif udara digantikan dengan Protokol Umum Pembukaan Sempadan

    Kerajaan mengumumkan penggantian VTL melalui inisiatif udara antara Malaysia dan Kemboja, Singapura dan Thailand dengan Protokol Am Pembukaan Sempadan untuk pelancong mulai 1 April.

    Pelancong dari negara-negara ini juga perlu mengikut protokol kesihatan di bawah Protokol Am yang ditetapkan oleh KKM, sama seperti pelancong dari negara lain.

    Protocol untuk pelancong memasuki Malaysia

    Baca untuk ketahui garis panduan untuk memasuki sempadan Malaysia:

    Kelayakan kemasukan

    Warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia boleh memasuki negara tanpa perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa Malaysia.

    Aplikasi MySejahtera

    • Pelancong perlu memuat turun dan mengaktifkan Aplikasi MySejahtera sebelum berlepas ke Malaysia. Lengkapkan Borang Pengisytiharan Kesihatan dan Borang Pra-Berlepas dalam ikon “Pengembara” dalam Aplikasi MySejahtera sebelum berlepas ke Malaysia.

    Saringan dan kuarantin COVID-19

    Lengkap vaksin dengan/tanpa dos penggalak (18 tahun ke atas)

    • Ujian pra-berlepas (keputusan ujian PCR negatif dalam masa 48 jam sebelum berlepas ke Malaysia)
    • Ujian semasa ketibaan (harus mengambil ujian RTK-AG profesional dalam masa 24 jam selepas ketibaan di Malaysia)
    • Tidak perlu kuarantin (bagi ujian negatif)

    Lengkap vaksin dan baru dijangkiti Covid-19 (dalam masa 60 hari sebelum berlepas – 18 tahun & ke atas)

    • Ujian pra-berlepas (keputusan ujian PCR negatif dalam masa 48 jam sebelum berlepas ke Malaysia)
    • Ujian semasa ketibaan (harus mengambil ujian RTK-AG profesional dalam masa 24 jam selepas ketibaan di Malaysia)
    • Tidak perlu kuarantin (bagi ujian negatif)

    Tidak divaksin atas sebab perubatan

    Ujian pra-berlepas (keputusan ujian PCR negatif dalam masa 48 jam sebelum berlepas ke Malaysia)
    Ujian semasa ketibaan (harus mengambil ujian RTK-AG profesional dalam masa 24 jam selepas ketibaan di Malaysia)
    Kuarantin/ujian lanjut: Tiada (berdasarkan kes)

    *Nota: Individu yang tidak divaksin perlu kemukakan bukti pengecualian perubatan daripada vaksin

    Tidak divaksin sepenuhnya (18 tahun & ke atas)

    • Ujian pra-berlepas (keputusan ujian PCR negatif dalam masa 48 jam sebelum berlepas ke Malaysia)
    • Ujian semasa ketibaan (harus mengambil ujian RTK-AG profesional dalam masa 24 jam selepas ketibaan di Malaysia)
    • Kuarantin selama 5 hari (ujian PCR pada hari ke-14 dan ujian RTK-AG pada hari ke-5)

    Berumur 17 tahun ke bawah (divaksin/tidak divaksin):

    • Ujian pra-berlepas (keputusan ujian PCR negatif dalam masa 48 jam sebelum berlepas ke Malaysia)
    • Ujian semasa ketibaan (harus mengambil ujian RTK-AG profesional dalam masa 24 jam selepas ketibaan di Malaysia)
    • Tidak perlu kuarantin (bagi ujian negatif)

    Dapatkan Insurans Perjalanan untuk memasuki Malaysia

    Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, semua pelancong asing mesti membeli insurans perjalanan dengan perlindungan minimum AS$20,000 (RM84,000).

    Perlindungan insurans akan menanggung kos kuarantin, rawatan dan kemasukan ke hospital sekiranya pelancong dijangkiti semasa berada di sini.

    Pelancong juga perlu mengisytiharkan dalam aplikasi MySejahtera bahawa mereka mempunyai polisi perlindungan insurans perjalanan sebelum berlepas.

    Namun, insurans perjalanan dikecualikan bagi warga Malaysia dan Singapura yang melakukan perjalanan antara kedua-dua negara. Pengecualian itu adalah perjanjian bersama antara kedua-dua negara.