Skip to content
Home » Psttt… Ini 5 Fakta Mengenai Insurans yang Mungkin Anda Belum Tahu

Psttt… Ini 5 Fakta Mengenai Insurans yang Mungkin Anda Belum Tahu

    “Eh, betul ke insurans ni boleh….”

    Sebut je pasal insurans, mesti ramai yang dah tahu. Tapi bila tanya sebarang perkara tentang insurans, mungkin masih ada yang belum boleh jawab dan tahu begitu arif mengenainya. Malah kadang-kala, yang sudah beli insurans itu pun tidak tahu apakah manfaat sebenar yang insuransnya itu akan berikan.

    “Takpe, ejen aku ada, nanti aku boleh tanya…”

    Jangan begini. Tidak salah untuk anda ambil tahu perihal insurans ini. Malah, ia akan membawa lebih manfaat kepada anda. Justeru kali ini, kami kongsikan 5 perkara atau fakta mengenai insurans yang anda perlu tahu.

    #1. Maksud premium dalam insurans

    Salah satu perkataan/ terma yang anda akan sering dengar dalam insurans adalah ‘premium’. Namun, apakah maksud sebenar premium ini?

    Mudah je, premium ini bermaksud jumlah/ amaun yang anda perlu bayar setiap bulan kepada syarikat insurans.

    Untuk premium, anda sebenarnya boleh adjust dengan ejen anda sebelum membeli insurans. Jika anda ingin mendapatkan jumlah perlindungan yang tinggi, maka setiap bulan, premium yang anda perlu bayar kepada syarikat insurans juga adalah sedikit tinggi.

    Tapi ingat, pastikan anda tidak melebihi bajet ya.. dapatkan pelan insurans mengikut keperluan anda supaya anda mampu untuk membayar premium yang ditetapkan setiap bulan.

    #2 Insurans Nyawa boleh bantu tanggung kos pengebumian anda

    Biar betul?

    Ya… jika anda mendapatkan insurans nyawa, waris anda tidak perlu lagi risau mengenai kos pengebumian sekiranya anda meninggal dunia suatu hari nanti. Ini kerana penanggung insurans akan menguruskan kos pengebumian anda nanti!

    Ingat, kos pengebumian tidak semurah yang disangka tau. Jadi, bagus juga jika anda mendapatkan insurans nyawa. Sekurang-kurangnya waris anda tidak terbeban dengan kos untuk menguruskan kematian anda.

    #3 Insurans boleh bantu bayar hutang anda

    Bagaimana?

    Jangan salah faham ya. Ini bukan bermakna anda beli insurans, duit tu anda boleh dapat untuk bayar segala hutang anda.

    Begini konsepnya…

    Ketika hayat anda, anda pasti banyak dibebani dengan pelbagai komitmen/ hutang bukan? Antaranya , duit pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman pendidikan dan pelbagai lagi. Sekiranya anda meninggal dunia nanti, segala hutang tersebut kemudiannya perlu ditanggung oleh waris/ keluarga anda.

    Sanggupkah anda melihat mereka derita dan tanggung semuanya? Mesti tidak kan? Jadi melalui insurans nyawa, ia sedikit sebanyak mampu membantu membayar komitmen-komitmen tersebut. Pampasan wang insurans yang waris anda akan dapat boleh digunakan untuk membayar hutang anda nanti.

    #4 Insurans Nyawa bakal jadi penyelamat keluarga anda

    Peranan insurans nyawa ini sangat besar. Sekiranya anda meninggal dunia, anda tidak boleh membiarkan anak-anak anda terutamanya hidup dalam keadaan sehelai sepinggang.

    Ada yang menganggap membeli insurans nyawa ini adalah satu kerugian kerana hasilnya akan diperoleh oleh orang yang masih hidup.

    Buang jauh-jauh persepsi itu! Dengan adanya insurans nyawa, ia akan memastikan suami/isteri/anak-anak anda dapat meneruskan kehidupan yang lancar apabila anda tiada nanti.

    #5 Kadar premium boleh meningkat

    Jangan terkejut!

    Ya.. pada kebiasaannya, premium anda boleh mengalami sedikit peningkatan pada setiap beberapa tahun. Jadi jangan terkejut sekiranya anda melihat premium yang anda bayar semakin mahal suatu hari nanti.

    Sebab itulah, anda digalakkan untuk mengambil insurans dari usia yang muda kerana premium yang anda akan bayar lebih rendah berbanding individu yang lewat membeli insurans.

    Bjak.com mempunyai pasukan ejen yang berdedikasi untuk menjawab segala persoalan anda mengenai insurans. Hubungi sahaja http://Bjak.com/life pada bila-bila masa yang anda mahu.