Skip to content
Home » Punca Temperature Kereta Naik

Punca Temperature Kereta Naik

    Kenapa temperature kereta naik

    Pernah tak ketika sedang memandu, anda tiba-tiba perasan meter temperature kereta naik dan semakin menaik? Kalau berlaku, anda jangan gelabah. Sebenarnya terdapat beberapa punca yang menyebabkan meter temperature kereta anda boleh naik secara mendadak.

    Sistem penyejukan kereta 

    Untuk makluman anda, sistem penyejukan kereta memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan suhu atau temperature kereta anda sentiasa berada dalam keadaan stabil dan mengelak daripada overheat. Jika anda mendapati bacaan meter temperature kereta tinggi atau enjin kereta berasap, ia mungkin menandakan bahawa enjin kereta anda bermasalah dan ada sesuatu yang tidak kena pada sistem penyejukan kereta anda.

    Tanda temperature kereta naik

    Berikut merupakan tanda-tanda kereta overheat:

    • Muncul asap putih dari bahagian bonet hadapan kereta
    • Jarum tokok suhu enjin pada dashboard kereta anda meningkat ke arah ‘H’ atau memasuki zon merah. Untuk sesetengah kereta, anda boleh boleh melihat lampu amaran suhu enjin menyala jika suhu dalam enjin berada pada tahap yang tinggi.
    • Bau hangus datang daripada enjin

    Punca temperature kereta naik

    Pada kebiasaannya, suhu enjin naik tinggi disebabkan oleh masalah atau kerosakan pada komponen enjin atau komponen sistem penyejukan itu sendiri.

    Berikut Bjak jelaskan dengan lebih lanjut sebab atau punca temperature kereta naik. 

    Kipas radiator rosak

    Kipas radiator yang telah rosak dan tidak berfungsi secara optimum boleh menyebabkan temperature kereta naik

    Kipas radiator dalam enjin kereta berfungsi untuk mengawal suhu enjin. Kipas radiator yang telah rosak dan tidak berfungsi secara optimum boleh menyebabkan temperature kereta anda naik dan menyebabkan enjin overheat.

    Biasanya kerosakan pada kipas radiator boleh berlaku disebabkan:

    • Masalah sistem pendawaian litar motor kipas radiator
    • Kerosakan pada relay
    • Kerosakan ada suis atau sensor suhu kereta
    • Kerosakan pada motor kipas yang mana berus karbon pada motor kipas sudah haus
    • Fius terbakar, longgar atau putus

    Hos getah bocor

    Untuk makluman anda, hos getah ini merupakan komponen yang sangat penting dalam sistem penyejukan enjin kereta. Hos getah tersebut menjadi tempat untuk ia dekat dengan enjin kereta, dan seterusnya menjadikan ia terdedah dengan haba panas dari enjin.

    Apabila sudah berada dekat dengan haba panas, maka ia boleh menyebabkan hos getah tersebut bocor dan sekaligus menyebabkan temperature kereta anda naik secara mendadak.

    Thermostat kereta rosak

    Thermostat berfungsi untuk mengawal jumlah air coolant yang disalurkan melalui enjin

    Masalah temperature kereta naik biasanya berkait rapat dengan isu kerosakan thermostat kereta. Fungsi thermostat kereta adalah untuk mengawal jumlah air coolant yang disalurkan melalui enjin. 

    Jadi jika thermostat kereta rosak, ia boleh menyebabkan suhu enjin kereta anda menjadi terlalu panas.

    Macam mana nak tahu thermostat kereta rosak? 

    Anda boleh ketahuinya melalui bukaan injap yang terlalu kecil atau injap tidak terbuka.

    Masalah gasket head bocor

    Kebocoran gasket head

    Kebocoran pada gasket head kereta boleh menyebabkan gas daripada silinder memasuki saluran coolant secara berterusan ketika enjin dihidupkan. Ia secara tidak langsung menyebabkan tekanan dalam saluran coolant meningkat.

    Tekanan yang tinggi dalam saluran coolant ini akan menyebabkan air coolant ‘ditendang keluar’ ke dalam reservoir sehingga penuh sebelum ia disalurkan keluar. Ia mengakibatkan amaun air coolant dalam saluran coolant berkurangan dan seterusnya berpotensi meningkatkan suhu enjin (kereta overheat).

    Radiator kereta tersumbat

    Radiator kereta yang tersumbat boleh menjejaskan kitaran air coolant dalam sistem penyejukan kereta

    Masalah radiator tersumbat biasanya berlaku disebabkan oleh mendapan karat dalam saluran radiator yang menyebabkan kitaran air coolant dalam radiator terganggu atau tersekat. Mendapan karat dalam saluran radiator berpotensi mengurangkan kecekapan dan prestasi radiator kereta. 

    Radiator kereta yang tersumbat boleh menjejaskan kitaran air coolant dalam sistem penyejukan kereta dan menyebabkan suhu kereta meningkat. 

    Lakukan perkara ini jika temperature kereta naik ketika memandu

    Berhentikan kereta

    Jika temperature kereta naik ketika sedang memandu, anda diingatkan supaya tidak panik dan berhentikan dahulu kereta anda di tepi jalan dengan segera.

    Matikan enjin

    Selepas berhenti, segera matikan dulu enjin kereta sebelum membuka bonet hadapan kereta untuk mengenal pasti puncanya. Kegagalan anda memberhentikan kereta tanpa mematikan enjin akan menyebabkan enjin kereta anda terjejas dengan lebih teruk. 

    Buka cap radiator

    Biarkan dulu enjin kereta anda sejuk dan kemudian barulah buka cap radiator ini. Jika anda buka ketika enjin masih panas, wap panas mungkin akan keluar dan boleh menyebabkan anda melecur.

    Semak paras air

    Selepas cap radiator dibuka, anda boleh periksa paras air yang ada di dalam radiator itu. Dalam situasi ini, pada kebiasaannya tangki air kereta anda akan jadi kering. Jadi, jika ia sudah kering maka anda perlu tuangkan coolant ketika enjin kereta sejuk. Tuangkan coolant sehingga penuh kemudian baru hidupkan semula enjin kereta anda.

    Segera ke bengkel berdekatan

    Selepas berjaya, anda dinasihatkan untuk segera untuk pergi ke mana-mana bengkel bagi membuat pemeriksaan semula. Namun diingatkan ya untuk tidak memandu terlalu laju dan sentiasa perhatikan semula meter temperature kereta anda.

    Moga bermanfaat!

    Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda bagi mengenalpasti punca-punca temperature kereta naik dan cara mengatasinya jika situasi kecemasan berlaku ketika anda memandu. 

    Sila pastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik untuk pemanduan yang lebih tenang dan selamat. 


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.