Lesen memandu adalah benda penting yang perlu dimiliki oleh setiap pemandu kenderaan di Malaysia. Ia adalah kerana lesen memandu ini telah terkmaktub di bawah undang-undang jalan raya Malaysia.
Jika pemandu sesebuah kenderaan itu didapati memandu kenderaan tanpa memiliki lesen memandu yang sah, pemandu tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pegawai penguatkuasa. Persoalannya, kenapa setiap pemandu wajib memiliki lesen memandu ini? Apa fungsinya? Untuk mengetahui jawapan daripada persoalan itu, teruskan membaca artikel ini.
Fungsi lesen memandu
Lesen memandu adalah dokumen rasmi yang memberikan kebenaran kepada pemegangnya untuk mengendalikan kenderaan bermotor di jalan raya. Lesen memandu ini memainkan beberapa fungsi penting antaranya ialah memastikan keselamatan di jalan raya terjamin, penunjuk kelayakan, perlindungan insurans dan sebagai indentifikasi.
Oleh itu setiap orang yang ingin memandu kenderaan bermotor, wajar untuk memiliki lesen memandu ini. Bagi yang belum ada, boleh cuba untuk mendaftar kelas memandu dan ambil ujian dengan pihak JPJ. Untuk yang sudah ada namun sudah hampir tamat tempoh, ada berita baik untuk anda.
Rebat RM5 untuk pembaharuan lesen memandu
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa pembaharuan lesen memandu (LMM) dan lesen kenderaan motor (LKM) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ mulai 1 Februari 2024.
Ini bermakna, orang ramai telah mempunyai alternatif lain untuk membuat pembaharuan lesen memandu mereka. Orang ramai sudah tidak perlu menggunakan kaedah tradisional iaitu perlu pergi ke kaunter fizikal seperti Pejabat Pos atau pejabat JPJ semata-mata untuk memperbaharui lesen memandu mereka.
Atas inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penggunaan digital, setiap pengguna yang memperbaharui lesen memandu mereka tanpa cetakan fizikal (e-LMM) akan menerima rebat sebanyak RM5.
Rebat RM5 ini akan diberikan kepada pemohon yang membuat permohonan bermula dari 1 Februari 2024 hingga 31 Disember 2024. Sebagai peringatan, rebat e-LMM ini hanya boleh dinikmati sekali sahaja sepanjang tempoh tersebut.
Lesen memandu yang layak menerima rebat
- Permohonan Lesen Memandu Percubaan (PDL)
- Permohonan Lesen Memandu Kompeten (CDL)
- Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Cara nak daftar aplikasi MyJPJ
- Muat turun aplikasi MyJPJ di Playstore atau AppStore di telefon bimbit anda
- Tekan butang “Daftar Akaun Baru”
- Masukkan nombor kad pengenalan anda
- Isi semua maklumat yang diperlukan seperti nombor telefon bimbit, nombor siri lesen memandu dan emel. Biarkan kosong bahagian nombor rujukan. Kemudian klik kotak kecil dan tekan hantar.
- Jika pendaftaran anda berjaya, semak e-mel yang telah didaftarkan untuk mendapatkan kata laluan sementara
- Log masuk akaun anda dengan menggunakan ID penggina (nombor kad pengenalan) dan kata laluan sementara
- Pilih tiga soalan sekuriti yang mudah untuk diingati. Masukkan jawapan untuk soalan yang terpilih. Kemudian klik seterusnya.
- Tetapkan kata laluan baru anda dan sahkan.
Cara nak renew lesen memandu guna aplikasi MyJPJ
- Pergi ke bahagian profil
- Klik pada pembaharuan
- Pilih jenis lesen
- Buat pembayaran
- Terima lesen memandu baharu anda dalam bentuk digital
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: