Skip to content
Home » Renew Roadtax Tanpa Geran, Boleh Atau Tidak?

Renew Roadtax Tanpa Geran, Boleh Atau Tidak?

    renew roadtax tanpa geran

    Nak renew roadtax motosikal atau kereta tapi baru perasan geran kenderaan hilang? Persoalannya, bolehkah nak renew roadtax tanpa geran? 

    Jom teruskan membaca perkongsian ini untuk anda fahami dengan lebih lanjut mengenainya.

    Mengenai geran kenderaan

    Contoh geran kereta (kiri) dan Sijil Pemilikan Kenderaan (kanan)

    Mulai Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan penggantian geran kereta lama dengan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).

    Ia mengandungi maklumat lengkap tentang pendaftaran kenderaan anda yang dikeluarkan oleh pihak JPJ. Mudah kata, anda boleh menganggap geran kenderaan sebagai kad pengenalan untuk kereta atau motosikal anda.

    Persoalannya di sini, adakah geran kereta atau motosikal ini penting dan ada perlukannya sepanjang masa?

    Secara umumnya, terdapat beberapa situasi yang memerlukan anda untuk mengemukakan geran kereta atau motosikal original contohnya:

    • Untuk menjual kenderaan anda kepada pihak ketiga
    • Untuk masuk ke negara lain menggunakan kenderaan sendiri contohnya ke Thailand
    • Ingin membuat tuntutan insurans

    Adakah anda boleh renew roadtax tanpa geran?

    Jawapannya adalah ya, boleh. Anda tidak memerlukan/ membawa geran kereta atau motor anda ketika ingin memperbaharui cukai jalan. Bahkan anda tidak perlu membawa sebarang dokumen pun ketika ingin perbaharui roadtax atau cukai jalan anda itu. 

    Apa yang anda perlukan hanyalah memastikan insurans kereta anda sudah diperbaharui sahaja. Salinan polisi insurans juga anda tidak perlu bawa ya. Segalanya akan terkandung di dalam sistem dan roadtax anda kemudiannya boleh diproses tanpa sebarang masalah.

    Cara renew roadtax kereta atau roadtax motor tanpa geran

    Ini adalah cara-cara untuk anda renew roadtax kereta atau motor tanpa geran:

    1. Layari platform pembaharuan insurans untuk renew insurans
    2. Jika di platform tersebut tiada pilihan untuk anda renew roadtax sekali, jadi anda renew dulu insurans di platform tersebut.
    3. Selesai renew insurans kereta atau motor, kunjungi cawangan pejabat pos atau JPJ untuk menghidupkan roadtax. Pastikan anda ingat nombor kad pengenalan anda. Nak lebih mudah, bawa sahaja kad pengenalan anda (yang sebenarnya memang perlu di bawa ke mana-mana sahaja ketika berada di luar rumah)
    4. Buat urusan pembaharuan roadtax di kaunter. Biasanya pegawai bertugas akan meminta anda untuk memberikan kad pengenalan supaya mereka boleh menyemak butiran anda.
    5. Jika semuanya okay, roadtax anda akan dikeluarkan. 
    6. Selesai!

    Kini, anda juga boleh memilih untuk mendapatkan roadtax digital sahaja tanpa sticker roadtax. Nak lebih mudah renew roadtax tanpa geran? Buat sahaja di Bjak! Anda boleh perbaharui kedua-dua insurans dan roadtax sekaligus dalam hanya 5 minit. Lagi menarik, anda juga boleh memilih sama ada ingin mendapatkan sticker roadtax atau hanya digital sahaja!

    Apa nak buat jika geran kereta atau motosikal hilang?

    Meskipun geran tidak diperlukan ketika ingin renew roadtax bagi kenderaan anda, namun anda tetap perlu menyimpannya pada setiap masa. Ini bagi memastikan tiada masalah lain berlaku pada masa akan datang, khususnya dalam keadaan tertentu yang memerlukan anda untuk menunjukkan geran.

    Jadi, jika geran kereta atau motor anda telah hilang, sila pastikan anda menggantikan/ dapatkannya semula menerusi beberapa cara di bawah ini:

    Kunjungi cawangan JPJ

    Pergi ke pejabat JPJ yang berdekatan untuk mendapatkan salinan geran kereta ataupun dokumen yang asli. 

    Sebagai pemilik berdaftar, anda perlu ikuti langkah-langkah berikut:

    • Sertakan kad pengenalan dan dokumen lain yang diperlukan
    • Isi borang JPJ K7
    • Serahkan kad pengenalan dan borang JPJ K7 kepada pegawai bertugas

    Anda akan menerima salinan geran asli yang diperlukan setelah selesai proses pengesahan. Bayaran yang dikenakan untuk geran kereta adalah RM50, manakala bagi geran motosikal pula RM20.

    Selain daripada pemilik berdaftar, hanya benefisiari, agensi kerajaan yang diberi kuasa, syarikat, pegawai organisasi sahaja yang boleh memohon penggantian geran kereta.

    Berikut pula merupakan senarai dokumen yang diperlukan:

    Permohonan oleh wakil pemilik

    • Borang Senarai Semak Salinan Geran
    • Dua salinan lengkap borang JPJ K7
    • Surat rasmi daripada agensi kerajaan/syarikat/organisasi

    Permohonan oleh benefisiari rasmi

    • Borang Senarai Semak Salinan Geran
    • Dua salinan lengkap borang JPJ K7
    • Salinan MyKad pemilik berdaftar
    • Salinan MyKad benefisiari
    • Dokumen sokongan untuk menjelaskan ketidakhadiran pemilik berdaftar untuk pertimbangan Pengarah Negeri atau pegawai yang diberi kuasa
    • Dokumen sokongan untuk membuktikan hubungan antara benefisiari dan pemilik berdaftar
    • Sekiranya pemilik berdaftar meninggal dunia, boran JPJ K7 perlu ditandatangan oleh benefisiari yang dilantik oleh Mahkamah atau Waris Kecil/Pelaksana/Pelaksana/Pentadbir yang telah dilantik oleh Mahkamah dalam Surat Mentadbir atau Pemberian Probet.

    Kiosk JPJ 

    Dapatkan penggantian geran di kiosk JPJ

    Selain itu, anda juga boleh gunakan kiosk JPJ yang mungkin ada berdekatan anda dan ikut sahaja langkah-langkah ini:

    • Masukkan MyKad anda dan letakkan ibu jari kanan anda di atas pengimbas cap jari
    • Pilih Sijil Pemilikan Kereta (VOC)
    • Masukkan butiran pembayaran untuk terus ke halaman pembayaran 
    • Pilih cetakan resit (pilihan)

    Bank

    Susah nak jumpa kiosk JPJ dan malas nak masuk kaunter JPJ? Jangan risau, anda juga boleh dapatkan salinan geran kereta atau motor anda yang telah hilang itu di bank yang meluluskan pinjaman kereta anda.

    Anda perlu meminta pinjaman kereta asli daripada bank anda mengikut Akta Pindaan Sewa Beli 2010.

    *Nota: Pilihan ini hanya untuk mereka yang tidak pernah terima geran asli daripada pihak bank

    Langkah-langkah:

    • Lengkapkan borang yang diperlukan
    • Serahkan MyKad anda kepada pegawai bertugas
    • Selepas proses pengesahan, pegawai bertugas akan serahkan geran kereta asli kepada anda

    Jangan hilangkan geran kenderaan anda

    Meskipun anda boleh renew roadtax tanpa geran, namun sila pastikan geran original kenderaan anda itu sentiasa disimpan dengan baik sepanjang masa ya. 

    Jadilah pemilik kereta atau motor yang bertanggungjawab. Simpan dan miliki segala dokumen yang diperlukan setiap masa termasuk geran, lesen memandu, insurans dan juga roadtax! Ingat, ini semua demi kesenangan anda pada masa akan datang.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: