Skip to content
Home » Senarai Harga Roadtax Motor Untuk Tahun 2024

Senarai Harga Roadtax Motor Untuk Tahun 2024

    Harga roadtax motor - cover

    Seperti yang kita ketahui, pemilik motosikal wajib memiliki dan memastikan roadtax motor mereka aktif sebelum nak menunggang motosikal mereka di jalan raya di Malaysia. Cukai jalan motosikal ini juga adalah komponen penting dalam pemilikan kenderaan kerana ia telah termaktub di bawah undang-undang jalan raya Malaysia.

    Kegagalan memiliki atau memastikan ia masih hidup boleh membawa kepada denda sebanyak RM300. Bagi mengelakkan daripada perkara tersebut, setiap pemilik motosikal haruslah bertanggungjawab memastikan motosikal mereka mempunyai cukai jalan yang sah dan masih aktif.

    Bagi yang sudah biasa memperbaharui cukai jalan motosikal, pastinya dah tahu cara untuk memperbaharuinya serta juga tahu harga cukai jalan bagi motosikal ini. Namun pada yang tidak tahu, pasti akan rasa terpinga-pinga ketika nak memperbaharuinya nanti.

    Untuk memudahkan anda, kami akan berkongsikan jawapan berkenaan persoalan tersebut. Untuk mengetahuinya, teruskan membaca artikel ini.

    Harga roadtax motor mengikut CC

    Untuk pengetahuan, harga roadtax motor di Malaysia bergantung pada kapasiti enjin. Semakin besar enjin, semakin tinggi harga cukai jalan yang akan dikenakan. Rujuk jadual di bawah untuk ketahui senarai harga cukai jalan motosikal mengikut kapasiti enjin di Malaysia.

    CC MotorHarga SemenanjungHarga Sabah & Sarawak
    < 150 CCRM2RM2
    151 CC – 200 CCRM30RM9
    201 CC – 250 CCRM50RM12
    251 CC – 500 CCRM180RM30
    501 CC – 800 CCRM250RM40
    > 800 CCRM350RM42

    Renew cukai jalan motosikal secara offline

    Walaupun dunia kini berkembang pesat dengan pelbagai teknologi, pembaharuan cukai jalan secara tradisional atau offline masih lagi ditawarkan kepada pengguna. Antara kaunter fizikal yang masih menerima urusan pembaharuan cukai jalan motosikal ini adalah pejabat pos dan pejabat JPJ.

    Renew di Pejabat pos

    Setelah selesai memperbaharui insurans secara online, anda boleh terus berkunjung ke mana-mana cawangan Pejabat Pos untuk memperbaharui cukai jalan motosikal anda.

    Anda hanya perlu bawa kad pengenalan anda sahaja. Anda tidak perlu sebarang dokumen lain, termasuklah nota perlindungan insurans anda. Maklumat anda (pengesahan anda telah memperbaharui insurans) secara automatik telah dikemaskini di dalam sistem bagi membolehkan anda memperbaharui cukai jalan anda.

    Renew di JPJ

    Jika roadtax motosikal anda sudah tidak dihidupkan melebihi tempoh 3 tahun, maka anda wajib untuk memperbaharui roadtax bagi motor anda itu di cawangan JPJ. 

    Tiada sebarang dokumen diperlukan, anda hanya perlu mengemukakan MyKad apabila memperbaharui roadtax di JPJ.

    Renew cukai jalan motosikal secara online

    Seiring dengan kemajuan teknologi terkini, pelbagai urusan sudah boleh diselesaikan secara online sahaja. Ia termasuk urusan memperbaharui cukai jalan. Pelbagai platform telah dibangunkan bagi memudahkan urusan orang ramai untuk memperbaharui cukai jalan. Antara platform yang boleh menyelesaikan urusan cukai jalan ini adalah MySikap dan BJAK.

    Renew di MySikap

    Masih ramai sebenarnya yang belum tahu atau tidak sedar bahawa cukai jalan motosikal boleh diperbaharui secara online menggunakan platform MySikap. MySikap ini dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi memudahkan urusan pembaharuan roadtax atau lesen memandu, tukar hak milik kenderaan, beli nombor plat terkini, semak saman trafik dan banyak lagi.

    Untuk memperbaharui cukai jalan motosikal anda, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah mudah di dalam jadual ini.

    Renew di BJAK

    Selain insurans, anda juga boleh terus memperbaharui cukai jalan motosikal anda di BJAK! Ikuti langkah-langkah di dalam jadual di bawah ini untuk tahu cara renew roadtax dan insurans di platform kami:

    Jangan risau jika anda mengalami masalah kewangan tetapi perlu memperbaharui insurans dan cukai jalan anda kerana, BJAK boleh menyelesaikan masalah itu. Anda boleh menggunakan pilihan pembayaran secara ansuran di BJAK tanpa sebarang caj faedah dikenakan. Anda juga boleh memilih untuk membayar secara ansuran sehingga 12 bulan. Jika anda nak tahu lebih lanjut, hanya klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: