Skip to content
Home » Hidupkan Roadtax Kereta Yang Dah Lama Mati

Hidupkan Roadtax Kereta Yang Dah Lama Mati

Hidupkan roadtax kereta di JPJ

Jika anda sedang mencari cara untuk hidupkan roadtax kereta yang dah lama mati, artikel ini akan terangkan langkah-langkah yang perlu anda buat dengan mudah. Kami juga akan tunjukkan apa yang perlu disediakan jika cukai jalan anda tamat tempoh kurang atau lebih daripada 3 tahun.

Mana tidaknya, apabila kereta sudah lama tersadai atau rosak, ramai yang memilih untuk tidak memperbaharui cukai jalan kereta itu kerana merasakan ia tidak lagi diperlukan. Namun, apabila tiba masanya untuk menggunakan kenderaan tersebut semula, cukai jalan tidak boleh diabaikan lagi.

Jika anda sedang mencari cara untuk hidupkan roadtax yang dah lama mati, teruskan membaca artikel ini. Pembaharuan cukai jalan juga penting kerana ia berkait dengan tuntutan insurans sekiranya berlaku kemalangan.

Cara Hidupkan Roadtax Kereta Jika Tamat Tempoh Kurang 3 Tahun

Kenderaan yang cukai jalannya telah tamat tempoh kurang dari 3 tahun tidak perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sebelum boleh memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan mereka.

Ini kerana, bermula pada 4 September 2020 yang lalu kerajaan telah memberi pengecualian kepada pemilik kenderaan yang cukai jalannya telah tamat tempoh kurang dari 3 tahun untuk tidak perlu menghantar kereta milik mereka ke PUSPAKOM. Sebagai contoh, jika cukai jalan kereta lama anda itu telah tamat tempoh selama setahun setengah, anda boleh terus memperbaharuinya seperti biasa. Dengan syarat, tidak melebihi tempoh 3 tahun yang telah ditetapkan.

Dokumen yang diperlukan untuk renew roadtax mati lebih 3 tahun

Sebelum anda pergi ke PUSPAKOM, anda disarankan untuk menyediakan dan membawa beberapa dokumen penting bagi memastikan proses menghidupkan cukai jalan anda berjalan dengan lancar. Antara dokumen tersebut adalah seperti berikut:

  • Geran original kenderaan
  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu (pastikan masih sah)

Perlu buat temujanji dengan PUSPAKOM jika tamat tempoh lebih 3 tahun

Untuk memperbaharui cukai jalan kereta anda yang telah tamat tempoh melebihi 3 tahun, perkara pertama sekali yang anda perlu lakukan adalah dengan membuat temujanji dengan PUSPAKOM. Untuk membuat temujanji, anda boleh sahaja membuatnya secara online dengan melayari laman web PUSPAKOM atau pun boleh terus hubungi pejabat PUSPAKOM yang terdekat untuk menempah slot temujanji. Difahamkan bahawa bayaran pemeriksaan yang dikenakan PUSPAKOM adalah sebanyak RM20.

Bagi memastikan kereta anda lulus daripada pemeriksaan tersebut, disarankan agar anda periksa dan perbaiki kerosakan yang terdapat pada kereta anda contohnya, tukar mentol lampu kereta yang telah rosak, tukar tayar jika tayar anda sudah botak dan lain-lain lagi.

Dapatkan permit perjalanan sementara

Untuk mengelakkan anda daripada disaman, anda dinasihatkan untuk memohon permit perjalanan sementara. Ini kerana, anda perlu memandu kereta anda yang mempunyai cukai jalan yang telah tamat tempoh untuk ke PUSPAKOM.

Jika kereta anda tiada cukai jalan, dan tiba-tiba semasa anda memandu ke PUSPAKOM itu anda ditahan oleh penguatkuasa, anda telah melanggar undang-undang jalan raya dan boleh disaman. Permit ini sebenarnya mudah sahaja nak mohon. Anda boleh mendapatkan permit ini di cawangan JPJ berdekatan anda. Perlu diingat bahawa permit ini umpama seperti cukai jalan berdurasi 1 hari dan hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM

Setelah tiba hari temujanji tersebut, anda boleh bawa kenderaan anda untuk hadir ke PUSPAKOM untuk diperiksa. Pastikan anda hadir tepat pada waktunya mengikut yang telah anda pilih semasa membuat temujanji itu.

Bawa masuk kenderaan anda mengikut laluan yang diarahkan pegawai nanti. Kemudian, anda perlu tunjuk slip temujanji semasa anda membuat pendaftaran dalam barisan. Serahkan segala dokumen yang berkaitan sekiranya diminta.

Laporan pemeriksaan akan dikeluarkan dan diberikan kepada anda di kaunter keputusan. Sekiranya pemeriksaan kereta anda itu lulus, maka selesai sudah urusan anda. Namun sekiranya pemeriksaan tersebut gagal, anda dikehendaki untuk membaiki perkara yang gagal itu dan buat pemeriksaan semula dalam tempoh 30 hari.

Renew roadtax dan beli insurans

Selepas sahaja kereta anda lulus pemeriksaan yang dibuat oleh PUSPAKOM, anda sudah boleh terus memperbaharui cukai jalan dan beli insurans untuk melindungi kereta anda. Akan tetapi, perlu diingat bahawa, anda tidak boleh terus memperbaharui kedua-duanya secara sekali gus.

Untuk permulaan selepas kereta anda lulus pemeriksaan PUSPAKOM, anda hanya boleh memperbaharui cukai jalan kereta anda melalui JPJ sahaja. Oleh yang demikian, perbaharui cukai jalan anda itu terlebih dahulu di pejabat JPJ.

Jika anda dah penat nak pergi ke tempat lain untuk beli insurans bagi kereta anda, anda boleh terus ke laman web BJAK. Anda boleh beli insurans kereta anda secara online dengan mudah. Bukan itu sahaja, insurans anda juga akan terus siap dalam masa 5 minit. Jika anda nak tahu lebih lanjut, klik sahaja butang di bawah ini.


Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

Baca juga: