Fakta 1!
Kira-kira 85% penduduk di negara ini masih belum mempunyai perlindungan takaful atau insurans yang secukupnya apabila berlaku kecemasan.
Fakta 2!
Anda perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan untuk produk perlindungan diri seperti takaful atau insurans.
Fakta 3!
Kadar penembusan insurans dan takaful bagi golongan B40 adalah lebih rendah daripada 40 peratus.
Melihat kepada tiga ‘realiti’ di atas, jelas menunjukkan bahawa kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan memiliki perlindungan takaful masih rendah berbanding negara maju lain. Malah lebih menyedihkan, ada yang menganggap bahawa memiliki takaful adalah satu kerugian. Tapi kenapa?
Fahami dulu apakah itu Takaful
Majoriti penduduk Malaysia yang beragama Islam akan memilih perlindungan Takaful berbanding insurans konvensional kerana ia bebas daripada tiga unsur yang dilarang oleh Islam iaitu unsur riba’, gharar (ragu-ragu) dan masyir (judi). Namun perlu diketahui bahawa perlindungan Takaful tidaklah hanya terhad kepada umat Islam malah turut boleh digunakan oleh agama lain.
Melalui Takaful, pemegang-pemegang polisi yang juga dikenali sebagai peserta akan bersama-sama membuat sumbangan secara bulanan ke dalam tabung. Wang yang dikumpul itu kemudiannya akan dilaburkan ke dalam pasaran saham patuh syariah agar ia dapat memberi manfaat kepada peserta pada masa akan datang.
Takaful menggunakan konsep kerjasama dan perkongsian risiko yang mana segala risiko ditanggung bersama oleh semua pihak di bawah perlindungan Takaful terbabit.
Kenapa orang ambil Takaful?
Takaful perubatan
- Orang ambil takaful perubatan supaya boleh bantu beri perlindungan komprehensif untuk kesihatan.
- Orang ambil takaful perubatan supaya tidak terbeban dengan kos rawatan yang mencecah sehingga ribuan ringgit. Sanggup ke bayar RMXX,XXX untuk bayar kos rawatan hospital dengan wang sendiri? Dengan kata lain, adakah anda mampu?
- Orang ambil takaful perubatan kerana mahukan keselesaan serta kepantasan ketika perlu mendapatkan rawatan.
Takaful nyawa
- Orang ambil takaful nyawa kerana mahu insan kesayangan menjalani kehidupan yang terbaik meskipun apabila dia (pencarum takaful) sudah meninggal dunia.
- Dengan takaful nyawa, peserta/ pencarum boleh menamakan waris seperti pasangan mahupun anak- anak sebagai penerima hibah, jadi pengurusan harta (wang pampasan) akan lebih mudah.
- Dengan hibah, tanggungan sekurang-kurangnya tidak akan jatuh terduduk terus apabila pencarum tiada nanti. Wang pampasan itu boleh digunakan untuk menanggung kos sara hidup buat beberapa tempoh
- Jika mengalami hilang upaya kekal (TPD) sehingga tidak boleh bekerja, peserta takaful boleh mendapat wang pampasan dari takaful nyawa dan membantu untuk menyara kehidupan.
Contoh situasi yang menganggap diri berasa rugi apabila ambil takaful
Contoh 1
“Kalau saya ambil takaful perubatan, contohlah saya kena bayar premium RM250 sebulan, setahun dah jadi RM3,000. Kalau dah 4 tahun, jumlah saya dah bayar adalah RM12,000. Macam mana kalau dalam tempoh tu sekali pun saya tidak pernah buat tuntutan? Dan macam mana kalau saya mati dulu dan tidak sempat buat tuntutan apa-apa? Rugi je la.”
Adakah ini bermakna anda rela sakit, semata-mata untuk boleh membuat tuntutan takaful perubatan?
Anda perlu tahu bahawa perlindungan takaful adalah sebagai persediaan kewangan sekiranya diri anda sakit dan memerlukan sebarang rawatan di hospital kelak. Apakah jaminan bahawa anda akan kekal sihat sentiasa? Tanpa takaful perubatan, dari manakah sumber wang anda akan peroleh untuk menanggung kos rawatan yang berjumlah ribuan ringgit sekiranya anda sakit sehingga perlu menjalani pembedahan?
Dalam pada itu, tahukah anda, Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menganggarkan bahawa 73% daripada jumlah kematian di Malaysia adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit diabetes, kanser, kardiovaskular dan lain-lain. Ini bermakna ramai dalam kalangan rakyat Malaysia maut disebabkan penyakit-penyakit ini. Dan, maaf untuk mengatakan bahawa anda juga mungkin akan menjadi salah seorang individu yang berisiko untuk menghidap penyakit-penyakit itu. Jadi tidak salah jika anda melakukan persiapan dari sekarang.
Contoh 2
“Rugilah kalau ambil takaful nyawa. Saya bayar bulan-bulan, nanti yang dapat bukannya saya. Orang lain yang dapat wang pampasan saya nanti. Saya yang penat-penat bayar, orang lain yang dapat. Rugilah.”
Jika anda sanggup membiarkan insan kesayangan terutamanya anak-anak untuk hidup dalam keadaan serba kepayahan selepas anda tiada nanti, tak mengapalah. Mungkin anda menganggap ia sebagai satu kerugian untuk mengambil perlindungan Takaful nyawa.
Namun jika anda sedar dan mahu memastikan anak-anak dan pasangan yang bakal ditinggalkan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa meskipun apabila anda tiada nanti, maka anda pasti tahu betapa penting dan beruntungnya apabila mendapatkan perlindungan takaful nyawa.
Betul ke rugi ambil takaful?
Jawapan: Tidak
Mengapa? Ketahui jawapannya di bawah ini:
- Tiada jaminan anda akan kekal sihat sentiasa – Dengan kewujudan pelbagai penyakit pada hari ini, anda atau sesiapa sahaja berisiko untuk menghidap sebarang penyakit, pada bila-bila masa
- Inflasi perubatan – Kadar inflasi kos perubatan di Malaysia sedang meningkat sebanyak 10% – 15% secara purata setiap tahun berbanding dengan kadar inflasi umum 2 – 3% dalam tempoh yang sama. Anda pasti tidak sanggup untuk menanggung beban kewangan sekiranya ditimpa sesuatu penyakit yang memerlukan anda untuk mendapatkan rawatan bukan?
Ingat, hospital kerajaan juga bukan percuma. Di bawah adalah kadar/ kos yang anda perlu bayar untuk bilik penginapan, dan kos untuk menjalankan pembedahan di hospital kerajaan:
Caj Wad Am
Caj sehari bagi seorang | Tiada penghawa dingin | Berhawa dingin |
Kelas satu: Bilik satu katil Bilik dua katil Bilik tiga katil | RM90 RM60 RM45 | RM120 RM90 RM60 |
Kelas dua | RM25 | RM40 |
Kelas tiga | RM3 | RM3 |
Caj Pembedahan
Caj Pembedahan Termasuk Anesthesia
Kelas 1 | Kelas 2 | Kelas 3 | |
Pembedahan Jenis A | RM4,500 | RM1,200 | RM200 |
Pembedahan Jenis B | RM2,250 | RM600 | RM100 |
Pembedahan Jenis C | RM1,200 | RM400 | RM50 |
Pembedahan Jenis D | RM450 | RM150 | RM20 |
Pembedahan Jenis E | RM225 | RM80 | RM15 |
Pembedahan Jenis F | RM75 | RM40 | RM10 |
*Caj/ harga untuk penginapan wad dan pembedahan di hospital kerajaan di atas diperoleh daripada laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Anda perlukan rawatan terbaik – Dengan Takaful perubatan, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital swasta yang pastinya akan lebih selesa, malah rawatan diterima juga akan lebih pantas dan tidak perlu menunggu giliran yang terlalu lama.
- Takaful nyawa bantu keluarga anda – Beli takaful nyawa dan letakkanlah insan terdekat anda sebagai penerima hibah. Melalui hibah takaful, anda seolah-olah telah memberikan hadiah terbaik buat pasangan dan anak-anak apabila anda telah tiada suatu hari nanti. Dengan wang itu, mereka sekurang-kurangnya tidak terbeban dengan risiko kewangan lebih-lebih jika selama ini anda adalah satu-satunya sumber pencarian pendapatan keluarga.
Kesimpulan
Pada dasarnya, tidak rugi pun jika anda memiliki perlindungan takaful. Anda bukan sahaja melakukan persiapan terbaik buat diri sendiri, malah ia secara tidak langsung akan mengurangkan beban pada orang sekeliling anda.
Berpandangan jauhlah. Tiada sesiapa dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan bukan? Jadi tidak salah untuk bersiap-sedia dari sekarang. Ia akan lebih merugikan jika anda hanya sedar akan kepentingan takaful apabila sesuatu yang buruk telah berlaku pada diri anda. Ini kerana, anda mungkin tidak akan mendapat perlindungan yang secukupnya, malah premium yang dibayar juga pasti lebih mahal.
Jadi, ambillah seawal yang boleh. Persiapkan diri dari sekarang supaya tidak rugi. Sekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan takaful nyawa dan perubatan ikut bajet dan keperluan, sudah pasti anda juga boleh mendapatkannya secara online di Bjak. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau keraguan, usah teragak-agak untuk berhubung dengan ejen insurans kami yang pastinya tidak akan memberikan cadangan berat sebelah.
Rujukan: