Skip to content
Home » Saman Tertunggak, Bolehkah Anda Renew Roadtax?

Saman Tertunggak, Bolehkah Anda Renew Roadtax?

    roadtax kereta

    Membeli kereta datang dengan tanggungjawab yang mesti anda lakukan sebagai pemilik. Salah satunya adalah memastikan roadtax dan insurans kereta diperbaharui pada setiap tahun. Tanpa kedua-dua perkara ini, anda tidak boleh memandu kereta di jalan raya kerana ia dianggap sebagai menyalahi undang-undang.

    “Bolehkah anda memperbaharui roadtax atau insurans kereta jika anda masih mempunyai saman tertunggak? Bolehkah anda mengabaikan saman tertunggak dan memperbaharuinya seperti biasa? Atau patutkah anda melangsaikannya terlebih dahulu?”

    Ini adalah antara soalan lazim yang mungkin selalu ada dalam fikiran kita apabila perlu memperbaharui roadtax dan insurans kereta.

    Jangan keliru. Di sini kami akan terangkan secara terperinci mengenai perkara berkenaan. Teruskan membaca untuk mengetahuinya!

    Pastikan roadtax kereta sentiasa aktif

    Bolehkah anda renew roadtax dengan saman tertunggak?

    Jawapannya adalah TIDAK. Anda tidak boleh memperbaharui roadtax anda jika mempunyai saman yang belum dilangsaikan.

    Ketika proses pembaharuan roadtax, rekod tunggakan saman dan senarai hitam anda akan dipaparkan di dalam sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Oleh itu, anda mesti membuat pembayaran terlebih dahulu untuk semua tunggakan saman kesalahan trafik yang direkodkan sebelum dapat meneruskan proses pembaharuan roadtax.

    Apakah itu saman yang disenarai hitamkan?

    Senarai hitam JPJ merujuk kepada pesalah/kenderaan dengan saman yang telah dikeluarkan tetapi pesalah gagal menjelaskan denda mereka selepas tempoh tertentu seperti yang diputuskan oleh pihak berkuasa.

    Dalam kebanyakan kes, orang ramai akan mendapat saman senarai hitam semasa sekatan jalan raya oleh JPJ/PDRM. Contoh kesalahan adalah:

    • Tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh
    • Roadtax dan insurans kereta tamat tempoh
    • Tidak memakai tali pinggang keledar/topi keledar

    *Sekiranya anda ditangkap dengan POL.257 atau Saman JPJ (P) 22, segera buat pembayaran. Kedua-dua jenis kesalahan/ saman ini boleh menyebabkan anda disenarai hitamkan.

    Bagaimana cara membayar saman JPJ yang telah disenarai hitam?

    Anda boleh membayar saman tertunggak yang telah disenarai hitam secara dalam talian.

    MyEG

    • Layari laman web MyEG di https://www.myeg.com.my/.
    • Daftar akaun untuk mendapatkan akses. Untuk mereka yang sudah mempunyai akaun, sila log masuk dengan butiran terdahulu.
    • Pergi ke bahagian e-Perkhidmatan, pilih saman yang anda ingin semak (PDRM, JPJ, atau AES).
    • Berikan butiran yang diperlukan dan teruskan membuat pembayaran secara dalam talian.

    MYBAYAR SAMAN

    Orang ramai juga boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui:

    • Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
    • Google Playstore
    • Apple store
    • Huawei Appstore

    Bayar saman tertunggak anda untuk memperbaharui roadtax

    Sila jadi pemandu yang bertanggungjawab dan pastikan roadtax anda sah sepanjang masa! Segera jelaskan saman anda untuk mengelakkan hukuman yang lebih berat oleh pihak berkuasa!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: