Skip to content
Home » 5 Situasi Atas Jalan Yang Anda Kena Lalui Ketika Musim Perayaan

5 Situasi Atas Jalan Yang Anda Kena Lalui Ketika Musim Perayaan

    musim perayaan

    Bila dah makin dekat nak raya, makin terujalah kita semua kan?! Tapi bila dah tiba musim perayaan ini, antara perkara yang kita kena hadapi tentulah kesesakan jalan raya. 

    Namun, demi berjumpa dengan insan tersayang di kampung, jem pun kita hadap jelah dengan penuh sabar dan tenang. 

    Sempena Hari Raya yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi, jom kami kongsikan kepada anda beberapa situasi di jalan raya yang anda mungkin akan hadapi nanti.

    Jangan stress tau!

    Jem nya jalan nak balik kampung

    Dua hari sebelum raya? Sehari sebelum raya?? Malam raya??? Haaa… semua jalan-jalan terutamanya di lebuh raya utama tentunya penuh dengan kenderaan. Waktu ni, kita bolehlah tengok jalan raya di Kuala Lumpur mulai lengang. 

    Time ni siapa yang beraya di Kuala Lumpur seronoklah. Tak perlu hadap jem, nak pergi mana-mana pun cepat je sampai. Berbeza sungguh dengan hari biasa!

    Kalau naik motor, cepat juga sampai…

    Bila dah kena hadap jem lama-lama ni, mulalah rasa cemburu sikit tengok orang-orang yang tunggang motosikal untuk balik kampung. Mana tidaknya, nak mencelah pun senang je. Tahu-tahu dah sampai kampung.

    Tapi masalahnya kalau hujan kesian pula. Nak kena berhenti tunggu hujan reda dulu, barulah boleh terus menunggang motor. 

    Ramainya orang di kawasan RnR

    Bila dah lakukan perjalanan jauh, ramailah yang akan berhenti di kawasan Rehat dan Rawat untuk pelbagai tujuan. Ada yang berhenti untuk rehat sekejap, ada yang berhenti untuk ke tandas, beli makanan, solat dan sebagainya. 

    Bila dah ramai sangat orang, kita nak parking kereta pun susah. Terpaksalah tunggu giliran kereta lain untuk keluar daripada kotak parking. Tak apalah, yang penting banyak-banyakkan bersabar ya!

    Mengantuknya! Sakit pinggang pula tu

    Jauhnya nak balik kampung. Kenapa tak sampai-sampai lagi ni? Mata tu mulalah letih dan mengantuk. Pinggang pun dah terasa sakitnya. Ahhh penat!

    Bertenang. Kalau badan tu dah rasa letih sangat, pergilah rehat sekejap di mana-mana RnR berdekatan ataupun stesen minyak yang ada. Jangan sesekali berhenti di tepi jalan semata-mata untuk berehat. Tindakan itu mampu membahayakan anda sekeluarga ya!

    Bila dah berehat tu, standby siap-siap satu tin kopi atau minuman bertenaga yang anda gemari. Minumlah waktu dah berbuka nanti. Jangan minum waktu siang pula ya! Lain pula jadinya nanti.

    Lamanya nak sampai kampung!

    Punyalah jem jalan tu, sampaikan perjalanan ke kampung yang sepatutnya boleh sampai dalam masa 3 jam pun boleh menjadi 8 jam. Lamanya rasa!

    Kalau yang kampungnya di bahagian Pantai Timur macam Kelantan tu, lagilah rasa lama perlu ada di atas jalan raya. Kalau gerak dari KL malam raya, silap-silap pagi raya baru boleh sampai di kampung.

    Tapi perkara seperti ini memang dah boleh agak kan? Jadi, disebabkan itulah anda kena rancang perjalanan anda dengan baik. Sentiasa bersedia dan ikuti info trafik menerusi radio, Waze, atau mahupun daripada laman media sosial anda.

    Dalam pada itu, jangan lupa untuk rehat sekejap ya. Bukan diri anda sahaja perlu rehat, kereta anda juga perlukannya. Bukan apa, risau enjin kereta anda alami masalah nanti.

    Biar lambat, asalkan anda, penumpang dan kenderaan anda selamat!

    Renew insurans dulu, baru balik kampung

    Dalam pada itu, anda diingatkan untuk memastikan kereta anda sudah dilindungi dengan insurans sebelum mulakan perjalanan ke kampung ya. Bukan apa, jika berlaku sesuatu ketika dalam perjalanan nanti, bolehlah anda dapatkan bantuan daripada syarikat insurans.

    Nak renew dengan insurans terbaik mudah je. Gunakan Bjak! Ada lebih 10 jenama insurans boleh anda bandingkan sekaligus. Pilih je satu pelan yang ikut bajet dan keperluan anda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: