Skip to content
Home » Soalan Lazim Mengenai Lesen Memandu

Soalan Lazim Mengenai Lesen Memandu

    Sama seperti pembaharuan insurans kenderaan dan cukai jalan yang wajib dilakukan setiap tahun, lesen memandu juga tertakluk kepada pembaharuan sebelum tamat tempohnya.

    Namun, mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak begitu arif mengenai beberapa perkara dalam lesen memandu di Malaysia. Contohnya, mengenai tempoh sah, tarikh tamat tempoh, pembaharuan lewat dan penalti yang dikenakan.

    Justeru itu bagi membantu anda, di sini kami senaraikan beberapa soalan lazim yang sering ditanya mengenai lesen memandu di Malaysia. Semoga bermanfaat!

    Apa akibat jika saya terlupa memperbaharui lesen saya?

    Anda akan dikenakan denda jika dikesan memandu dengan lesen memandu yang telah tamat tempoh.

    Jumlah denda yang dikenakan adalah berbeza bergantung pada tempoh lesen memandu anda telah tamat tempoh seperti berikut:

    TempohJumlah
    1 – 15 hariRM150
    16 – 30 hariRM200
    31 – 60 hariRM300

    Bolehkah saya renew lesen yang telah tamat tempoh?

    Lesen memandu boleh dibatalkan jika ia tidak diperbaharui lebih dari 3 tahun

    Ya. Anda boleh pilih untuk renew lesen memandu anda secara offline atau pun secara online.

    • Untuk pembaharuan secara online, anda boleh layari laman web MYEG. Ikut sahaja langkah-langkah ini.
    1. Tekan butang ‘log masuk’ untuk mulakan
    2. Anda boleh klik butang “Daftar Sekarang’ untuk membuka dahulu akaun jika belum ada
    3. Isikan maklumat yang dikehendaki
    4. Klik butang “Perbaharui Lesen Memandu”
    5. Isikan maklumat yang diperlukan dan pilih kaedah pembayaran anda
    6. MyEG akan menghantar lesen memandu baru ke alamat rumah anda
    • Untuk pembaharuan secara offline, anda boleh memilih untuk memperbaharuinya sama ada di pejabat pos, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC). Sila pastikan anda bawa bersama kad pengenalan serta lesen memandu anda ya. 

    Lesen memandu saya expired 3 tahun lepas, apa perlu saya buat?

    Lesen memandu anda tidak lagi sah jika ia telah tamat tempoh melebihi 3 tahun. Oleh itu, anda tidak boleh memperbaharuinya semula lagi.

    Anda perlu mengambil semula ujian untuk mendapatkan lesen memandu dari awal.

    Pertama sekali, anda dikehendaki pergi ke pejabat JPJ yang berhampiran. Mereka akan mengeluarkan surat eRayuan untuk mendapatkan lesen memandu “L” sebelum anda menduduki semula ujian memandu praktikal.

    Anda akan mendapat lesen percubaan 2 tahun (Lesen P) sebelum mendapat lesen penuh.

    Apakah prosedur untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia?

    Ikut prosedur yang betul untuk mengambil lesen memandu

    Berikut adalah langkah-langkah untuk mendapatkan lesen memandu:

    1. Daftar dengan sekolah memandu untuk mendapatkan Lesen Belajar Memandu (biasanya dikenali sebagai ‘Lesen L’)

    2. Selesaikan Ujian Teori Undang-Undang Komputer selama 45 minit. Anda perlu mendapat markah 42/50 atau lebih tinggi untuk lulus.

    3. Selepas mendapat lesen L, selesaikan pula sesi latihan memandu di litar sekurang-kurangnya 16 jam.

    4. Cukup tempoh latihan, teruskan dengan ujian memandu di jalan raya. Ujian memandu anda akan termasuk ujian bukit, ujian tiga penjuru, parking sisi, mengundur dan memandu di jalan besar.

    5. Kini anda boleh memandu secara sah dengan lesen Percubaan (Lesen P) untuk tempoh 2 tahun. Selepas tamat 2 tahun, anda anda diberikan Lesen Memandu Kompeten (CDL).

    Lesen L saya telah tamat tempoh lebih daripada 2 tahun, bolehkah saya memperbaharuinya?

    Jika Lesen L anda telah tamat tempoh melebihi agregat 2 tahun dari tarikh pengeluaran, anda perlu mengulangi semua latihan dan ujian untuk mendapatkan Lesen L baharu.

    Bolehkah saya menukar Lesen P saya kepada Lesen CDL sebulan lebih awal sebelum tarikh tamat?

    Mengikut prosedur, permohonan untuk menukar Lesen P kepada Lesen CDL hanya boleh dilakukan dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh luput.

    Berapa lama tempoh lesen memandu saya akan dibatalkan jika tidak diperbaharui?

    1 tahun untuk Lesen P dan 3 tahun untuk Lesen CDL. Anda boleh merayu untuk pembaharuan dengan alasan yang sah, seperti tinggal di luar negara, dipenjarakan, atau dimasukkan ke hospital.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: