Mempunyai insurans perubatan tidak bermakna segala jenis rawatan akan ditanggung oleh syarikat insurans. Jom ketahui lanjut dalam artikel ini!
Insurans Perubatan diwujudkan bagi membantu pencarum untuk mengurangkan beban kewangan terutama bagi kos rawatan apabila dimasukkan ke hospital.
Melalui insurans perubatan, perbelanjaan kos rawatan termasuk penginapan di wad, ubat-ubatan dan pembedahan akan ditanggung oleh syarikat insurans, berdasarkan jumlah perlindungan dan limit yang termaktub dalam polisi insurans individu.
Namun, tidak semua kos perubatan sama ada dalam bentuk perubatan, ubat-ubatan atau pembedahan akan ditanggung oleh syarikat insurans. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin pihak insurans perubatan tidak akan biaya iaitu:
1. Insurans tak cover prosedur kosmetik anda
“Saya nak buat pembedahan plastik pada wajah. Boleh ke saya buat claim insurans perubatan untuk tanggung kosnya?”
Anda perlu tahu bahawa kebanyakan syarikat insurans tidak akan memberi perlindungan untuk prosedur kosmetik termasuklah rawatan gigi, berkhatan, pembedahan plastik dan lain-lain.
Namun, anda mungkin boleh ditanggung oleh insurans sekiranya prosedur tersebut perlu dilakukan akibat daripada kecederaan yang tidak disengajakan ataupun kemalangan.
2. Insurans tak cover rawatan / ubatan tanpa preskripsi
Anda mungkin tidak akan dibiayai oleh syarikat insurans sekiranya rawatan serta ubat-ubatan yang diambil oleh anda tidak mendapat pengesahan atau kebenaran doktor.
3. Insurans tak cover vaksinasi untuk melancong
Sesetengah negara akan memerlukan anda untuk mendapatkan suntikan imunisasi tersebut sebelum boleh melancong ke tempat tersebut.
Jadi, sekiranya anda perlu mendapatkan vaksinasi untuk tujuan itu, anda perlu tahu bahawa kosnya tidak akan dibiayai oleh insurans dan perlu menggunakan wang anda sendiri.
4. Kemajuan pada teknologi perubatan
Anda mungkin perlu mendapatkan prosedur tertentu bagi merawat penyakit anda.
Namun, sekiranya prosedur tersebut memerlukan anda untuk mencuba sebarang teknologi baharu yang masih dalam tempoh penyelidikan, kos bagi prosedur tersebut mungkin tidak akan dibiayai oleh pihak insurans anda.
5. Insurans tak cover masalah kesihatan akibat pelanggaran undang-undang
Dua perkara yang jelas di sini.
Sekiranya kesihatan anda terjejas akibat daripada kesalahan anda sendiri seperti penyalahgunaan dadah atau berlumba di atas jalan raya sehingga mengakibatkan kecederaan parah dan kecacatan kekal, maka anda pastinya tidak akan dilindungi insurans.
Jadi, pastikan anda jalani kehidupan yang baik ya!
Fahami polisi anda
Meskipun anda membeli perlindungan insurans perubatan, ini tidak bermakna segala-galanya akan ditanggung oleh syarikat insurans anda. Jadi, fahamilah polisi insurans sebaiknya dan dapatkan pelan terbaik untuk diri anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai insurans, anda juga boleh menghubungi ejen tanpa komisen Bjak pada bila-bila masa.
Rujukan: