Keseronokan pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina kian terasa selepas sekian lama berdepan dengan pandemik Covid-19.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bahkan menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 1.6 juta kenderaan berbanding 1.4 juta sebelum ini sepanjang perayaan Tahun Baru Cina bermula 28 Januari sehingga 6 Februari 2022.
Cadangan waktu perjalanan
Untuk itu, PLUS mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan untuk yang ingin pulang ke kampung atau bercuti bermula minggu ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, TTA itu bertujuan bagi menguruskan peningkatan trafik yang mendadak sempena perayaan terbabit.
“Orang ramai yang akan bergerak meninggalkan Lembah Klang untuk ke destinasi di utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak serta Johor di selatan disarankan supaya mula memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi.
“Untuk ke destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang, orang ramai dinasihatkan supaya mula memasuki lebuh raya selepas jam 1 tengah hari,” katanya.
Rancang perjalanan ikut TTA
Justeru itu, PLUS menggalakkan orang ramai untuk merancang perjalanan mereka berpandukan kepada TTA yang diberikan.
Ia bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya kesesakan di lebuh raya apabila kenderaan yang menuju ke pelbagai destinasi berada di satu-satu lokasi serentak.
Lakukan perkara ini sebelum mulakan perjalanan jauh
Untuk anda yang ingin melakukan perjalanan jarak jauh, sila pastikan anda ikut SOP dan segala peraturan jalan raya yang ditetapkan.
Dalam pada itu, pastikan juga anda lakukan perkara-perkara ini bagi memastikan perjalanan anda dan yang tersayang lebih selamat dan lancar.
1.Servis kereta anda – Sila hantar kereta anda ke pusat servis untuk melakukan penyelenggaraan, lebih-lebih lagi jika kereta anda sudah tidak lama diselenggara. Ia bagi mengelakkan kereta anda daripada meragam dan rosak secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan.
2. Rancang perjalanan dengan rapi – Jika boleh, sila ikut TTA yang dicadangkan oleh pihak PLUS seperti di atas. Anda juga boleh download mana-mana apps yang membolehkan anda untuk melihat perkembangan trafik semasa seperti Waze, LLM Traffic dan lain-lain.
3. Top up kad Touch ‘n Go – Pastikan kad Touch ‘n Go anda mempunyai baki yang mencukupi untuk perjalanan pergi dan balik. Jika tiada, tambah nilai dulu supaya anda tidak tersekat di tol dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
4. Dapatkan rehat yang secukupnya – Terutamanya pemandu, pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum anda memulakan perjalanan. Ini bagi mengelakkan anda daripada berasa keletihan dan mengantuk semasa memandu. Bahkan, ia penting bagi mengelak daripada berlakunya microsleep ketika memandu yang pastinya boleh membahayakan anda sebagai pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.
5. Stabilkan emosi – Pastikan anda mempunyai mindset yang positif sebelum ingin memulakan perjalanan. Ia bagi mengelakkan anda daripada mudah berasa marah, kecewa dan lain-lain yang seterusnya boleh menyebabkan anda memandu dengan berbahaya di samping melanggar peraturan jalan raya. Stabilkan dulu emosi anda supaya ia tidak mempengaruhi pemanduan anda. Dengan itu, perjalanan anda juga lebih menyeronokkan dan tenang.
6. Pastikan insurans dan roadtax masih sah – Semak dulu polisi insurans dan roadtax anda dan pastikan ia belum mencapai atau hampir dengan tarikh luput. Ingat, kereta anda memerlukan perlindungan insurans agar ia dapat melindungi anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika dalam perjalanan.
Jika ia sudah hampir tamat, perbaharui segera hari ini dan dapatkan pelan insurans dengan perlindungan terbaik untuk kenderaan anda. Untuk lebih mudah, renew sahaja di Bjak yang menyediakan 15 insurans untuk anda buat pilihan.
Pandu cermat untuk diri anda dan yang tersayang
Semoga perjalanan anda ke tempat yang ingin dituju selamat dan lancar. Berhati-hati di jalan raya, dan ingatlah orang yang tersayang.
Sila pastikan anda ikut segala peraturan jalan raya yang ditetapkan bagi keselamatan bersama.
Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.