Skip to content
Home » Takaful dan Hibah -Antara Produk dan Kaedah

Takaful dan Hibah -Antara Produk dan Kaedah

    Takaful dan hibah merupakan dua perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan kita. Kedua-duanya mempunyai hubung kait dan peranan yang tersendiri.

    Takaful

    Majoriti penduduk Malaysia yang beragama Islam akan memilih perlindungan Takaful berbanding insurans konvensional kerana ia bebas daripada tiga unsur yang dilarang oleh Islam iaitu unsur riba’, gharar (ragu-ragu) dan masyir (judi). Namun perlu diketahui bahawa perlindungan Takaful tidaklah hanya terhad kepada umat Islam malah turut boleh digunakan oleh agama lain.

    Melalui Takaful, pemegang-pemegang polisi yang juga dikenali sebagai peserta akan bersama-sama membuat sumbangan secara bulanan ke dalam tabung. Wang yang dikumpul itu kemudiannya akan dilaburkan ke dalam pasaran saham patuh syariah agar ia dapat memberi manfaat kepada peserta pada masa akan datang.

    Selain itu, untuk pengetahuan anda Takaful menggunakan konsep kerjasama dan perkongsian risiko yang mana segala risiko ditanggung bersama oleh semua pihak di bawah perlindungan Takaful terbabit.

    Hibah

    Secara mudahnya, hibah membawa maksud pemberian atau ‘hadiah’ yang dibuat secara terus oleh pemberi hibah ketika hayatnya kepada penerima sebagai tanda kasih sayang.

    Melalui hibah, penerima tidak lagi perlu melalui proses faraid dan harta/ barang tersebut menjadi milik penerima secara terus. Bagaimanapun, manfaat hibah hanya akan diperoleh oleh penerima setelah pemberinya meninggal dunia.

    Hibah Takaful

    Anda perlu faham bahawa hibah takaful bukanlah sejenis produk.

    Tetapi, hibah Takaful adalah kaedah bagaimana manfaat daripada pampasan itu akan diagihkan.

    Dengan kata mudahnya, melalui hibah Takaful, sekiranya pemegang polisi Takaful meninggal dunia, pengagihan wang pampasan oleh syarikat Takaful akan diberikan secara hibah iaitu secara terus kepada penerima manfaat.

    Melalui hibah, penerima sekurang-kurangnya akan dapat meneruskan kehidupan yang lancar dan baik menggunakan wang pampasan yang diterima.

    Dapatkan perlindungan Takaful melalui Bjak dan lakukan hibah untuk yang tersayang. Jika anda terdapat persoalan mengenai perlindungan Takaful mahupun hibah, sila jangan teragak-agak untuk bercakap ejen tanpa komisen kami pada bila-bila masa.