Apa Itu Tayar Botak?
Tayar botak merujuk kepada tayar yang telah haus atau bunga tayarnya semakin nipis, biasanya kurang dari 1.6mm — yang merupakan had minimum yang dibenarkan oleh undang-undang di Malaysia.
Risiko Tayar Botak:
- Kurang cengkaman atas jalan, terutamanya waktu hujan
- Mudah tergelincir (aquaplaning) di atas jalan basah
- Jarak brek jadi lebih jauh – lambat berhenti
- Potensi meletup lebih tinggi jika suhu tayar meningkat
Tekanan Tayar Tidak Betul:
- Tayar kurang angin menyebabkan:
- Penggunaan minyak meningkat
- Tayar cepat rosak di tepi
- Handling jadi tidak stabil
- Tayar terlebih angin menyebabkan:
- Cengkaman berkurang di tengah tayar
- Tayar lebih mudah meletup
- Ketidakseimbangan semasa membelok atau membrek
Statistik & Realiti:
- Menurut laporan MIROS dan JPJ, kerosakan tayar antara punca utama kemalangan di lebuh raya.
- Ramai pengguna tidak periksa tekanan tayar secara berkala, hanya tunggu sampai rasa “lembik”.

Langkah Pencegahan:
- Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya sekali setiap 2 minggu
- Tukar tayar jika bunga tayar kurang dari 1.6mm atau sudah lebih 5 tahun penggunaan
- Guna alat pengukur tekanan atau semak di stesen minyak
- Lakukan alignment dan balancing setiap kali tukar tayar atau rasa kereta tidak stabil
Baca juga:
Apa Itu Lesen PSV & GDL? Panduan Untuk Pemandu E-Hailing dan Lori