Skip to content
Home » 6 Tips Melancong Di Dalam Negara

6 Tips Melancong Di Dalam Negara

    Tips bercuti di dalam negara

    Ramai dalam kalangan kita mungkin masih gemar untuk melancong di dalam negara atas faktor kewangan, keselesaan, masa dan lain-lain. Melancong di dalam negara boleh jadi pengalaman yang indah (seindah melancong ke luar negara) jika perancangan dibuat dengan rapi dan tempat yang dipilih juga menarik untuk dikunjungi. 

    Sebenarnya, aktiviti melancong di dalam negara ini amat digalakkan kerana ia mampu menjana ekonomi negara. Jadi, bagi memastikan anda dapat percutian terbaik, apa kata anda baca tips yang akan kami kongsikan ini. 

    Semoga bermanfaat!

    Elak bercuti ketika musim cuti sekolah atau perayaan

    tips melancong di dalam negara

    Pelbagai bangsa, pelbagai perayaan yang diraikan! Inilah untungnya menjadi rakyat Malaysia. Jadi, ramai dalam kalangan masyarakat kita memilih untuk pergi bercuti apabila tibanya musim perayaan kerana cuti biasanya lebih panjang berbanding biasa.

    Selain musim perayaan, musim cuti sekolah juga menjadi pilihan keluarga untuk pergi bercuti. Boleh dikatakan, kedua-dua musim ini adalah ‘peak season’. Antara tempat yang sering menjadi pilihan adalah Cameron Highlands, Melaka, Pulau Pinang dan lain-lain.

    Jika anda inginkan percutian yang tenang, elakkanlah pergi bercuti di waktu peak season ini ya. Selain membazir masa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, kos untuk penginapan hotel juga pastinya lebih mahal pada musim ini.

    Pergilah melancong di luar musim cuti jika boleh. Selain dapat menjimatkan masa dan wang anda, anda juga pastinya akan merasa lebih tenang kerana tidak perlu berdepan dengan suasana yang padat.

    Cari waktu yang sesuai untuk melancong

    Meskipun negara kita bukan negara empat musim, namun ada waktu di mana sesetengah negeri di Malaysia akan mengalami musim hujan sehingga menyebabkan banjir. Contohnya di negeri bahagian pantai timur yang mana musim tengkujuh sering berlaku khususnya pada hujung tahun sehingga Mac. 

    Jadi, sebaiknya anda buat perancangan dengan rapi dan elakkanlah untuk bercuti di pulau, tepi pantai dan sebagainya dalam waktu ini. Selain dapat mengganggu aktiviti percutian anda, ia juga mungkin sedikit berbahaya dan berisiko.

    Pilihan yang anda ada adalah mungkin anda boleh pergi melancong ke negeri lain pada waktu ini yang turut menawarkan banyak pakej pelancongan menarik.  

    Pilih tempat menarik yang kurang dikunjungi pelancong

    Anda ingin mendapatkan percutian yang tenang? Jadi, eloklah jika anda elakkan untuk kunjungi tempat-tempat yang sentiasa menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara. 

    Sebenarnya, banyak je tempat menarik yang boleh anda lawati di Malaysia ini. Yang penting, anda kena rajinkan diri buat carian di Google, pasti ada tempat menarik yang boleh anda pergi nanti. 

    Contohnya, pergilah ke Hutan Royal Belum yang terletak di Gerik, Perak, Pulau Tenggol di Terengganu dan sebagainya. 

    Pilih tempat penginapan yang selesa namun bawah bajet

    Anda tidak memerlukan bilik hotel yang mahal untuk memastikan percutian anda selesa dan indah. Cukuplah jika anda menempah tempat penginapan yang murah asalkan ia tidak mengganggu ketenangan mental dan jiwa anda sepanjang tempoh percutian.

    Pastikan juga ia ditempah lebih awal ya bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku khususnya apabila anda sudah sampai ke destinasi yang anda ingin lawati nanti, terutama ketika peak season

    Gunakan kenderaan paling efektif

    Sebenarnya, percutian lebih menyeronokkan jika kita menggunakan kenderaan sendiri. Mana tidaknya, kita boleh pergi ke mana sahaja tanpa sebarang masalah atau batasan. Namun, ikut juga tempat yang anda ingin kunjungi itu.

    Jika anda dari kampung atau bandar kecil dan berhasrat untuk pergi melancong ke kawasan bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baharu dan sebagainya, maka anda mungkin boleh cuba menggunakan pengangkutan awam yang ada, contohnya teksi atau LRT kerana selain risiko untuk tersesat, anda juga mungkin akan terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang teruk jika memandu kenderaan sendiri.

    Dapatkan insurans perjalanan

    Bukan sahaja untuk bercuti di luar negara, insurans perjalanan juga penting sekiranya anda ingin melancong di dalam negara kerana kemalangan atau insiden yang tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana sahaja.

    Dengan insurans perjalanan, anda boleh melindungi diri anda daripada kerugian kewangan sekiranya kejadian seperti kelewatan atau pembatalan penerbangan, kehilangan bagasi di lapangan terbang dan banyak lagi berlaku. Bahkan lebih penting, insurans perjalanan boleh membantu memberi pampasan kepada anda untuk sebarang perbelanjaan perubatan sepanjang tempoh perjalanan anda.

    Untuk dapatkan insurans perjalanan tidak susah pun. Kini, anda boleh dapatkannya dengan mudah secara atas talian, contohnya di platform Bjak. Menerusi platform kami ini, anda boleh bandingkan dengan 15 jenama insurans yang ada secara sekaligus, dan seterusnya membantu anda mendapatkan pelan terbaik pada harga yang munasabah.

    Semoga tips melancong di dalam negara yang dikongsikan di atas dapat membantu anda!


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: