Skip to content
Home » Tips Pulang ke Kampung Dengan Selamat Sempena Hari Raya Ini

Tips Pulang ke Kampung Dengan Selamat Sempena Hari Raya Ini

    tips pulang ke kampung

    Sudah lebih dua minggu berpuasa, kini pasti ramai yang perlahan-lahan sudah mula merancang untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, kan?

    Fikirkan mengenai kampung halaman pun sudah cukup seronok dan mengujakan! Namun, anda perlu tetap beringat tentang beberapa perkara sebelum pulang ke kampung.

    Pastikan anda mengambil langkah berwaspada ini agar segalanya lancar, tenang dan tidak berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini. 

    Rumah anda

    Jangan tinggalkan barangan berharga

    Pencuri dan perompak sentiasa menunggu peluang untuk melakukan kegiatan jenayah mereka, lebih-lebih di musim perayaan di mana ramai yang meninggalkan rumah kosong untuk pulang ke kampung halaman. 

    Jadi, tidak kiralah sama ada anda ingin pulang ke kampung lama atau sekejap, pastikan anda membawa sekali barangan berharga anda seperti wang, barang kemas, komputer riba, dan sebagainya yang dirasakan penting. 

    Jangan ambil sikap sambil lewa ya kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku kelak. 

    Tutup punca kuasa elektrik

    Sebelum pulang ke kampung, pastikan anda sudah menutup semua suis perkakas elektrik di rumah anda. Mengapa? Ia bagi mengelakkan daripada berlakunya insiden litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran. Merbahaya kan?! Jadi, sila pastikan anda dah tutup semua suis ya sebelum keluar rumah.

    Selain itu, jangan lupa juga untuk tanggalkan kepala tong gas jika anda ada menggunakan tong gas di dapur. Ini juga penting bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini, iaitu kebakaran.

    Kunci rumah anda

    Dah selesai pastikan kedua-dua perkara di atas dibuat? Kemudian jangan lupa kunci setiap tingkap dan pintu rumah anda sebelum pulang ke kampung. Ini bagi mengelakkan risiko rumah anda mudah dipecah masuk oleh perompak semasa ketiadaan anda!

    Maklumkan kepada jiran

    Maklumkan kepada jiran yang anda percaya bahawa anda ingin pulang ke kampung selama beberapa hari. Minta pertolongan mereka untuk menjaga rumah anda dari jauh dan maklumkan kepada anda jika berlaku sesuatu yang mencurigakan. 

    Kereta anda

    Standby peralatan penting di dalam kereta

    Ingat ya, sebaik sahaja anda memandu, anda sebenarnya terdedah dengan pelbagai risiko yang tidak dijangka. Kereta tiba-tiba rosak, tayar pancit, wiper tiba-tiba tidak berfungsi ketika hujan, kereta tiba-tiba terkunci dari dalam, dan sebagainya.

    Jadi sebagai seorang pemilik kereta yang bijak dan berhemah, anda sangat digalakkan untuk membuat persediaan rapi dengan menyimpan beberapa peralatan atau aksesori penting ini sebagai persediaan jika berlaku kecemasan.

    Ia termasuklah:

    • Dashcam kereta
    • Tukul cermin pelbagai fungsi
    • Botol air saiz 1.5 liter ke atas
    • Kit pertolongan cemas
    • Jaket keselamatan pembalik cahaya
    • Tanda segi tiga amaran
    • Tayar ganti dan peralatan menukar tayar
    • Alat pemadam api
    • Kabel jumper kereta

    Kereta sudah diservis

    servis kereta

    Pastikan kereta anda sudah diservis di bengkel sebelum anda ingin memulakan perjalanan ke kampung. Ini bagi memastikan segala komponen dalam kereta anda berada dalam keadaan baik, termasuklah di bahagian enjin, tayar, brek, aircond, wipers, lampu dan bateri kereta.

    Kegagalan anda untuk berbuat demikian bakal mengundang bahaya, lebih-lebih jika kereta anda sudah sekian lama tidak diservis.

    Pastikan anda tidak menunggu di saat-saat akhir untuk menghantar kereta ke bengkel ya. Biasanya di musim perayaan kebanyakan bengkel akan penuh. Jadi, buat temu janji dari sekarang dan dapatkan satu tarikh untuk anda hantar kereta anda bagi pemeriksaan.

    Isi petrol kereta

    Pastikan tangki minyak kereta anda sudah diisi dengan secukupnya sebelum anda mulakan perjalanan pulang kampung. Ini bagi memastikan anda tidak membuang begitu banyak masa di atas jalan raya nanti. Biasanya apabila tiba musim perayaan, stesen-stesen minyak di lebuh raya padat dengan kereta. Jadi, jika anda sudah mengisi dengan lebih awal minyak kereta anda, maka anda bolehlah menjimatkan sedikit masa dan teruskan perjalanan dengan selamat. 

    Top up kad Touch ‘n Go anda

    Sekarang ini, semua tol di lebuh raya memerlukan anda menggunakan kad Touch ‘n Go untuk anda melepasinya. Jadi, jangan lupa untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go (kalau boleh untuk pergi dan balik terus) bagi memastikan perjalanan anda lancar dan mengelak daripada berlakunya kesesakan di tol.

    Kini, di mana-mana sahaja anda boleh tambah nilai kad Touch ‘n Go anda. Malah secara online juga boleh iaitu menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Jadi tiada alasan lagi ya!

    Insurans dan roadtax masih aktif

    tips pulang ke kampung - sediakan roadtax yang sah

    Ini yang paling penting ya! Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kereta anda dilindungi dengan insurans terbaik dan masih mempunyai roadtax yang masih belum tamat tempoh. 

    Mengapa?

    Ia bukan sahaja untuk mengelakkan saman ketika melalui sekatan jalan raya, malah ia sangat penting untuk memastikan anda diberikan perlindungan oleh syarikat insurans andai kata berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika dalam perjalanan.

    Roadtax hampir tamat tempoh? Renew segera hari ini secara online di Bjak. Anda boleh aktifkan kedua-dua insurans dan roadtax sekaligus dalam satu masa.

    Diri anda

    Tidur secukupnya

    Sebelum memulakan perjalanan jauh, pastikan anda sebagai pemandu mendapatkan tidur yang secukupnya. Ini bagi mengelakkan anda daripada tertidur ketika memandu seterusnya membahayakan nyawa anda, penumpang dan pengguna jalan raya lain.

    Elak mengambil ubat yang boleh membuatkan anda mengantuk. Jika boleh, pastikan juga salah seorang penumpang anda itu mempunyai lesen memandu bagi membolehkan anda bergilir-gilir memandu untuk perjalanan jarak jauh.

    Bawa wang yang mencukupi

    Bawa bersama wang yang mencukupi bersama anda sebelum mulakan perjalanan ke kampung. Meskipun anda sudah selesa mengamalkan transaksi tanpa tunai, tetapi bawa sahaja wang dalam beberapa jumlah tertentu agar boleh digunakan ketika dalam kecemasan kelak.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: