Skip to content
Home » Tips untuk Banding Travel Insurance Terbaik

Tips untuk Banding Travel Insurance Terbaik

    banding travel insurance

    Apabila melancong ke luar negara, kita perlu mengambil kira pelbagai risiko yang mungkin berlaku termasuklah kecurian barang peribadi, sakit secara tiba-tiba ataupun juga kemalangan. Disebabkan itulah persiapan awal perlu dilakukan iaitu mengambil insurans perjalanan atau travel insurance sebelum memulakan percutian.

    Anda boleh membeli satu pelan insurans perjalanan terbaik untuk diri anda sebaik sahaja anda menempah atau book tiket penerbangan anda. Ini bagi memastikan anda boleh dlindungi lebih awal, iaitu dari sebelum bercuti sehinggalah ketika sedang bercuti nanti.

    Untuk membeli dan banding travel insurance tidaklah sukar pun. Dengan begitu banyak pilihan pelan insurans perjalanan yang tersedia di pasaran, anda pastinya boleh mendapatkan satu pelan yang sesuai dengan bajet serta keperluan anda. Namun, di bawah ini kami kongsikan kepada anda beberapa tips mengenai travel insurance terbaik (apa yang sepatutnya ada) untuk anda lakukan dahulu perbandingan.

    Menyediakan perlindungan antarabangsa 

    Satu kualiti bagi menentukan sama ada ia adalah pelan insurans perjalanan yang baik adalah ia perlu mempunyai perlindungan global. Anda perlu ingat meskipun banyak insurans perjalanan yang menyatakan bahawa ia menyediakan perlindungan global/ antarabangsa, namun sesetengah daripada mereka sebenarnya mempunyai perlindungan yang sangat terhad iaitu hanya untuk di sesebuah negara sahaja, ataupun tidak menyediakan perlindungan menyeluruh di lokasi yang terpilih.

    Satu-satu pelan travel insurance yang baik adalah yang mempunyai perlindungan yang meluas di mana-mana negara anda berada dan boleh memastikan keselamatan anda selama 24 jam.

    Perlindungan menyeluruh

    Apabila anda melancong terutamanya di tempat yang jauh dan untuk jangka masa yang panjang, adalah baik jika anda dilindungi untuk sebarang kemalangan yang mungkin berlaku. Pelan insurans yang komprehensif perlu meliputi perbelanjaan perubatan, kemalangan diri, kesulitan perjalanan, kemalangan gaya hidup, dan juga liabiliti. 

    Pastikan juga pelan tersebut menyediakan nilai perlindungan yang berbaloi untuk anda! 

    Menawarkan pelan perjalanan tunggal dan perlindungan tahunan

    Sama ada anda seorang ahli perniagaan yang melakukan perjalanan beberapa kali setahun atau hanya orang biasa yang mencari masa untuk bercuti, pembekal insurans perjalanan harus mempunyai produk yang sesuai untuk keperluan anda.

    Jika anda kerap bercuti dalam tempoh masa setahun, pilihlah syarikat insurans yang menawarkan insurans perjalanan tahunan untuk anda, kerana ia boleh menjimatkan wang anda. Dan sebaliknya, pilih insurans perjalanan tunggal jika anda melancong setahun sekali sahaja bagi mengelakkan pembelian yang tidak perlu. Dengan membandingkan pelan insurans perjalanan, anda harus mencari satu yang memenuhi corak perjalanan anda.

    Mempunyai nilai tambah

    Sesiapa sahaja pastinya seronok apabila mendapat nilai tambahan apabila mereka membeli sesuatu. Sama juga apabila anda membeli insurans perjalanan, anda pastinya ingin mempunyai sedikit nilai tambah pada pembelian insurans anda itu agar ia boleh lebih menjamin keselamatan dan berikan perlindungan terbaik untuk anda.

    Pastikan anda sentiasa banding promosi-promosi travel insurance yang ada. Sesetengah syarikat insurans menawarkan diskaun yang besar apabila anda membeli insurans perjalanan tunggal atau menyediakan baucar tertentu. Pemberian percuma ini adalah cara untuk syarikat insurans anda menunjukkan betapa mereka menghargai anda sebagai pelanggan mereka.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia dan telah dipercayai lebih 3 juta pengguna. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: