Percutian pastinya lebih menyeronokkan apabila kita menikmatinya bersama insan tersayang tidak kiralah ahli keluarga mahupun rakan terdekat. Namun begitu, satu-satu perkara yang tidak boleh diabaikan sebelum ingin pergi bercuti khususnya ke luar negara adalah mendapatkan perlindungan insurans. Jika percutian itu membabitkan ramai individu – contohnya lebih daripada 10 orang, pilihan terbaik adalah dengan membeli pelan travel insurance berkumpulan.
Apakah yang dimaksudkan dengan travel insurance berkumpulan (Group Travel Insurance) ini? Siapakah yang digalakkan untuk mengambil pelan ini dan apakah kebaikannya berbanding pelan insurans individu?
Teruskan membaca perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.
Apa itu pelan travel insurans berkumpulan?
Perlu anda tahu, ketika ingin membeli sesuatu pelan travel insurance, anda boleh memilih sama ada untuk mendapatkan pelan insurans individu ataupun pelan insurans berkumpulan.
Sama seperti namanya, pelan travel insurance individu akan melindungi satu individu yang diinsuranskan sahaja, manakala pelan insurance berkumpulan pula menyediakan perlindungan kepada individu-individu yang dinamakan di dalam polisi tersebut sekiranya berlaku sesuatu kepada mereka ketika sebelum atau semasa perjalanan. Pelan travel insurance berkumpulan sesuai untuk diambil oleh mereka yang melancong secara beramai-ramai, ke destinasi dan tarikh yang sama. Harganya akan menjadi lebih murah berbanding jika setiap seorang mendapatkan satu pelan yang berbeza-beza.
Manfaat beli travel insurance berkumpulan
Jika anda tanya mengapa perlu dapatkan pelan travel insurance berkumpulan, ini adalah jawapan-jawapannya:
Menyediakan lebih manfaat
“Kami semua dah ada insurans perubatan, rasanya tak perlu dah travel insurance ni”
Perlu anda tahu dan fahami bahawa travel insurance bukan hanya merangkumi manfaat untuk rawatan perubatan kecemasan sahaja, bahkan ia lebih daripada itu. Contohnya termasuklah kehilangan bagasi, pembatalan perjalanan, penerbangan ditangguhkan dan pelbagai lagi.
Jadi dengan adanya perlindungan insurans ini, ia secara tidak langsung dapat memberikan percutian yang menenangkan kepada anda semua memandangkan risiko untuk berlaku perkara yang tidak diingini tetap ada meskipun anda bercuti secara beramai-ramai.
Ingat, kos untuk mendapatkan satu pelan travel insurance berkumpulan ini tidaklah begitu mahal berbanding dengan kerugian yang mungkin perlu anda tanggung sendiri jika bercuti tanpa insurans.
Lebih murah berbanding pelan individu
Seperti yang dinyatakan di atas tadi, anda boleh memilih sama ada untuk mendapatkan pelan insurans individu ataupun pelan insurans berkumpulan ketika ingin beli travel insurance. Biasanya, jika anda merancang untuk bercuti secara beramai-ramai, membeli pelan insurans perjalanan berkumpulan adalah lebih menjimatkan. Ini kerana pihak insuran biasanya akan menawarkan premium yang lebih berbaloi dan menguntungkan di samping tetap mengekalkan manfaat-manfaat yang patut diterima setiap individu yang dinamakan di dalam polisi.
Jadi, selain dapat perlindungan pada harga terbaik, anda juga boleh menjimatkan wang anda!
Bagaimana nak pilih pelan travel insurance berkumpulan yang terbaik?
Bandingkan polisi – Sebelum membeli atau memilih sebarang pelan insurans perjalanan, pastikan anda membuat dahulu perbandingan dengan beberapa buah syarikat insurans untuk melihat jumlah perlindungan serta manfaat yang ditawarkan. Ingat, syarikat insurans mungkin menawarkan skop perlindungan yang berbeza meskipun mungkin nampak sedikit sama ya.
Pilih syarikat insurans yang ada rangkaian kerjasama asing luar negara yang baik – Ia penting bagi memastikan bantuan mudah diberikan sekiranya berlaku sesuatu kepada anda dan yang lain ketika sedang bercuti di luar negara.
Kenalpasti segala terma dan syarat dalam pelan insurans perjalanan berkumpulan – Sila buat semakan dan baca dengan teliti polisi insurans terlebih dahulu. Tahu apa perkara yang boleh dituntut dan apa yang tidak boleh dituntut.
Bantuan khidmat pelanggan mudah – Sila pastikan syarikat insurans tersebut menyediakan bantuan khidmat pelanggan 24/jam. Ingat, anda tidak tahu bila kemalangan akan berlaku.
Dapatkan insurans sebelum melancong
Sama anda ingin pergi melancong secara solo, berpasangan atau bahkan berkumpulan, sila pastikan anda mendapatkan perlindungan insurans perjalanan seelok-eloknya sebaik sahaja tiket penerbangan telah ditempah. Ini bagi mengelakkan anda semua mengalami sebarang kerugian yang melampau andai kata berlaku sesuatu sebelum atau ketika sedang bercuti.
Ingat, musibah boleh berlaku di mana sahaja. Tidak salah sediakan payung sebelum hujan ya!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: