“Susahnya nak claim travel insurance ni. Selalu sangat claim ditolak je!” Sebenarnya, jika anda sudah mengikut segala prosedur dan syarat yang ditetapkan, tuntutan bagi travel insurance atau insurans perjalanan anda boleh berjalan dengan mudah, tanpa sebarang masalah.
Berikut adalah beberapa tips tentang cara boleh mengelakkan claim anda daripada ditolak. Jom teruskan membaca dengan lebih lanjut mengenainya di bawah ini!
Pastikan anda telah isytiharkan tentang keadaan perubatan sedia ada anda
Satu tips paling penting dan perlu anda lakukan adalah untuk mengisytiharkan keadaan perubatan sedia ada anda ketika membeli insurans perjalanan. Dengan berbuat demikian, jika anda mengalami sebarang keadaan kecemasan mengenai kesihatan anda, maka anda boleh boleh dilindungi jika perlu membuat tuntutan insurans.
Kegagalan anda untuk mengistiharkan keadaan kesihatan sedia ada akan menyebabkan claim anda ditolak. Bermakna, anda perlu menanggung kos rawatan yang tinggi, menggunakan wang poket sendiri. Selain itu, jangan juga menipu mengenai keadaan perubatan anda ya! Ini bagi mengelakkan sebarang masalah terutamanya ketika ingin membuat tuntutan insurans nanti.
Maklumkan pihak insurans jika ada sebarang perubahan
Pastikan polisi anda dikemas kini dengan sebarang perubahan pada kesihatan anda. Sama ada anda mempunyai diagnosis baharu atau ada menerima sebarang keputusan ujian kesihatan tertentu, pastikan anda maklumkan kepada syarikat insurans anda mengenai perkara tersebut.
Ini bagi memastikan anda boleh dilindungi jika mengalami sebarang perubatan kecemasan semasa bercuti.
Hubungi syarikat insurans secepat mungkin
Jika anda jatuh sakit di luar negara namun ia bukan kecemasan, pastikan anda tetap menghubungi syarikat insurans sebelum menerima rawatan. Dengan berbuat demikian, pihak insurans boleh membimbing anda ke kemudahan perubatan yang ada dan seterusnya pihak insurans boleh mengesahkan perkara yang dilindungi oleh insurans perjalanan anda.
Sebaik sahaja anda pulang ke tanah air, pastikan anda menghubungi syarikat insurans anda secara dalam talian atau telefon mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sediakan juga dokumen sokongan seperti sijil sakit, bukti dan resit untuk menyokong tuntutan anda.
Ketahui maklumat yang perlu anda berikan
Pastikan anda hanya memberi maklumat yang tepat apabila ingin membuat tuntutan insurans. Anda boleh memilih untuk menyerahkan tuntutan anda secara dalam talian, atau memuat turun borang untuk diisi secara manual.
Jika tuntutan anda adalah untuk perubatan kecemasan yang anda alami semasa bercuti, pastikan anda turut menyertakan dokumen yang ditandatangani oleh doktor bertauliah yang mengesahkan anda menerima rawatan tersebut.
Beli polisi anda apabila anda tempah perjalanan anda
Dengan membeli insurans perjalanan sebaik sahaja anda menempah tiket untuk percutian anda, anda sebenarnya terus dilindungi jika perlu membatalkan perjalanan anda. Jika anda mempunyai polisi Insurans Perjalanan Tahunan, pastikan polisi anda masih aktif supaya anda dilindungi sekiranya anda perlu membatalkan perjalanan anda.
Bercuti ke negara yang selamat
Pastikan anda pergi ke tempat yang selamat untuk bercuti.
Contohnya jika anda pergi ke destinasi yang telah dinasihatkan oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) untuk elak daripada lawati, pihak insurans tidak akan dapat melindungi anda jika anda perlu membuat tuntutan insurans akibat daripada masalah yang berlaku.
Semak perkara yang dilindungi
Pastikan anda membaca polisi insurans perjalanan anda dengan teliti untuk memastikan anda dilindungi bagi semua yang anda perlukan. Ini juga bagi mengelak berlakunya masalah dan salah faham pada masa akan datang.
Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia dan telah dipercayai lebih 3 juta pengguna. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.
Baca juga: