Ramai orang gemar untuk pergi melancong, namun mungkin masih juga ramai yang belum menyedari akan kepentingan memiliki insurans perjalanan atau travel insurance khususnya ketika ingin bercuti ke luar negara.
Ada yang masih terkial-kial dimana untuk mendapatkan travel insurance terbaik, mengapa travel insurance diperlukan, bila perlu dapatkannya dan pelbagai lagi.
Jangan risau. Jom teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai travel insurance!
Apa itu travel insurance atau insurans perjalanan?
Sama seperti insurans nyawa dan insurans perubatan yang menawarkan pampasan jika berlaku sesuatu terhadap pemegang polisi, insurans perjalanan atau travel insurance juga turut memberikan pampasan dan melindungi anda jika berlaku sesuatu ketika dalam percutian seperti kemalangan, kerugian atau gangguan perjalanan.
Antara bentuk perlindungan yang sering ditawarkan oleh syarikat insurans dalam insurans perjalanan adalah kemalangan diri, kehilangan passport, kehilangan dan kelewatan bagasi, penghantaran pulang jenazah dan pelbagai lagi.
Apakah negara yang mewajibkan anda untuk beli travel insurance?
Sebenarnya, banyak negara sudah mula mewajibkan para pelancong untuk mendapatkan travel insurance supaya perjalanan lebih selamat dan lancar.
Jika anda berniat untuk mengunjungi salah satu negara dalam senarai di bawah ini, anda mungkin perlu membeli travel insurance tertentu yang menyediakan perlindungan perubatan termasuklah untuk rawatan Covid-19, kemasukan hospital dan banyak lagi.
- Filipina
- UAE
- Togo
- Turkiye
- Morocco
- Cuba
- Ecuador
- Iran
- Romania
- Algeria
- Croatia
- Georgia
- Lebanon
- Antartika
- Moldova
Nota: Sila baca dahulu panduan pelancongan negara yang anda ingin kunjungi untuk mendapatkan maklumat terkini.
Negara yang ingin dikunjungi tidak mewajibkan travel insurance. Perlukah saya dapatkannya juga?
Walaupun kebanyakan negara sudah tidak mengenakan sekatan perjalanan seperti ketika pandemik Covid-19 dahulu dan secara tidak langsung tidak lagi mewajibkan pengambilan insurans perjalanan, namun ini apa yang anda perlu ingat!
Kecelakaan dan musibah boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Apatah lagi ketika berada di negara orang, pelbagai perkara yang tidak diingini boleh terjadi dalam sekelip mata.
Sudah ada ya kes bagasi hilang ketika di lapangan terbang, individu jatuh sakit ketika sedang bercuti sehingga perlu mendapatkan rawatan hospital, bahkan ada juga yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya atau penyakit yang dihidapi.
Bayangkan sahaja jika perkara itu berlaku ketika anda sedang melancong, dari mana anda boleh dapatkan wang untuk menanggung kos rawatan atau kerugian yang dialami nanti?
- Kos rawatan hospital di luar negara sangat mahal – Berbeza jika anda dimasukkan ke hospital di tanah air sendiri, kos rawatan di hospital luar negara adalah lebih tinggi dan mahal. Dengan adanya travel insurance, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang anda alami yang mana kos rawatan anda akan ditanggung oleh pihak insurans (mengikut had tertentu).
- Travel insurans tidak hanya menanggung kos rawatan hospital sahaja – Bagasi hilang, penerbangan dibatalkan atau ditunda, passport tercicir? Pelan komprehensif dalam insurans perjalanan biasanya akan memberi perlindungan untuk perkara-perkara ini. Jadi anda rasa rugi atau tidak jika anda ambil?
- Harga insurans perjalanan tidak mahal – Berbanding insurans nyawa atau kad perubatan yang memerlukan komitmen jangka panjang, insurans perjalanan pula tidak. Anda boleh membelinya untuk harga puluhan atau ratusan ringgit sahaja mengikut pelan yang dipilih, sebelum ingin pergi bercuti. Selepas itu, anda boleh memulakan percutian anda dengan perasaan yang sedikit lega dan tenang!
Bila waktu terbaik untuk mendapatkan travel insurance?
Waktu terbaik sudah tentulah sebelum anda ingin pergi bercuti. Namun ada juga yang berpandangan bahawa anda boleh mendapatkan travel insurance anda sebaik sahaja anda membeli tiket penerbangan. Ini kerana jika penerbangan anda dibatalkan atas sebab tertentu seperti faktor kesihatan anda atau lain-lain (yang munasabah), maka anda boleh mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan pampasan daripada pihak insurans.
Apakah yang dilindungi dalam insurans perjalanan?
Berikut merupakan antara perkara biasa yang dilindungi di dalam insurans perjalanan:
- Penerbangan ditunda atau dibatalkan
- Kehilangan bagasi
- Kehilangan passport atau dokumen penting lain
- Kecemasan dalam perubatan
- Kematian akibat kemalangan
- Pembatalan perjalanan atas sebab peribadi
Anda boleh membaca keterangan lanjut mengenai perkara-perkara yang dilindungi di dalam insurans perjalanan menerusi artikel yang pernah dikongsikan sebelum ini.
Saya hanya melancong sekali sahaja dalam tempoh beberapa tahun. Apakah jenis insurans perjalanan yang patut saya ambil?
Sebenarnya, ketika ingin membeli polisi insurans perjalanan, anda mempunyai dua pilihan iaitu untuk memilih insurans perjalanan tahunan ataupun perlindungan tunggal.
Jika anda bukanlah seseorang yang kerap sangat melancong ke luar negara dalam tempoh setahun, maka ambil sahaja polisi insurans perjalanan tunggal. Polisi ini akan melindungi anda untuk tempoh percutian sekali sahaja jadi harganya lebih murah berbanding polisi insurans perjalanan tahunan.
Sebaliknya jika anda yang gemar atau kerap bercuti dalam tempoh setahun, jadi ambil sahaja polisi insurans perjalanan tahunan. Pelan ini akan melindungi mana-mana perjalanan anda sepanjang tahun itu, sama ada atas urusan perniagaan atau peribadi, sehingga tempoh maksimum tertentu untuk setiap perjalanan.
Adakah travel insurance mahal?
Tidak. Harganya sebenarnya cukup murah berbanding dengan risiko kerugian yang anda perlu tanggung nanti jika berlaku sesuatu pada anda.
Sebelum membeli insurans perjalanan, anda boleh membuat perbandingan terlebih dahulu dengan beberapa buah syarikat insurans untuk melihat pelan terbaik yang menawarkan premium paling rendah dan menguntungkan.
Jangan beli secara sembrono. Pastikan setiap manfaat yang ditawarkan adalah mencukupi dan mengikut kehendak anda.
Nak lebih mudah? Anda boleh buat perbandingan secara terus di Bjak. Ada 4 jenama insurans perjalanan yang ditawarkan dan anda boleh bandingkan secara sekaligus dalam satu platform sahaja.
Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.
Baca juga: