Cara BJAK Dibina
Utamakan Hasil
Kami utamakan hasil berbanding usaha semata-mata, impak berbanding aktiviti, dan pelaksanaan berbanding alasan. Hasil yang baik hari ini lebih bernilai daripada pelan sempurna esok.Fikir Pantas, Gerak Pantas
Kami bergerak lincah, berdikari dan belajar dengan cepat. Fokus kami adalah hasil yang pantas tanpa mengorbankan kualiti.Berterus Terang
Kami utamakan kejujuran berbanding keselesaan. Kami terbuka kepada maklum balas, cepat membuat penambahbaikan, dan meletakkan kerja mengatasi ego.Pantas & Konsisten
Kami cepat menyesuaikan diri dengan perubahan dan kekal tersusun. Kami percaya kejayaan datang daripada konsistensi, bukan usaha sekali-sekala.Rendah Hati & Peduli
Kami berkomunikasi secara jujur, fokus pada hasil, dan saling membantu. Ego melambatkan pasukan, ownership memerlukan kejujuran.Sentiasa Mahu Lebih
Kami galakkan pasukan untuk melebihi jangkaan, menetapkan standard lebih tinggi, mengambil lebih tanggungjawab, dan terus berkembang.Cara Prestasi Dinilai
Prestasi dinilai berdasarkan impak, kualiti keputusan, ownership ketika tekanan, dan konsistensi dari masa ke masa. Prestasi sebenar lebih penting daripada senioriti atau jawatan. Ganjaran diberi mengikut impak yang dihasilkan.Autonomi lebih besar
Gaji kompetitif pasaran
Perkembangan kerjaya lebih pantas
Bersedia untuk sertai pasukan yang bergerak pantas, memiliki hasil, dan membina perkara yang bermakna?
Lihat semua peluang kerjaya
Lihat semua peluang kerjaya
