Panduan Perbaharui Roadtax secara talian guna BJAK

Panduan Perbaharui Roadtax secara talian guna BJAK

Nabil FarhanNabil Farhan· · Bacaan 2 minit
Terakhir disemak

Tiada masa untuk ke JPJ? Tidak mahu beratur Panjang? Sekarang, anda boleh perbaharui roadtax kereta secara online dalam masa kurang dari 5 minit — terus dari rumah! Dengan platform seperti BJAK, proses jadi lebih mudah, cepat dan tanpa stres.

Artikel ini akan tunjukkan langkah-langkah mudah serta jawapan kepada soalan paling kerap ditanya.


Soalan 1: Apakah syarat untuk perbaharui roadtax?

Untuk perbaharui roadtax (cukai jalan), anda mesti:

✅ Mempunyai insurans kenderaan yang masih aktif
✅ Tiada saman tertunggak tertentu (seperti AES/JPJ Blacklist)
✅ Pastikan maklumat kenderaan adalah tepat dan terkini


Soalan 2: Bagaimana cara perbaharui roadtax online dengan BJAK?

Langkah mudah di bjak.my:

1.Masukkan nombor plat & NRIC
Sistem akan semak terus dengan JPJ dan insurans.

2. Bandingkan & pilih insurans
Pilihan panel insuran & tambahan pembelian roadtax.

3. Buat bayaran
Pilih kaedah bayaran penuh atau secara ansuran bulanan.

4. Roadtax dikemaskini secara digital
Status roadtax anda akan terus dikemaskini dalam aplikasi MyJPJ.


Soalan 3: Perlu ke ambil roadtax fizikal?

Tidak perlu.
Sejak Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan pelekat roadtax fizikal. Kini, semua maklumat roadtax boleh dilihat melalui:

  • Aplikasi MyJPJ
  • e-Resit dari BJAK atau emel anda

Soalan 4: Boleh tak saya renew secara fizikal?

Ya, boleh. JPJ kini menggunakan cetakan atas kertas biasa menggantikan pelekat cukai jalan lama. Lihat contoh dalam foto yang disertakan.


Soalan 5: Boleh renew awal ke?

Ya. Anda boleh perbaharui insurans & roadtax seawal 60 hari sebelum tamat tempoh.

Contoh:
Tarikh tamat: 1 Ogos
Tarikh mula boleh renew: 2 Jun

Tips Tambahan:

  • Pembaharuan awal untuk mengelak kesukaran pada saat akhir
  • Pastikan butiran e-mel lengkap supaya e-polisi & resit sampai tepat
  • Simpan bukti bayaran untuk rujukan JPJ jika perlu

Perbaharui roadtax online bukan sahaja mudah — ia juga lebih selamat dan jimat masa. Dengan BJAK, anda boleh urus insurans & roadtax dalam satu tempat sahaja, tanpa perlu beratur panjang.


Perbaharui roadtax anda sekarang di BJAK.my — Percuma untuk semak, dan sah serta-merta dalam MyJPJ!

Baca juga:

Kembali ke semua artikel

Artikel berkaitan

Harga roadtax

Harga Road Tax Alza di Malaysia (2026)

Nabil Farhan· 05/10/26 · Bacaan 3 minit
Harga roadtax

Harga Road Tax dan Insurans Perodua Ativa di Malaysia (2026)

Nabil Farhan· 05/10/26 · Bacaan 3 minit
Harga roadtax

Harga Road Tax dan Insurans Proton X50 di Malaysia (2026)

Nabil Farhan· 05/10/26 · Bacaan 3 minit
Harga roadtax

Harga Road Tax dan Insurans Proton Saga di Malaysia (2026)

Nabil Farhan· 05/10/26 · Bacaan 3 minit