Tuntutan Khidmat Tunda Kereta – Ini yang Anda Perlu Tahu

Tuntutan Khidmat Tunda Kereta – Ini yang Anda Perlu Tahu

Nabil FarhanNabil Farhan· · Bacaan 4 minit
Disemak oleh Hasif Elias · Diluluskan oleh Ronald Lim · Terakhir disemak

Selain menanggung kos pembaikan, sesetengah polisi insurans dan takaful turut menyediakan khidmat tunda kereta.

Manfaat ini biasanya tersedia apabila kereta rosak atau terbabit dalam kemalangan. Namun, had tunda berbeza mengikut syarikat, polisi dan pelan yang dipilih.

Oleh itu, hubungi syarikat insurans atau takaful anda sebelum menerima bantuan daripada syarikat tunda lain.

Perkhidmatan Khidmat Tunda Percuma

Manfaat khidmat tunda percuma lazimnya boleh dinikmati oleh pemegang polisi komprehensif (1st party).
Khidmat tunda biasanya ditawarkan sebagai sebahagian daripada perlindungan motor tertentu. Ada syarikat yang menetapkan had berdasarkan jarak, manakala ada yang menggunakan jumlah wang tertentu.
Berikut adalah contoh manfaat tunda yang ditawarkan oleh beberapa penyedia insurans dan takaful di Malaysia:

Syarikat Insurans / TakafulHad / Manfaat Tunda
AllianzSehingga 150 km*
Liberty InsuranceSehingga 150 km*
ZurichSehingga 150 km*
Takaful IkhlasSehingga 100 km*
Takaful MalaysiaSehingga 50 km*
Pacific & OrientSehingga RM350*
Tokio MarineSehingga RM250*
Generali Insurance MalaysiaBergantung pada polisi
MSIGBergantung pada polisi
ChubbBergantung pada polisi
RHBBergantung pada polisi
LonpacBergantung pada polisi

(Nota: Had ini boleh berubah mengikut produk, jenis perlindungan dan manfaat tambahan yang dipilih. Anda disarankan menyemak polisi atau menghubungi syarikat insurans sebelum menggunakan khidmat tunda.)

Sebagai contoh, Takaful Malaysia menawarkan tunda percuma sehingga 50 km kepada pemegang polisi yang layak. Caj tambahan mungkin dikenakan jika jarak melebihi had tersebut.

Allianz pula menawarkan khidmat tunda kerosakan sehingga 150 km pergi balik untuk polisi komprehensif yang layak.

Generali menyediakan bantuan tunda kemalangan dan kerosakan selama 24 jam di seluruh negara.

Namun, manfaat tersebut bergantung pada polisi yang dipilih. Permohonan bantuan boleh dibuat melalui aplikasi atau portal Roadside Assistance Generali.

Penting: Jangan bergantung pada senarai had tunda semata-mata. Semak polisi anda kerana manfaat boleh berbeza antara satu produk dengan produk yang lain.

Cara Mendapatkan Bantuan Khidmat Tunda

Berikut adalah proses untuk mendapatkan bantuan khidmat tunda apabila kereta terbabit kemalangan atau rosak:

1. Beralih ke tempat yang selamat

Ini perkara pertama yang perlu dilakukan. Sekiranya berlaku kemalangan dan keadaan mengizinkan, alihkan kereta ke bahu jalan atau kawasan yang selamat supaya tidak mengganggu lalu lintas. Apabila anda berada di lokasi yang berbahaya atau tidak boleh menggerakkan kereta, utamakan keselamatan diri dan penumpang.

Jangan terus menerima tawaran daripada individu atau syarikat tunda yang datang ke lokasi kemalangan tanpa anda mengesahkan bahawa mereka adalah penyedia yang dilantik oleh syarikat insurans anda.

2. Hubungi syarikat insurans atau takaful

Hubungi nombor khidmat pelanggan atau bantuan tepi jalan yang diberikan oleh syarikat insurans atau takaful anda. Jangan lagi bergantung kepada pelekat roadtax untuk mendapatkan nombor telefon tersebut.

Bagi kenderaan persendirian individu, maklumat Lesen Kenderaan Motor (e-LKM) boleh diakses secara digital melalui aplikasi MyJPJ. Jadi, lebih baik simpan nombor hotline syarikat insurans dalam telefon anda dan semak nombor yang betul melalui polisi, aplikasi, atau laman web rasmi penyedia insurans.

3. Berikan maklumat yang diperlukan

Pihak insurans biasanya memerlukan maklumat seperti:

  • Nama pemegang polisi
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor telefon
  • Nombor pendaftaran kenderaan
  • Lokasi semasa
  • Maklumat kemalangan atau kerosakan

Berikan lokasi yang tepat supaya trak tunda dapat dihantar dengan lebih mudah. Selepas permintaan dibuat, tunggu sehingga bantuan tiba.

Jangan Terus Terima Tawaran Trak Tunda Tidak Dikenali

Perbezaan servis tunda panel insurans vs servis tunda bukan panel insurans:Jika berlaku kemalangan, mungkin ada syarikat tunda yang datang dan menawarkan untuk membawa kereta anda ke bengkel tertentu. Sebelum bersetuju, pastikan anda tahu siapa yang menghantar mereka.
Cara paling selamat ialah hubungi syarikat insurans atau takaful anda sendiri dan minta mereka mengatur khidmat tunda.

Sebagai contoh, Generali menasihatkan pemegang polisi supaya menghubungi Roadside Assistance mereka jika terdapat beberapa penyedia tunda di lokasi kemalangan. Ini membantu memastikan kenderaan dihantar ke bengkel yang sesuai dan proses tuntutan berjalan mengikut prosedur.

Tips Tambahan Untuk Pemandu

Apa perlu buat jika kereta rosak di tengah jalan?

Jika kereta rosak ketika sedang memandu, jangan panik. Ikuti langkah mudah ini:

  1. Berhentikan kereta di tempat yang selamat jika boleh.
  2. Hidupkan lampu kecemasan (hazard lights).
  3. Keluar dari kenderaan hanya jika keadaan selamat.
  4. Hubungi syarikat insurans atau takaful anda.
  5. Berikan lokasi dan maklumat kenderaan.
  6. Tunggu trak tunda atau bantuan tepi jalan yang dilantik.

(Nota: Sesetengah penyedia insurans juga menawarkan bantuan seperti jump-start bateri, menukar tayar, penghantaran petrol, atau pembaikan kecil di tepi jalan, bergantung kepada polisi).

Apa yang perlu disimpan dalam telefon?

Jangan tunggu sehingga kereta rosak baru mencari nombor telefon insurans. Sebaiknya simpan:

  • Nombor hotline insurans atau takaful
  • Nombor polisi
  • Nombor pendaftaran kenderaan
  • Salinan polisi atau e-policy
  • Aplikasi syarikat insurans (jika ada)
  • Aplikasi MyJPJ untuk semakan e-LKM

Manfaatkan Khidmat Tunda Yang Tersedia Dalam Polisi Anda

Khidmat tunda boleh menjadi sangat berguna apabila kereta anda rosak atau terbabit dalam kemalangan. Namun, manfaat dan hadnya tidak sama untuk setiap polisi. Jangan hanya bergantung kepada maklumat lama atau menganggap semua syarikat menawarkan jumlah yang sama.

Semak polisi anda dan simpan nombor bantuan tepi jalan supaya anda tahu siapa yang perlu dihubungi ketika kecemasan.

Jika anda sedang mencari atau memperbaharui insurans kereta, anda boleh bandingkan pilihan perlindungan yang tersedia melalui platform seperti BJAK. Minta sebut harga percuma dan bandingkan pilihan insurans kereta dalam beberapa minit sahaja.

Soalan lazim

Berapakah bayaran untuk khidmat tunda kereta?

Ia bergantung kepada polisi anda. Sesetengah polisi menyediakan khidmat tunda secara percuma sehingga had tertentu (berdasarkan jarak, jumlah wang, atau syarat tertentu dalam polisi). Jika penggunaan melebihi had yang ditetapkan, anda mungkin perlu membayar kos tambahan. Semak polisi anda terlebih dahulu sebelum menganggap semua kos tunda akan ditanggung sepenuhnya.

Berapakah harga tunda jika bayar sendiri?

Kos tunda persendirian boleh berbeza mengikut lokasi, jarak, waktu, dan jenis kenderaan. Sebab itu, jangan terus bersetuju dengan harga yang diberikan oleh syarikat tunda di lokasi kemalangan. Jika anda mempunyai manfaat tunda dalam polisi, hubungi syarikat insurans terlebih dahulu untuk pilihan yang tersedia.

Bolehkah kos tunda dituntut daripada syarikat insurans?

Ia bergantung kepada keadaan dan terma polisi. Jika anda menggunakan khidmat tunda sendiri, jangan anggap kos tersebut akan dibayar balik secara automatik. Simpan resit, invois, dan semua dokumen berkaitan. Kemudian, semak dengan syarikat insurans sama ada kos tersebut boleh dituntut.

Adakah laporan polis perlu dibuat untuk mendapatkan khidmat tunda?

Tidak semestinya. Anda boleh menghubungi syarikat insurans untuk bantuan tunda mengikut prosedur mereka. Namun, jika berlaku kemalangan dan anda ingin membuat tuntutan insurans, anda mungkin perlu membuat laporan polis serta-merta mengikut keperluan syarikat insurans. Contohnya, Takaful Ikhlas mengarahkan peserta kemalangan untuk menghubungi Bantuan IKHLAS Road Assist dan membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam.

Berapa kali boleh guna khidmat tunda dalam setahun?

Tiada satu jumlah yang sama untuk semua syarikat insurans. Kekerapan penggunaan bergantung kepada polisi dan produk yang anda ambil. Ada produk yang menetapkan had tertentu, manakala sesetengah produk menawarkan manfaat tanpa had insiden untuk kerosakan atau kemalangan (contohnya produk tertentu dari Generali). Semak terma polisi anda untuk maklumat yang tepat.

Kembali ke semua artikel

Artikel berkaitan

Add-on & perlindungan tambahan

Insuran untuk E-Hailing: Grab, InDrive, Maxim, Dll

Nabil Farhan· 06/10/26 · Bacaan 3 minit
Add-on & perlindungan tambahan

Insurans Kereta: Perlindungan Tambahan Peril Khas (Bencana Alam)

Nabil Farhan· 06/10/26 · Bacaan 4 minit
Add-on & perlindungan tambahan

Senarai Harga Cermin untuk Kereta Import – Honda, Toyota & Lain-lain

Nabil Farhan· 06/10/26 · Bacaan 12 minit
NCD & premium

Cara Kira Premium Insurans Kereta Mengikut Umur & Model

Nabil Farhan· 06/10/26 · Bacaan 1 minit