Renew Insurans Kereta Guna Grab PayLater & SPayLater

Renew Insurans Kereta Guna Grab PayLater & SPayLater

Nabil FarhanNabil Farhan· · Bacaan 3 minit
Terakhir disemak

Nak renew insurans kereta tetapi mahu bayar secara ansuran?

Di BJAK, anda boleh memilih kaedah pembayaran yang tersedia semasa checkout, termasuk Grab PayLater dan SPayLater, tertakluk kepada kelayakan dan pilihan yang ditawarkan pada transaksi anda.

Kaedah Buy Now, Pay Later (BNPL) ini boleh membantu anda membahagikan bayaran kepada beberapa ansuran, bergantung pada pelan yang tersedia.

Selain insurans kereta, anda juga boleh semak harga roadtax kereta bagi tahun 2026 sebelum membuat pembaharuan.

Renew insurans kereta guna Grab PayLater

Grab PayLater membolehkan pengguna yang layak membuat bayaran secara ansuran atau membayar pada bulan berikutnya.

Grab kini menawarkan pilihan 4, 8 dan 12 ansuran untuk PayLater. Caj atau kadar yang dikenakan bergantung pada pelan dan transaksi yang dipilih. Sesetengah tawaran atau merchant mungkin mempunyai kadar berbeza.

Jadi, semak jumlah bayaran yang dipaparkan sebelum mengesahkan transaksi.

Siapa yang layak menggunakan Grab PayLater?

Berdasarkan syarat Grab semasa, pengguna PayLater perlu:

  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Mempunyai akaun Grab yang telah disahkan sepenuhnya
  • Menggunakan versi terkini aplikasi Grab

Kelulusan PayLater juga tertakluk kepada semakan dalaman Grab. Jika pilihan PayLater tidak muncul dalam akaun anda, ini bermakna perkhidmatan tersebut belum ditawarkan kepada anda.

Nota: Syarat lama seperti perlu menjadi pengguna Grab sekurang-kurangnya enam bulan atau berada dalam tahap GrabRewards tertentu tidak lagi disenaraikan sebagai syarat umum semasa Grab.

Ada caj jika lambat bayar Grab PayLater?

Ya.

Grab mengenakan RM10 caj lewat pembayaran apabila pembayaran yang dijadualkan tidak dibuat dan akaun PayLater digantung. Caj ini dikenakan untuk mengaktifkan semula akses kepada perkhidmatan tersebut.

Jadi, pastikan bayaran dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan.

Cara bayar insurans kereta guna Grab PayLater

Jika Grab PayLater tersedia untuk transaksi anda di BJAK, pilih kaedah tersebut semasa checkout.

Secara umum:

  1. Lengkapkan pembelian insurans kereta di BJAK.
  2. Pergi ke bahagian pembayaran.
  3. Pilih Grab PayLater, jika tersedia.
  4. Log masuk atau teruskan ke aplikasi Grab jika diminta.
  5. Pilih pelan pembayaran yang ditawarkan.
  6. Semak jumlah bayaran dan terma.
  7. Sahkan pembayaran.

Pilihan ansuran yang tersedia boleh berbeza mengikut pengguna dan transaksi.

Renew insurans kereta guna SPayLater

SPayLater ialah perkhidmatan BNPL daripada Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. Ia membolehkan pengguna membuat bayaran secara penuh atau menggunakan pelan ansuran yang tersedia.

Bagi pelan ansuran yang dikenakan caj, SPayLater kini menggunakan kadar keuntungan 1.5% sebulan. Pilihan tempoh pembayaran bergantung pada kelayakan dan apa yang ditawarkan pada checkout.

Untuk pembayaran insurans, jangan anggap pilihan 3 bulan adalah percuma. Tawaran 3 bulan tanpa caj yang dinyatakan oleh SPayLater hanya terpakai untuk transaksi tertentu di platform Shopee dan tidak termasuk insurans.

Apakah tempoh ansuran SPayLater?

Pilihan yang tersedia boleh berbeza mengikut pengguna dan transaksi.

Antara tempoh yang disenaraikan oleh SPayLater ialah:

  • 1 bulan
  • 3 bulan
  • 6 bulan
  • 12 bulan
  • 18 bulan
  • 24 bulan

Sesetengah tempoh hanya tersedia kepada pengguna yang layak atau untuk kempen tertentu.

Sebelum membuat pembayaran, semak kadar dan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar pada halaman checkout.

Ada caj jika lambat bayar SPayLater?

Ya.

Jika anda tidak membayar bil SPayLater mengikut tarikh yang ditetapkan, akaun boleh digantung. Caj lewat ialah RM10 atau jumlah prinsipal bil, mana-mana yang lebih rendah.

Cara bayar insurans kereta guna SPayLater

Jika SPayLater tersedia sebagai pilihan pembayaran untuk transaksi anda:

  1. Lengkapkan pembelian insurans kereta di BJAK.
  2. Pergi ke halaman pembayaran.
  3. Pilih SPayLater, jika tersedia.
  4. Semak pilihan tempoh pembayaran.
  5. Semak kadar keuntungan dan jumlah bayaran.
  6. Log masuk atau teruskan ke aplikasi Shopee jika diminta.
  7. Sahkan pembayaran.

Pastikan anda membaca jumlah bayaran dan terma sebelum mengesahkan transaksi.

Apa yang perlu diperhatikan sebelum guna BNPL?

BNPL boleh memudahkan pembayaran, tetapi ia tetap merupakan komitmen bayaran.

Sebelum memilih pelan, semak:

  • Jumlah bayaran keseluruhan
  • Kadar atau caj yang dikenakan
  • Tempoh ansuran
  • Tarikh bayaran
  • Caj jika lewat membayar
  • Sama ada pilihan BNPL tersebut tersedia untuk transaksi anda

Jangan hanya melihat jumlah ansuran bulanan. Pelan yang lebih panjang mungkin menyebabkan jumlah keseluruhan yang dibayar menjadi lebih tinggi.

Renew insurans kereta secara online di BJAK

Dengan pilihan pembayaran yang tersedia, anda boleh memilih kaedah yang sesuai semasa membuat pembaharuan insurans kereta.

Jika anda mahu semak pilihan insurans terlebih dahulu, dapatkan sebut harga insurans kereta di BJAK dan bandingkan pilihan yang tersedia.

Untuk maklumat roadtax pula, anda boleh rujuk Senarai Harga Roadtax Kereta Bagi Tahun 2026.

Artikel berkaitan

NCD & premium

Cara Kira Premium Insurans Kereta Mengikut Umur & Model

Nabil Farhan· 06/10/26 · Bacaan 1 minit
NCD & premium

Ini Cara Nak Tukar Nama Insurans Kereta

Nabil Farhan· 06/10/26 · Bacaan 3 minit
NCD & premium

Renew Insuran Kereta 6 Bulan – Boleh Atau Tidak?

Nabil Farhan· 06/10/26 · Bacaan 3 minit
NCD & premium

Nak Renew Insurans untuk Kereta Lama? Ini yang Anda Kena Tahu

Nabil Farhan· 05/10/26 · Bacaan 2 minit