Perkara Yang Perlu Diisytiharkan Ketika Beli Insurans Perjalanan

Perkara Yang Perlu Diisytiharkan Ketika Beli Insurans Perjalanan

Nabil FarhanNabil Farhan· · Bacaan 2 minit
Terakhir disemak

Biasanya ketika ingin membeli insurans perjalanan, sesetengah daripada kita mungkin masih teragak-agak untuk mengisytiharkan maklumat tertentu dan memberikan info yang tepat, terutamanya membabitkan penyakit sedia ada atau ‘pre-existing illness’.

Sebenarnya, adalahnya sangat penting untuk memastikan bahawa segala maklumat yang dinyatakan/ diisi ketika pembelian insurans tepat agar tuntutan insurans anda berjalan lancar di kemudian hari.

Dengan mengisytiharkan keadaan perubatan anda pada polisi, insurans perjalanan sekurang-kurangnya boleh melindungi anda sekiranya perlu membatalkan perjalanan akibat daripada keadaan perubatan anda, atau memerlukan rawatan perubatan di luar negara.

Apakah keadaan perubatan yang perlu anda isytiharkan ketika beli insurans perjalanan?

Anda perlu mengisytiharkan semua keadaan perubatan sedia ada semasa ingin mengambil insurans perjalanan. Kegagalan anda untuk menyatakan tentang keadaan perubatan anda bermakna anda berisiko untuk melancong tanpa perlindungan yang sah dan lebih teruk, tuntutan anda juga berisiko besar untuk ditolak. 

Meskipun anda mungkin beranggapan penyakit anda itu adalah ringan sahaja dan tidak akan mendatangkan sebarang masalah ketika melancong, anda tetap perlu isytiharkannya ya.

Bahkah jika anda pernah mengalami mana-mana keadaan penyakit yang berikut, pastikan anda isytiharkannya pada insurans perjalanan anda:

  • Keadaan kardiovaskular – termasuk tekanan darah tinggi atau kolesterol
  • Sebarang masalah/  keadaan jantung
  • Strok atau serangan iskemia sementara (TIA)

Perlu anda fahami, keadaan perubatan sedia ada bermaksud sebarang keadaan perubatan masa lalu atau semasa (terkini) di mana anda mengalami mana-mana yang berikut dalam dua tahun lepas:

  • Simptom
  • Rawatan
  • Ubat yang ditetapkan
  • Rundingan perubatan
  • Rawatan susulan

Jadi, contohnya jika anda mengalami masalah kardiovaskular atau peredaran darah dalam tempoh sebelum membeli insurans atau sebelum percutian dimulakan, adalah sangat penting untuk anda memberitahu syarikat insurans mengenainya.

Apakah keadaan perubatan yang biasanya dilindungi pihak insurans?

Ia mungkin berbeza-beza mengikut pelan serta syarikat insurans. Namun, antara penyakit yang lazimnya dilindungi di bawah insurans perjalanan adalah:

  • Sakit sendi
  • Asma
  • Kanser payudara
  • Kanser
  • kencing manis
  • Epilepsi
  • Keadaan jantung
  • Hernia
  • Darah tinggi dan kolesterol tinggi
  • Batu karang
  • Sklerosis berbilang

Perlukah anda maklumkan kepada syarikat insurans tentang sebarang perubahan pada keadaan perubatan anda?

Ya, adalah sangat penting untuk anda memberitahu syarikat insurans tentang sebarang perubahan pada keadaan kesihatan atau perubatan anda. Ia termasuk diagnosis baharu supaya polisi anda boleh melindungi anda untuk semua yang anda perlukan sebelum anda bertolak untuk bercuti nanti.

Meskipun menambah keadaan perubatan baharu pada polisi anda mungkin memerlukan kos tambahan, tetapi kebaikannya adalah anda akan dilindungi jika mengalami sebarang keadaan perubatan kecemasan ketika sedang bercuti! 


Baca juga:

Kembali ke semua artikel

Artikel berkaitan

Tuntutan perjalanan

5 Sebab Mengapa Tuntutan Insurans Perjalanan Ditolak

Nabil Farhan· 05/10/26 · Bacaan 3 minit
Tuntutan perjalanan

5 Faktor Yang Boleh Menyebabkan Claim Travel Insurance Ditolak

Nabil Farhan· 05/10/26 · Bacaan 3 minit
Perlindungan & manfaat

Travel Insurance: Bagaimana Perlindungan Untuk Pembatalan Perjalanan Berfungsi?

Nabil Farhan· 06/10/26 · Bacaan 4 minit
Pilih pelan

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Insurans Perjalanan Dari Bjak

Nabil Farhan· 06/10/26 · Bacaan 2 minit