Terma dan Syarat Rujukan

Jemput rakan, berdua dapat 25

Diskaun Pendaftaran Pengguna Baharu

Pengguna baharu yang mendaftar menggunakan pautan rujukan yang sah akan menerima diskaun RM25 yang boleh digunakan untuk pembelian polisi pertama mereka.

Ganjaran Rujukan

Peserta boleh memperoleh kredit rujukan tanpa had. Bagi setiap rujukan yang berjaya:

Setiap rujukanRM 25

Apabila rakan anda membeli polisi menggunakan pautan rujukan anda, mereka menerima diskaun RM25 untuk pembelian mereka, dan anda mendapat RM25 dalam kredit rujukan.

Penggunaan Kredit

  • Pengguna tidak boleh memilih jumlah kredit separa untuk digunakan pada polisi. Setelah fungsi Guna Diskaun diaktifkan, semua kredit rujukan yang tersedia akan digunakan secara automatik kepada jumlah kos polisi.
  • Jika jumlah kredit rujukan yang digunakan melebihi kos polisi, hanya amaun yang diperlukan akan ditolak. Sebarang baki kredit akan kekal dalam baki akaun pengguna untuk kegunaan masa hadapan.

Bayaran Balik (Refund)

Sekiranya bayaran balik penuh diluluskan untuk polisi yang dibeli dengan kredit rujukan, kredit yang sepadan yang telah digunakan akan dikembalikan semula ke dalam baki akaun pengguna. Bayaran balik separa, jika berkenaan, akan dikendalikan mengikut dasar bayaran balik BJAK.

Peruntukan Am

  • Kredit rujukan tidak mempunyai nilai tunai dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
  • BJAK berhak untuk meminda, menggantung, atau menamatkan Program mengikut budi bicara mutlaknya.
  • Sebarang aktiviti penipuan, penyalahgunaan, atau mencurigakan boleh menyebabkan pembatalan kelayakan dan perlucutan ganjaran.

Untuk pertanyaan atau bantuan, sila hubungi Sokongan BJAK melalui WhatsApp atau lawati Pusat Bantuan kami.