Dah renew insurans kereta tetapi belum renew roadtax?
Ramai pemilik kenderaan tertanya-tanya sama ada mereka perlu renew roadtax pada hari yang sama selepas insurans diaktifkan.
Jawapannya, tak semestinya perlu dibuat pada hari yang sama. Namun, jangan biarkan terlalu lama kerana tempoh sah insurans perlu mencukupi untuk tempoh roadtax yang anda mohon.
Berapa lama boleh renew roadtax selepas renew insurans?
Secara praktikal, sebaik sahaja insurans kereta anda aktif, sebaiknya terus renew roadtax.
BJAK menggunakan panduan 14 hari sebagai tempoh untuk menyelesaikan pembaharuan roadtax selepas insurans diaktifkan.
Ini bermaksud, jika anda renew insurans hari ini, jangan tunggu terlalu lama untuk renew roadtax. Lagi cepat anda selesaikan kedua-duanya, lagi mudah untuk memastikan tarikh tamat insurans dan roadtax tidak terlalu jauh berbeza.
Yang penting, JPJ menetapkan kenderaan mesti mempunyai perlindungan insurans bagi tempoh LKM yang dipohon. Pembaharuan LKM pula boleh dibuat untuk tempoh 6 bulan atau 1 tahun, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Panduan Pembaharuan LKM JPJ
Kenapa tak digalakkan tangguh terlalu lama?
Contohnya, anda renew insurans selama 12 bulan tetapi hanya renew roadtax beberapa minggu kemudian.
Tempoh perlindungan insurans sudah berjalan dari tarikh polisi bermula. Jadi, apabila anda membuat permohonan roadtax kemudian, baki tempoh insurans mungkin tidak lagi cukup untuk mendapatkan roadtax selama 12 bulan penuh.
Dalam keadaan tertentu, anda mungkin hanya boleh mendapatkan roadtax untuk tempoh yang lebih pendek.
Sebab itu, paling mudah adalah renew insurans dan roadtax sekali gus jika anda memang sudah bersedia untuk memperbaharui kedua-duanya.
Apa jadi kalau terlupa renew roadtax?
Kalau insurans sudah aktif tetapi roadtax belum diperbaharui, kereta anda masih belum mempunyai LKM yang sah untuk digunakan di jalan raya.
JPJ menyatakan LKM yang tidak diperbaharui bermakna lesen kenderaan motor tersebut tidak lagi berkuat kuasa.
Jadi, elakkan menggunakan kereta di jalan raya selagi roadtax belum diperbaharui.
Anda boleh semak status LKM melalui MyJPJ. Aplikasi ini juga memaparkan maklumat tarikh luput insurans bersama paparan digital eLKM.
Jika status menunjukkan “Berkuatkuasa”, LKM masih sah. Jika menunjukkan “Tidak Berkuatkuasa”, LKM sudah tidak sah atau telah tamat tempoh. FAQ MyJPJ
Boleh renew insurans dan roadtax secara berasingan?
Ya, boleh.
Anda tidak wajib renew insurans dan roadtax dalam transaksi yang sama.
Contohnya:
- Renew insurans terlebih dahulu.
- Pastikan polisi sudah aktif.
- Renew roadtax selepas itu.
- Semak eLKM melalui MyJPJ selepas pembaharuan berjaya.
Namun, jika anda memang mahu renew kedua-duanya, membuatnya sekali gus lebih mudah kerana anda tidak perlu risau terlupa renew roadtax selepas insurans aktif.
Nak renew insurans dan roadtax sekali gus?
Anda boleh gunakan BJAK untuk membandingkan pilihan insurans dan menguruskan pembaharuan insurans serta roadtax.
BJAK kini menyediakan pilihan daripada 16 syarikat insurans dan pengendali takaful.
Anda juga boleh memilih roadtax digital dan menyemak status LKM melalui MyJPJ selepas pembaharuan.
Dapatkan sebut harga insurans di BJAK