‘Dashcam’ yang merupakan terma singkatan kepada ‘Dashboard Camera’ kini merupakan aksesori yang popular dalam kalangan pemilik kenderaan di Malaysia. Ada yang mencari dashcam terbaik bagi mendapatkan rakaman lebih memuaskan.
Ia merupakan satu trend yang sangat positif malah sangat digalakkan untuk setiap kereta agar memilikinya di dalam kenderaan mereka.
Selain boleh dijadikan sebagai bukti atau saksi penting jika berlaku sesuatu pada anda atau kenderaan/orang berhampiran, ia juga boleh memastikan anda dan kenderaan lain lebih selamat dan mengelak daripada pemanduan secara melulu.
Namun sebelum membeli dashcam, terdapat beberapa ciri-ciri penting yang perlu anda pertimbangkan atau nilai dahulu bagi memastikan ia pelaburan yang terbaik.
Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada dashcam yang bagus? Sila teruskan membaca di bawah.
Ciri-ciri pada dashcam yang perlu dipertimbangkan
Kualiti gambar
Tidak guna jika anda mempunyai dashcam namun ia tidak mempunyai kualiti gambar dan video terbaik ketika dirakam. Setidak-tidaknya pilihlah dashcam yang boleh membaca/ merakam nombor plat kenderaan pada paparan videonya.
Gambar dengan resolusi 720p sudah cukup baik, namun kini sudah banyak kamera dengan resolusi 1080 ada dijual di pasaran.
Paparan LCD
Tidak semua kamera didatangkan dengan skrin LCD. Dashcam yang dilengkapi dengan paparan skrin LCD akan memudahkan pemilik kenderaan untuk menetapkan arah rakaman pada bila-bila masa dan boleh menonton rakaman video pada bila-bila masa tanpa memerlukan komputer.
Night view yang baik
Penting untuk anda pastikan bahawa kamera dashcam tersebut boleh merakam perjalanan pada waktu malam dengan baik. Sebaiknya pilih kamera yang dilengkapi dengan High Dynamic Range yang dapat merakam gambar dengan lebih jelas dalam cahaya yang minimum.
Sudut pandang
Kebiasaannya, darjah keluasan untuk kamera dashcam adalah sekitar 110 hingga 130 darjah, bergantung pada modelnya.
Semakin besar darjah sudut pandang, semakin luas rakaman video pada dashcam.
Mudah untuk tanggalkan memory card
Ini juga penting. Sebaiknya, pilihlah dashcam yang memudahkan anda untuk mengeluarkan memory cardnya tanpa perlu menanggalkan kamera.
Boleh membuat sambungan wifi
Kamera dashcam yang mempunyai sambungan wifi bakal membantu anda untuk melihat semula rakaman secara wirelessatau melalui handphone anda. Lebih mudah kan!
Dwi kamera
Dashcam yang mempunyai fungsi kamera depan dan belakang adalah lebih baik dan sangat digalakkan. Dengan fungsi kamera belakang, anda boleh mengetahui saat kejadian kemalangan berlaku terutamanya jika pelanggaran tersebut membabitkan kenderaan anda sendiri.
Bagaimanapun, dashcam jenis ini biasanya memiliki harga yang lebih tinggi daripada biasa.
GPS
GPS pada dashcam berfungsi untuk merekod secara automatik lokasi dan tahap kelajuan kenderaan anda ketika ia dirakam.
Bateri tambahan
Pada kebiasaannya, dashcam beroperasi tanpa bateri internal di mana ia menggunakan sumber kuasa 12V yang adalah di dalam kereta. Bagaimanapun, untuk merakam kenderaan ketika ia tidak berjalan atau di dalam kotak parkir, anda memerlukan bateri tambahan atau internal battery ini supaya rakaman boleh terus dibuat.
Rakaman automatik
Pilih dashcam yang boleh terus beroperasi sebaik sahaja anda menghidupkan enjin kereta dan berhenti apabila enjin dimatikan.
Adakah harga sebiji dashcam terlalu mahal?
Ia adalah subjektif kerana bergantung kepada ciri-ciri, model dan jenis dashcam yang anda ingin beli.
Namun jangan risau, jika bajet anda terhad, anda boleh sahaja mendapatkan seunit dashcam dengan bermodalkan RM100 sahaja. Bandingkan sahaja di mana-mana platform beli belah seperti Shopee atau Lazada untuk mendapatkan harga mengikut bajet anda.
Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.
Baca juga: