Skip to content
Home » Rakam Video Ketika Memandu: Saman Sehingga RM1,000 atau 3 Bulan Penjara

Rakam Video Ketika Memandu: Saman Sehingga RM1,000 atau 3 Bulan Penjara

    Rakam video ketika memandu

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada pengguna jalan raya terhadap trend merakam video ketika memandu.

    Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook, ramai individu yang mempunyai tabiat merakam video atau menyiarkan video secara langsung tanpa menggunakan peranti bebas tangan.

    Justeru, PDRM menyuarakan kebimbangan mengenai potensi kemalangan di jalan raya yang berpunca daripada kecuaian pemandu.

    “Sekiranya perakam juga merupakan pemandu kenderaan semasa itu, mereka juga dikira menggunakan telefon bimbit dan ini merupakan satu kesalahan di bawah Kaedah 17A Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan 1959.

    “Ini kerana pemandu tidak peka dan boleh hilang kawalan sekiranya menggunakan telefon bimbit dan merisikokan berlakunya kemalangan.”

    Anda boleh disaman sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada 3 bulan jika didapati bersalah. Kes tersebut juga perlu diselesaikan di mahkamah.

    Sumber: Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik

    PDRM juga menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan selamat ketika berada di jalan raya.

    “Pastikan anda menggunakan peranti bebas tangan seperti earphone jika mahu menjawab panggilan. Jangan gunakan telefon untuk merakam video atau membuat video live semasa memandu kerana ia menjadikan anda tidak fokus dan peka kepada keadaan sekeliling semasa pemanduan,” kata kenyataan itu.

    Kekal selamat, elak rakam video ketika memandu

    Sebagai pemandu, sila pastikan anda sentiasa fokus di jalan raya. Elakkan diri daripada merakam video di persekitaran anda ketika sedang memandu. Ia tidak berbaloi dengan risiko yang bakal berlaku.

    Kecuaian anda bukan sahaja akan membahayakan nyawa anda malah pengguna jalan raya yang lain juga.

    Lebih baik jika anda meletakkan telefon bimbit anda dalam mod silent untuk mengelakkan gangguan semasa memandu. Sila berhenti di mana-mana kawasan selamat seperti kawasan rehat di lebuh raya jika anda perlu menggunakan telefon anda.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: