3 Jenis Minuman yang Mampu Buat Mata Anda Segar Ketika Memandu

Mata yang segar mampu membuatkan pemanduan anda lebih selamat dan lancar. Jadi, tiga jenis minuman ini mungkin boleh membantu anda!

Info

Written by:

Salah satu punca kemalangan jalan raya yang sering berlaku adalah disebabkan oleh microsleep. Microsleep merujuk kepada satu episod tidur singkat (sekejap) yang tidak dapat dikawal dan ia berlaku untuk tempoh antara 1 hingga 30 saat. Ia sering terjadi tanpa sebarang amaran dan kerap berlaku apabila individu tersebut cuba melawan rasa mengantuk dan kekal berjaga.

Mata yang segar dan badan yang cerdas mampu mengelak daripada anda terasa mengantuk dan seterusnya microsleep ketika sedang memandu.

Justeru pada artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tiga jenis minuman yang boleh anda minum untuk membantu kekal segar ketika memandu, terutama dalam perjalanan jauh.

Kopi

kopi adalah antara minuman yang baik bagi menghilangkan rasa mengantuk

Kopi merupakan antara minuman popular yang membantu seseorang untuk memberikan tenaga dan berasa lebih segar, bukan sahaja sewaktu bekerja malah juga ketika sedang memandu. Bagaimanapun, anda diingatkan untuk tidak mengambil kopi atau espresso secara berlebihan dalam satu-satu masa. Ini kerana ia bukan sahaja boleh mempengaruhi badan anda seperti penurunan tenaga secara mendadak, malah juga boleh membuatkan anda terasa mual dan pening kepala. 

Minuman tenaga (energy drink)

Minuman tenaga seprti redbull juga boleh menghilangkan mengantuk

Energy drink seperti Red Bull merupakan antara minuman yang bagus untuk meningkatkan tenaga anda ketika sedang memandu. Namun, sama seperti kopi, anda tidak disarankan untuk mengambil minuman tenaga ini dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa. Walaupun anda mungkin terasa lebih segar selepas meminumnya, namun anda juga boleh menjadi resah, gementar, pening atau sakit kepala jika diambil secara berlebihan. Jadi, sila minum sekadar yang perlu sahaja ya!

Air kosong

minum air mineral boleh membantu diri lebih cerdas

Satu lagi minuman lain yang anda boleh minum bagi meningkatkan kesegaran ketika memandu adalah pengambilan air kosong. Berbeza dengan air kopi dan air minuman tenaga, anda boleh mengambil air ini dengan kerap kerana ia akan membantu badan anda untuk kekal hidrat dan cerdas sepanjang pemanduan.

Ini mungkin merupakan minuman terbaik yang anda boleh minum. Selain murah, ia juga mudah didapati di mana-mana sahaja!

Elak mengantuk ketika memandu

Selain mengambil minuman yang sesuai bagi mengelakkan rasa mengantuk ketika memandu, terdapat beberapa cara lain yang boleh membantu anda memandu dalam keadaan yang segar sentiasa. Pastikan anda juga mendapatkan rehat yang secukupnya terutama jika ingin melakukan perjalanan jarak jauh.

Ingat, pemanduan yang selamat bukan sahaja mampu menjamin keselamatan anda, bahkan juga pengguna jalan raya lain.


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: