Skip to content
Home » 4 Sebab Kenapa Pemilik Motosikal Perlu Ada Insurans

4 Sebab Kenapa Pemilik Motosikal Perlu Ada Insurans

    Insurans motosikal

    Motosikal merupakan kenderaan yang paling digemari dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain harganya yang lebih murah berbanding kereta, motosikal juga dilihat menjadi pilihan kerana ia boleh bergerak lebih pantas khususnya di waktu puncak.

    Walau bagaimanapun, penunggang serta pemilik motosikal juga terdedah kepada risiko yang lebih besar berbanding mereka yang membawa kereta. Disebabkan itu, insurans motosikal penting bagi memastikan ia dilindungi daripada risiko-risiko tertentu.

    Jika anda menunggang motosikal tanpa perlindungan insurans dan roadtax yang sah, apakah akibat yang bakal dihadapi?

    Tanpa berlengah lagi, ayuh Bjak senaraikan kepada anda beberapa sebab anda sebagai pemilik motosikal memerlukan perlindungan insurans.

    Insurans motosikal adalah wajib 

    Renew insurans motosikal

    Di Malaysia, setiap pemilik kenderaan yang berdaftar wajib memiliki cukai jalan yang sah seperti yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ia termasuklah pemilik kenderaan jenis pacuan dua roda, motosikal. Cukai jalan tersebut wajib diperbaharui setiap tahun sebelum ia tamat tempoh.

    Untuk membolehkan cukai jalan diaktifkan semula, pemilik motosikal perlu terlebih dahulu memperbaharui insurans mereka. Tanpa insurans, pembaharuan roadtax secara automatiknya tidak boleh diproses.

    Sebagai pemilik motosikal, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya insurans paling asas, iaitu polisi pihak ketiga. Anda boleh dikenakan saman sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara jika didapati menunggang tanpa insurans yang sah. 

    Motosikal lebih terdedah kepada kecurian

    Ya, berbanding kereta, motosikal lebih terdedah kepada kecurian. Bahkan menurut statistik pada tahun 2020 sahaja, sebanyak 16,057 kes membabitkan kecurian motosikal berbanding kereta sebanyak 4,596 kes dan 925 kes melibatkan kenderaan berat.

    Perlindungan insurans motosikal jenis komprehensif atau pihak ketiga, kecurian dan kebakaran akan membolehkan pemiliknya membuat tuntutan insurans jika ia berlaku. Tuntutan boleh dilakukan dengan memaklumkan sahaja kepada pihak insurans dan mengikut cara atau proses tuntutan insurans yang betul. 

    Risiko kemalangan lebih tinggi

    Penunggang motosikal lebih terdedah kepada kemalangan

    Di Malaysia, statistik mendedahkan bahawa lebih 60% kemalangan yang berlaku di jalan raya adalah melibatkan penunggang motosikal sepanjang tempoh 20 tahun. Bahkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memetik laporan Utusan pada tahun lalu memaklumkan bahawa secara purata 20% daripada 500,000 kemalangan yang dilaporkan setiap tahun adalah melibatkan kemalangan motosikal. 

    Disebabkan itu mengapa anda perlukan insurans. Perlindungan insurans komprehensif akan membolehkan anda sebagai pemilik motosikal membuat tuntutan insurans jika anda terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada diri sendiri.

    Selain itu, anda juga boleh membuat tuntutan insurans third party (dengan memiliki mana-mana jenis polisi termasuk polisi pihak ketiga) jika dilanggar oleh kenderaan lain. Tanpa insurans yang sah, anda tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan daripada pihak yang menyebabkan kemalangan terhadap anda, dan seterusnya boleh merugikan anda khususnya dari segi kewangan.

    Memberi perlindungan daripada tuntutan pihak ketiga

    Salah satu tujuan utama insurans kenderaan di Malaysia adalah untuk melindungi pemegang polisi daripada tuntutan pihak ketiga. Perlindungan yang dimaksudkan termasuklah kematian atau kecederaan pihak ketiga serta kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga. 

    Setiap polisi menyediakan perlindungan ini termasuklah polisi yang paling asas. Anda secara tidak langsung boleh mengurangkan beban dari segi mental dan kewangan jika  menjadi penyebab tercetusnya kemalangan. Mangsa boleh membuat tuntutan insurans di bawah polisi anda dan secara tidak langsung mengurangkan beban kewangan anda. 

    Pastikan motosikal anda dilindungi insurans

    Seperti yang dinyatakan di atas tadi, pemilik motosikal lebih terdedah kepada risiko berbanding kereta. Justeru itu, pastikan anda sentiasa memastikan kenderaan anda dilindungi insurans yang sah bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.

    Untuk memperbaharui insurans kini mudah. Lakukan sahaja secara online di Bjak. Kami menyediakan pelbagai jenama insurans untuk anda banding dan miliki. Layari Bjak untuk dapatkan dahulu sebut harga dalam hanya 3 minit.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: