Skip to content
Home » Penting! Ini 5 Perkara yang Tidak Dilindungi dalam Polisi Insurans Motosikal

Penting! Ini 5 Perkara yang Tidak Dilindungi dalam Polisi Insurans Motosikal

    Things Your Motorcycle Insurance Won't Cover

    Anda penunggang motosikal? Tahukah anda, bahawa kemalangan jalan raya adalah paling banyak membabitkan penunggang motosikal berbanding pengguna jalan raya lain?

    Justeru itu bagi pemilik motosikal, perlindungan insurans dengan polisi komprehensif adalah yang terbaik supaya anda dan motosikal lebih dilindungi sekiranya berlaku sesuatu tidak yang diingini. 

    Namun secara amnya, masih terdapat beberapa perkara atau situasi yang tidak akan dilindungi oleh pihak insurans meskipun dengan perlindungan insurans komprehensif.

    Berikut merupakan beberapa perkara atau situasi yang dimaksudkan:

    Kerosakan motosikal akibat kesalahan jenayah

    Pihak insurans tidak akan membayar pampasan jika kemalangan motosikal adalah disebabkan oleh kesalahan jenayah

    Tindakan anda menunggang motosikal di bawah pengaruh dadah atau alkohol sehingga mengakibatkan kemalangan akan menyebabkan anda tidak boleh menerima sebarang perlindungan daripada syarikat insurans.

    Lebih malang jika kemalangan itu turut membabitkan pihak lain sehingga mendatangkan kecederaan atau kematian pada mereka. Tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada anda malah anda perlu menanggungnya menggunakan wang sendiri.

    Bahkan lebih teruk, anda turut boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987, kerana menunggang motosikal di bawah pengaruh bahan terlarang seperti dadah atau alkohol dan dikenakan hukuman penjara dengan tempoh 3 hingga 10 tahun dan denda sebanyak RM8,000 sehingga RM20,000.

    Tuntutan palsu dan melampau

    Sebarang tuntutan palsu akan menyebabkan anda tidak dibayar pampasan

    Untuk pengetahuan anda, mana-mana tuntutan palsu atau yang sengaja dilebih-lebihkan di bawah polisi anda akan menyebabkan anda tidak akan dilayan dan dibayar pampasan langsung oleh syarikat insurans.

    Jika pihak insurans terpaksa juga membuat bayaran bagi sebarang tuntutan kepada pihak ketiga, maka syarikat insurans juga berhak untuk menuntut kembali jumlah yang telah dibayar dan apa-apa kos yang ditanggung daripada anda. 

    Penggunaan motosikal untuk berlumba dan sebagainya

    Tiada perlindungan daripada pihak insurans bagi penggunaan motosikal dengan tujuan yang dilarang

    Syarikat insurans tidak akan memberi perlindungan jika anda menggunakan atau mengizinkan penunggang yang dibenarkan untuk menggunakan motosikal anda dengan tujuan:

    1. Berlatih atau mengambil bahagian dalam mana-mana acara sukan bermotor, pertandingan (selain acara mencari harta karun), rali, perentak perlumbaan, ujian keandalan atau ujian kelajuan;
    2. Di mana-mana litar perlumbaan

    Namun jika anda memperluaskan pelan dengan mendapatkan perlindungan tambahan bagi tujuan ujian keandalan atau pertandingan, maka anda akan dilindungi jika berlaku sesuatu semasa motosikal digunakan untuk situasi terbabit. 

    Penggunaan motosikal luar dari Malaysia

    Anda boleh memperluaskan pelan dengan membeli perlindungan tambahan bagi meningkatkan jumlah kawasan

    Pihak insurans tidak akan melindungi anda terhadap sebarang tuntutan yang timbul semasa motosikal anda digunakan atau ditunggang luar dari Malaysia.

    Namun sesetengah syarikat insurans meluaskan kawasan yang akan dilindungi oleh polisi iaitu sehingga ke Singapura dan Brunei seperti AmAssurance. Ini membolehkan anda untuk membuat tuntutan jika berlaku kerosakan pada motosikal ketika diguna serta ditunggang di dua negara berkenaan.

    Walau bagaimanapun, anda tetap boleh memperluaskan pelan dengan membeli perlindungan tambahan bagi meningkatkan jumlah kawasan atau negara di mana polisi boleh digunakan untuk membuat tuntutan. Sila minta bantuan ejen atau khidmat pelanggan insurans untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perlindungan tambahan ini kerana ia mungkin berbeza mengikut setiap syarikat insurans. 

    Motosikal ditunggang oleh penunggang tidak dibenarkan

    Syarikat insurans tidak membayar pampasan jika kemalangan motosikal disebabkan penunggang yang tidak layak

    Pada artikel sebelum ini, kami telah menerangkan kepada anda mengenai siapa yang layak menunggang motosikal anda dan siapa yang tidak. 

    Untuk makluman anda, syarikat insurans tidak akan membayar sebarang ganti rugi untuk mana-mana kejadian, kerosakan, kerugian atau liabiliti yang disebabkan semasa motosikal anda ditunggang oleh mana-mana orang selain daripada penunggang dibenarkan.

    Jadi untuk mengelakkan ia berlaku, anda tidak bolehlah sewenang-wenangnya meminjamkan motosikal kepada penunggang yang tidak dibenarkan dan kenalpasti siapakah yang boleh menggunakan motosikal anda.

    Fahamkan 5 situasi di atas

    Jika diteliti, tidak semua kejadian di atas boleh diselesaikan dengan membeli pelan tambahan di dalam polisi komprehensif. Jadi, adalah penting untuk anda memahami perkara ini dan pastikan motosikal hanya ditunggang oleh anda dan penunggang yang dibenarkan sahaja bagi mengelak daripada sebarang masalah ketika tuntutan.

    Dalam pada itu, anda juga boleh mendapatkan perlindungan insurans terbaik untuk motosikal melalui Bjak. Malah lebih menarik, kini anda boleh menggunakan kaedah ‘Beli Dulu dan Bayar Kemudian’ untuk insurans motosikal anda tanpa sebarang faedah. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: