Skip to content
Home » 4 Tips Jaga Cat Kereta untuk Sentiasa Nampak Macam Baru

4 Tips Jaga Cat Kereta untuk Sentiasa Nampak Macam Baru

    Tips jaga cat kereta

    Beli kereta, hutang 7 hingga 9 tahun tapi kereta dah nampak buruk sebab cat pun dah luntur? Tak bestnya kalau jadi macam ni kan.

    Perkara ini mungkin boleh berlaku disebabkan pemilik kereta tidak menjaga cat kereta dengan baik.

    Kenapa anda perlu jaga cat kereta?

    Terdapat beberapa sebab yang memerlukan anda untuk menjaga cat kereta iaitu:

    1. Mengelak daripada kereta susut nilai dari yang sepatutnya
    2. Mengelak cat kereta kusam 
    3. Memastikan kereta tampak cantik dan kemas

    Tips penjagaan cat kereta

    Justeru, kali ini Bjak akan kongsikan 4 tips penjagaan cat kereta yang berguna untuk anda bagi memastikan kereta anda kekal tampak baru dan cantik. 

    Cuci kereta selepas hujan

    Cuci kereta sekurang-kurangnya seminggu sekali

    Sedarkah anda bahawa air hujan yang terkena pada kereta sebenarnya merupakan punca utama warna cat pada kereta cepat pudar?

    Ya, ini kerana air hujan mempunyai asid yang boleh menghakis clear cot atau chrome pada kereta. Meskipun ia tidak berlaku dengan pantas, namun ia akan memberi kesan untuk jangka masa panjang nanti.

    Tapi sekarang ni musim hujan, rugi je kalau basuh nanti hujan balik?

    Janganlah begitu. Jika anda mahu mengekalkan cat kereta pada tahap yang terbaik dan cantik, anda perlu abaikan ‘mindset’ itu dan basuh je kereta anda selepas hujan. Tak perlu lah kalau setiap hari hujan, setiap hari anda cuci. Cukuplah dua kali seminggu atau seminggu sekali anda membasuh kereta anda bagi mengekalkan kondisi cat.

    Wax kereta beberapa bulan sekali

    Kotoran tidak akan mudah melekat pada kereta selepas anda melakukan wax

    Wax perlu dilakukan bagi melindungi cat anda antaranya daripada hujan asid. Apabila anda melakukan wax, kotoran juga tidak akan mudah terlekat pada cat kereta memandangkan wax tersebut sudah melicinkan permukaan cat.

    Walau bagaimanapun, lapisan wax kereta akan hilang dan hanya mampu bertahan dalam jangka masa sekitar 3 bulan, bergantung pada keadaan. Untuk wax kereta, anda boleh lakukannya sahaja sendiri di rumah kerana prosesnya tidaklah susah. Anda boleh membeli wax ini sama ada DIY mahupun mana-mana kedai hardware lain. 

    Lap kereta dengan kain khas untuk kereta

    Pilih kain microfiber yang lembut untuk mengelakkan calar pada permukaan kereta

    Jangan gunakan sembarangan jenis kain untuk mengelap kereta anda kerana ia mampu memberikan kesan yang tidak baik. Seeloknya, anda gunakanlah kain microfiber yang lembut bagi mengelap kereta kesayangan anda itu.

    Jika anda menggunakan kain microfiber yang keras dan lama, ia akan memerangkap habuk pasir sehingga pada akhirnya akan menyebabkan kereta anda mempunyai calar-calar halus. 

    Coating kereta

    Coating kereta penting untuk mengekalkan kecantikan cat pada kereta anda

    Coating kereta sebenarnya berfungsi agak sama seperti wax, namun bezanya coating akan membantu untuk:

    • Menjaga cat kereta anda daripada sinaran UV, tahi burung dan calar-calar halus
    • Menjadikan kereta lebih berkilat dan bersinar
    • Tahan daripada sebarang bahan kimia
    • Kalis air

    Berbanding wax, proses untuk melakukan coating adalah lebih lama dan rumit malah harganya juga sedikit mahal. Namun yang pasti, hasilnya nanti pasti memuaskan hati!

    Jaga kereta anda

    Anda mungkin telah membelanjakan ribuan ribu ringgit untuk kereta anda. Jadi, tidak salah untuk anda memberikan penjagaan yang lebih rapi demi memastikan kereta anda itu kekal cantik dan sedap mata memandang.

    Jangan malas dan jadilah seorang pemilik kereta yang rajin dan bertanggungjawab terhadap keretanya.

    Dalam pada itu, selain penjagaan kereta, pastikan juga kereta anda sentiasa memiliki insurans kereta dan roadtax yang sah. Jika ia hampir tamat tempoh, renew je sekarang di Bjak untuk urusan yang mudah dan pantas. Dapatkan dulu sebut harga percuma hari ini untuk membandingkan insurans kereta terbaik.