Skip to content
Home » 5 Jenis Pakaian Yang Tidak Sesuai Dipakai Oleh Penunggang Motosikal

5 Jenis Pakaian Yang Tidak Sesuai Dipakai Oleh Penunggang Motosikal

    pakaian yang tidak sesuai untuk penunggang motosikal

    Kenderaan pacuan dua roda, motosikal kini sudah menjadi salah satu pengangkutan utama dalam kalangan masyarakat kita hari ini, terutamanya untuk berulang-alik ke tempat kerja. Selain cepat dan memudahkan, kos bagi penggunaan motosikal juga adalah jauh lebih murah berbanding kereta. Walau bagaimanapun, berbanding pemandu kereta, penunggang dan pembonceng motosikal terdedah kepada risiko kemalangan yang lebih tinggi.

    Selain daripada menunggang dengan berhati-hati, pemakaian yang tepat juga penting bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku. 

    Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui 5 jenis pakaian yang tidak sesuai untuk dipakai oleh penunggang motosikal bagi panduan dan keselamatan anda.

    Sandal/ selipar

    Jangan pakai selipar ketika menunggang motosikal

    Tidak kiralah anda penunggang mahupun pembonceng motosikal, anda dilarang sama sekali untuk memakai kasut yang tidak tertutup seperti sandal atau selipar. Mengapa? Jika berlaku kemalangan, kaki anda akan terdedah kepada kecederaan teruk kerana tiada sebarang perlindungan.

    Sebaiknya pakailah kasut yang sesuai kerana selain memudahkan anda untuk menukar gear dengan baik, ia juga boleh menyelamatkan kaki anda daripada terdedah risiko kecederaan teruk.

    Jaket yang tidak sesuai

    Anda dibenarkan untuk memakai jaket kerana ia boleh mengurangkan risiko kecederaan buat penunggang sekiranya berlaku kemalangan. Namun, pemakaian jaket itu biarlah betul. Jangan pakai sekadar untuk menutup bahagian lengan sahaja. Selain itu, elakkan juga memakai jaket yang terlalu panjang kerana ia berisiko untuk tersepit di bahagian rantai mahupun tayar seperti kejadian yang pernah berlaku baru-baru ini

    Jadi, sila pastikan anda pakai jaket yang sesuai dan dengan cara yang betul bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

    Berpakaian serba hitam

    Elak memakai pakaian serba gelap

    Ketika ingin menunggang motosikal, anda sangat tidak digalakkan untuk memakai pakaian serba hitam atau gelap, terutamanya pada waktu malam. Ini kerana, ia akan menyukarkan kenderaan atau pengguna lain untuk menyedari mengenai keberadaan anda. 

    Sebaiknya, pakai pakaian yang terang dan juga jaket keselamatan pembalik cahaya bagi memudahkan orang lain melihat anda. 

    Topi keledar yang tidak mengikut piawaian

    Setiap penunggang dan pembonceng motosikal wajib memakai topi keledar, atau lebih mudah disebut sebagai helmet. Namun, jangan pakai sebarangan helmet bagi keselamatan anda. 

    Pastikan helmet itu mempunyai label ECE R 22-05. Ia merupakan piawaian kualiti Eropah dan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan piawaian Eropah bagi semua perkara berkaitan dengan kenderaan. Selain itu, pastikan juga topi keledar anda itu memiliki cop kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Berhad.  

    Pakai seluar pendek

    seluar pendek tidak digalakkan ketik ingin menunggang motosikal

    Memakai seluar pendek ketika menunggang motosikal boleh menyebabkan anda mengalami risiko kecederaan yang lebih teruk sekiranya anda terjatuh atau terlibat kemalangan. Sebaiknya, pakailah seluar panjang dan selesa bagi keselamatan anda. 


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: