Skip to content
Home » 5 Mitos Mengenai Insurans Perjalanan

5 Mitos Mengenai Insurans Perjalanan

    mitos mengenai insurans perjalanan

    Apabila ingin melancong, sedar atau tidak bahawa kita sebenarnya terdedah dengan pelbagai risiko, baik sebelum memulakan perjalanan ataupun ketika sedang dalam percutian. Disebabkan itulah penting untuk setiap bakal pelancong mendapatkan insurans perjalanan.

    Jika sebelum ini Bjak sudah kongsikan kepada anda beberapa sebab utama anda perlu miliki insurans perjalanan sebelum melancong, kali ini kami akan kongsikan pula beberapa mitos mengenai insurans ini yang perlu anda berikan perhatian. Bukan apa, ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan khususnya ketika anda ingin membeli dan membuat tuntutan insurans nanti!

    “Saya dah ada insurans nyawa & perubatan, buat apa beli insurans perjalanan lagi”

    Baguslah jika anda sudah miliki insurans nyawa dan perubatan. Namun, insurans perjalanan juga penting kerana ia bukan sahaja akan melindungi anda jika perlu mendapatkan rawatan hospital, bahkan juga untuk pelbagai perkara lain lagi seperti penerbangan ditunda atau dibatalkan, dokumen penting anda hilang, bagasi lewat atau hilang dan pelbagai lagi.

    Kedua, anda mungkin perlu tahu bahawa insurans nyawa atau perubatan anda itu mungkin tidak menyediakan perlindungan bagi rawatan hospital di negara yang anda ingin kunjungi. Dan jika ada pun, jumlah perlindungan yang diberikan mungkin agak terhad. Berbeza dengan insurans perjalanan, anda berpeluang untuk menuntut pampasan bagi penjagaan hospital jika berlaku sesuatu terhadap diri anda ketika sedang melancong.

    Boleh claim insurans akibat kecuaian sendiri

    “Bagasi hilang sebab saya terlupa nak bawa sekali masuk waktu ke toilet airport”

    “Passport saya tercicir waktu saya sedang seronok shopping”

    Meskipun kebanyakan insurans perjalanan menawarkan perlindungan untuk kejadian membabitkan kehilangan bagasi serta dokumen penting, namun permohonan tuntutan insurans anda mungkin akan ditolak jika ia disebabkan oleh kecuaian diri sendiri ya.

    Ingat, barangan peribadi anda adalah tanggungjawab anda. Melainkan ia bukan kesalahan anda dan tidak dapat dielakkan, barulah syarikat insurans akan mempertimbangkan untuk membayar pampasan terhadap kerugian yang dialami anda. 

    “Bolehlah saya buat aktiviti ekstrem memandangkan dah beli insurans perjalanan”

    Perlu anda ingat dan tahu bahawa pelan asas dalam insurans perjalanan tidak menawarkan perlindungan terhadap sebarang kecederaan/ kemalangan yang berlaku akibat daripada aktiviti ekstrem. 

    Oleh itu, jika anda berniat atau bercadang untuk melakukan aktiviti ekstrem tertentu ketika dalam tempoh percutian, sila dapatkan perlindungan tambahan untuk aktiviti lasak. Dapatkan sahaja bantuan daripada syarikat insurans jika anda tidak pasti mengenainya. 

    “Satu keluarga pergi melancong, dah kena beli insurans perjalanan satu, satu untuk setiap seorang”

    Oppss!! Tidak perlulah anda beli setiap seorang satu pelan insurans perjalanan. Sebenarnya ketika ingin membeli insurans perjalanan, anda ada pilihan untuk mendapatkan insurans perjalanan dengan pelan individu atau berkelompok.

    Jika anda merancang untuk pergi bercuti beramai-ramai, dapatkan sahajalah satu pelan insurans perjalanan berkelompok buat anda dan keluarga. Harganya juga akan lebih murah berbanding jika anda cuba mendapatkan setiap seorang satu pelan insurans.

    “Insurans perjalanan ni mahal lah!”

    Ini mitos yang paling anda perlu abaikan mengenai insurans perjalanan. Sebenarnya, premium atau harga bagi membeli satu pelan insurans perjalanan adalah sangat murah berbanding dengan risiko kerugian yang perlu anda tanggung jika berlaku sesuatu nanti.

    Banyak syarikat insurans menawarkan pelbagai pelan pada harga yang rendah supaya bakal pelancong dapat milikinya tanpa rasa terbeban. Contohnya, ada pelan insurans dari serendah RM50 boleh anda miliki. Paling penting, anda hanya perlu bayar sekali sahaja dan tidak memerlukan komitmen jangka panjang seperti insurans nyawa dan perubatan.

    Nak dapatkan insurans perjalanan pada harga murah ini mudah sahaja. Anda boleh banding dulu dengan beberapa pelan sebelum terus mendapatkannya. Ingat, setiap syarikat insurans akan menawarkan premium yang berlainan berserta manfaat yang agak lebih kurang sama. Cuma yang mungkin akan membezakan sedikit adalah jumlah perlindungan yang diberikan. Biasanya makin mahal premium yang anda bayar, makin tinggilah jumlah perlindungan yang diberikan.

    Nak lebih mudah banding insurans perjalanan? Buat sahaja di Bjak. Pelbagai jenama insurans boleh anda bandingkan sekaligus dalam satu masa. Pasti ada satu yang menepati bajet dan keperluan anda!


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia dan telah dipercayai lebih 3 juta pengguna. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: