Kesedaran rakyat Malaysia mengenai insurans nyawa mahupun perubatan sememangnya masih berada di tahap yang lebih rendah jika ingin dibandingkan dengan negara lain.
Menurut laporan yang dipetik pada tahun 2019, kadar penembusan insurans nyawa bagi rakyat Malaysia adalah pada sekitar 41% sahaja. Malah, lebih membimbangkan, kesedaran khususnya dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah di negara ini terhadap perlindungan insurans nyawa atau takaful adalah terlalu sedikit iaitu sekadar 4% sahaja.
Antara realiti atau fantasi?
“A terpaksa jual rumah untuk tanggung bayar kos perubatan isteri.”
“Bapa rayu sumbangan RMXX, XXX untuk tanggung kos pembedahan anak.”
“C perlu jual tanah untuk teruskan kehidupan selepas tidak lagi boleh bekerja.”
Tiga situasi di atas adalah antara kejadian yang sering dan ada berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.
Di manakah silapnya? Adakah mereka yang mengalami nasib seperti ini gagal menguruskan kewangan dengan baik atau taraf kehidupan yang terlalu sederhana menyebabkan mereka tidak mampu untuk menambah komitmen lain seperti perlindungan insurans?
Kos rawatan meningkat
Tahukah anda, kos perubatan di Malaysia meningkat dengan banyak iaitu pada kadar 12%-13% setiap tahun? Keadaan ini menyebabkan ada individu yang lebih rela untuk tidak mendapatkan rawatan berbanding terpaksa menanggung beban membayar kos rawatan mereka.
Sebagai contoh, kos rawatan bagi penyakit kritikal seperti kanser pada 10 tahun akan datang akan mengalami peningkatan yang ketara. Lihat sahaja jadual di bawah:
Pasti ada dalam kalangan anda yang tertanya-tanya apakah faktor yang menyebabkan berlakunya peningkatan pada kos perubatan? Untuk makluman, tiga faktor utama di bawah dipercayai menjadi pendorong utama kepada peningkatan kos perubatan di Malaysia:
- Peningkatan penyakit tidak berjangkit menyebabkan ramai individu perlu mendapatkan rawatan perubatan
- Ramai rakyat Malaysia hidup hingga usia tua – menyebabkan kenaikan permintaan ubat-ubatan
- Perkembangan teknologi perubatan untuk dapatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik
Keadaan ini mungkin dijangka akan berterusan. Jika anda tidak bersedia dari sekarang, anda mungkin akan mengalami nasib yang serupa seperti contoh tiga kejadian di atas.
Elak terduduk, menyesal kemudian hari
Perlindungan insurans mampu menyelamatkan anda dan keluarga. Anda pasti tidak sanggup sekiranya pada suatu hari terpaksa melelong harta anda semata-mata bagi menampung kos rawatan hospital.
Jika dilihat pada mata kasar, anda mungkin menganggap bahawa insurans adalah mahal dan sukar untuk ditanggung oleh anda untuk jangka masa yang panjang. Namun realitinya, anda hanya perlu membelanjakan kurang daripada RM8 sehari untuk perlindungan insurans. Jika anda boleh membeli secawan kopi berharga lebih RM10 setiap hari, mengapa tidak untuk insurans?
Anda perlu tahu dan sedar bahawa penyakit tidak kenal usia. Tidak ada sesiapa yang kebal dari terkena sebarang penyakit. Sebagai individu yang bijak, anda perlu bersiap sedia dari sekarang agak diri anda tidak berada dalam situasi yang menyukarkan kelak.
Dapatkan perlindungan insurans dari sekarang
Sekiranya anda rasa proses untuk mendapatkan insurans terlalu rumit, anda kini boleh mendapatkan ia secara online di Bjak. Dari harga serendah RM150/ sebulan untuk pelan lengkap semua-dalam-satu, anda kini boleh menarik nafas lega selepas mendapatkan perlindungan insurans buat diri anda pada harga terbaik.
Sumber: Berita Harian, Harian Metro