Memiliki kenderaan sememangnya merupakan suatu keperluan pada hari ini. Selain dapat memudahkan pergerakan, ia juga menjadi sumber pengangkutan yang utama lebih-lebih lagi jika tempat tinggal tidak memiliki pengangkutan awam dan jauh dari pejabat.
Namun, memiliki kenderaan juga bererti individu tersebut perlu bersedia dengan bermacam-macam lagi komitmen tambahan lain. Duit pinjaman dengan bank yang perlu dibayar setiap bulan, wang untuk kos servis kereta, wang kecemasan untuk kerosakan mengejut, wang untuk perbaharui insurans serta roadtax, minyak dan juga tol.
Berdasarkan komitmen-komitmen basic yang dinyatakan di atas, ada yang tidak boleh dikawal, seperti bayaran bulanan tetap kepada pihak bank dan yang boleh dikawal oleh kita, seperti kos servis kereta dan penggunaan minyak.
Justeru pada artikel kali ini, Bjak ingin kongsikan kepada anda tips yang boleh dilakukan bagi menjimatkan wang untuk minyak kenderaan anda setiap bulan. Mana tahu, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda lebih jimat selepas ini.
Kurangkan beban/ barang dalam kereta
Sesetengah daripada kita sering menjadikan kereta sebagai ‘stor’ bagi menyimpan barang-barang. Ada yang meletakkan kotak, beg, kasut dan pelbagai lagi sehingga membuatkan kereta dilihat semak dengan barang yang tidak penting.
Ia mungkin tidak nampak berbahaya memandangkan barang yang disimpan itu hanyalah barang-barang dalam kategori selamat. Namun tahukah anda, ia sebenarnya boleh merosakkan kereta pada jangka masa panjang? Menurut Automotive Fleet, lebihan 200 paun (kira-kira 90.7kg) boleh mengurangkan kecekapan bahan api sebanyak satu batu atau kira-kira 1.6km.
Selain menyebabkan petrol anda kehabisan dengan lebih cepat, kereta yang mempunyai atau membawa lebih muatan ini (terlalu berat) juga boleh merosakkan sistem suspensi kenderaan tersebut. Jadi nasihat untuk anda, pastikan anda arif atau mengetahui tentang beban maksimum yang boleh ditanggung oleh kenderaan anda dan cuba elak daripada melebihi had tersebut. Jangan hanya kerana berasa lebih ‘senang’ menyimpan barang dalam kereta, anda akhirnya terpaksa mengeluarkan kos untuk perkara yang anda boleh kawal dan elak dari awal.
Jangan biarkan enjin hidup terlalu lama ketika menunggu
Anda perlu memarkirkan kereta untuk menunggu seseorang dalam tempoh yang agak lama? Jika begitu, matikan dulu enjinkan kereta anda bagi mengelakkan enjin kereta anda berjalan dalam tempoh yang lama.
Dalam pada itu, anda dinasihatkan untuk tidak hidup dan matikan enjin kereta berulang kali dengan kerap dalam tempoh menunggu itu. Ini kerana, ia boleh menyebabkan minyak kereta ‘telan’ dengan lebih banyak.
Hanya matikan enjin kereta sekiranya anda pasti anda akan tunggu lama pada waktu itu dan buka sedikit tingkap untuk mendapatkan udara luar.
Kawal penggunaan aircond
Anda sendiri pasti sudah tahu bahawa penggunaan penghawa dingin atau aircond kereta dikuasakan oleh bahan api. Ya, gunakan aircond ketika memandu bukanlah satu isu, namun pastikan anda tidak kerap menggunakannya pada kelajuan/ tahap yang tertinggi.
Lebih sejuk aircond anda, bermakna lebih banyak bahan api yang digunakan. Sebaiknya, kekalkan ia pada kelajuan/ tahap yang biasa (lebih rendah). Bagi memastikan kereta anda lebih sejuk supaya tidak perlu membuka aircond pada tahap yang tinggi laju, anda boleh terlebih dahulu meletakkan kenderaan di kawasan yang teduh.
Jangan memecut laju secara tiba-tiba
Untuk makluman anda, memecut/ mempercepatkan kelajuan kenderaan secara tiba-tiba akan menyebabkan lebih banyak bahan api digunakan.
Selain itu, minyak juga akan cepat habis sekiranya anda terlibat dalam kesesakan jalan raya dan menekan pedal brek dan pedal gas dengan kerap.
Jadi untuk menjimatkan wang anda daripada kerap mengisi minyak, jangan kerap memecut dan jika boleh elak daripada memandu pada waktu puncak.
Servis kereta ikut waktu ditetapkan
Jangan terlepas sebarang janji temu servis kereta anda. Anda pasti tahu kepentingan untuk memeriksa kereta anda dengan kerap. Tukar minyak hitam, timing belt, coolant dan sebagainya apabila diperlukan bagi memastikan anda dapat memandu dengan selamat.
Selain itu, beberapa perkara lain yang perlu diganti semasa pemeriksaan ialah penapis udara dan penapis bahan api.
Kegagalan anda untuk memasukkan penapis baharu apabila tiba masanya bermakna kereta anda akan membakar petrol secara tidak cekap. Selain hanya menggunakan terus bahan api anda tanpa mengikut keperluan, anda juga pada akhirnya sekadar melepaskan gas berbahaya ke udara.
Semoga bermanfaat
Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda menjimatkan minyak kereta selepas ini.
Dalam pada itu, anda juga dinasihatkan untuk memastikan komponen-komponen kereta lain sentiasa berada di tahap yang baik bagi mengelakkan kerosakan. Untuk mengetahui lebih banyak tips mengenai kereta, sila baca artikel-artikel yang telah dikongsikan Bjak sebelum ini.
Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.