Makluman penting untuk semua pemilik kenderaan di luar sana!
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberitahu bahawa mana-mana pemilik kenderaan yang mempamerkan nombor pendaftaran ‘fancy’ atau tidak mengikut piawaian ditetapkan berdepan tindakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.
Pengarah JPJ, Datuk Khairul Khar Yahya seperti memetik laporan Sinar Harian berkata, tindakan itu diambil mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jelasnya, kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi di bawah Kaedah 6, Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959 boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM250 atau boleh didakwa di mahkamah dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Betulkan dulu nombor plat kenderaan
Selain denda dan penjara, pemilik berdaftar yang menggunakan nombor pendaftaran fancy juga akan diberikan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1).
Masa selama 10 akan diberikan untuk mereka lakukan pemeriksaan di mana-mana JPJ bagi membuat ‘pembetulan’ terhadap nombor plat tersebut.
“Mereka diberi masa selama sepuluh hari untuk hadir pemeriksaan di mana-mana JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan tersebut telah dibuat tindakan pembetulan dengan menukar nombor pendaftaran yang mengikuti spesifikasi,” katanya.
Apakah itu nombor plat fancy?
Nombor plat fancy merujuk kepada nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut piawaian atau spesifikasi yang telah ditetapkan oleh JPJ. Ia termasuklah dari segi:
- Saiz huruf dan nombor plat kenderaan
- Jenis ‘font’ yang digunakan pada huruf dan nombor plat kenderaan
- Jarak antara huruf dan nombor plat kenderaan
- Saiz bingkai hitam plat kenderaan
Apakah spesifikasi nombor plat yang ditetapkan JPJ?
Anda perlu tahu bahawa nombor plat kenderaan biasanya dikeluarkan dan diformatkan sama untuk mana-mana kenderaan bermotor yang menjalankan tayar getah, termasuk kenderaan persendirian, komersial, motosikal, kenderaan kecemasan dan peralatan berat terpilih (seperti kren yang dipasang di trak).
Kecuali nombor plat yang dikeluarkan untuk teksi, peniaga kenderaan dan diplomat, semua nombor plat kenderaan di Malaysia perlu menggunakan aksara berwarna putih dengan latar belakang hitam untuk bahagian depan dan belakang kereta.
Berikut merupakan contoh ukuran nombor plat yang dibenarkan bagi kenderaan persendirian:
Ikut peraturan ditetapkan
Jangan hanya kerana ingin kereta kelihatan cantik dimata, akhirnya anda terpaksa korbankan diri dan wang anda. Ikut sahaja peraturan ditetapkan kerana ia segalanya untuk kebaikan anda dan pengguna jalan raya lain!
Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.
Baca juga: