Skip to content
Home » Apa Perlu Buat Jika Anda Cedera Dilanggar Kenderaan Tiada Insurans?

Apa Perlu Buat Jika Anda Cedera Dilanggar Kenderaan Tiada Insurans?

    cedera dilanggar kemalangan tiada insurans

    Kemalangan di atas jalan raya memang sentiasa berisiko untuk berlaku. Namun, apa yang lebih malang adalah apabila terlibat dalam kemalangan bersama kenderaan yang tiada insurans, seperti insurans kereta dan lain-lain. Dah la kereta/ motosikal dilanggar, kita pula cedera dilanggar kenderaan tiada insurans itu. Memang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

    Sebelum ini, mungkin ada dalam kalangan pembaca di luar sana yang mungkin ‘berputus asa’ dan menanggung sahaja kos rawatan sendiri selepas dilanggar oleh kenderaan tanpa insurans. Apatah lagi apabila pihak tersebut juga seolah-olah tidak mengakui kesalahannya dan tidak cuba untuk bertanggungjawab.

    Namun tahukah anda, sebenarnya ada cara lain yang boleh membantu menanggung kos rawatan bagi kecederaan anda dalam situasi sedemikian. Apakah ia? Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut. 

    Tuntut ganti rugi menerusi MIB

    Untuk makluman anda, anda boleh menuntut ganti rugi menerusi Motor Insurers’ Bureau (MIB) bagi membantu menanggung kos rawatan bagi kecederaan yang anda alami. 

    Apakah itu MIB? 

    MIB ini sebenarnya satu dana khas yang disediakan bagi melindungi pengguna jalan raya yang cedera dilanggar kenderaan tiada insurans atau mungkin sukar untuk dikesan.

    Dana MIB ini diperoleh daripada syarikat insurans juga. Sekadar makluman tambahan, setiap tahun semua syarikat insurans wajib untuk membuat caruman ke dalam MIB, sama seperti kita sebagai pekerja mencarum KWSP mahupun PERKESO.

    Nak tuntut ganti rugi menerusi MIB? Fahami dulu perkara-perkara ini

    1. Sila catatkan nombor plat kenderaan yang melanggar anda. MIB tidak terima kes langgar lari ya. 
    2. Tuntutan anda boleh dibuat sendiri terus kepada MIB atau melalui peguam anda.
    3. Tuntutan anda itu perlu dibuat dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kemalangan.
    4. Jika anda melantik peguam dan berhasrat untuk menyaman kenderaan tersebut, sila maklumkannya kepada MIB dalam tempoh 30 hari sebelum memfailkan saman.
    5. MIB hanya membayar pampasan untuk kecederaan sahaja dan tidak akan membayar sebarang tuntutan terhadap kerosakan pada kenderaan, harta benda, kecacatan sehingga hilang mata pencarian dan lain-lain.
    6. Jumlah bayaran (tuntutan) akan ditentukan sendiri oleh MIB.

    Senarai dokumen yang diperlukan adalah:

    • Surat rasmi tuntutan anda yang mengandungi butiran serta maklumat kemalangan
    • Salinan asal laporan polis berserta nombor plat kenderaan yang melanggar anda
    • Laporan polis kenderaan yang melanggar anda JIKA ADA
    • Laporan perubatan anda akibat kemalangan tersebut

    Sila hantar dokumen-dokumen tersebut ke:

    Motor Insurers’ Bureau Of West Malaysia

    Wisma PIAM, No. 150-3, 3rd Floor, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50782, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50782 Kuala Lumpur, Malaysia

    Phone: +60 3-2274 7395

    Biasanya, bayaran sebanyak RM100 akan dikenakan kepada anda selepas menerima jawapan balas dari pihak MIB. Bayaran tersebut adalah untuk mereka lakukan siasatan bagi kes kemalangan tersebut. Prosesnya juga mungkin akan mengambil masa dan anda disarankan untuk sentiasa mendapatkan perkembangan daripada pihak mereka pada setiap bulan. 

    Semoga perkongsian ini dapat membantu anda!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: