Skip to content
Home » Apa Kelebihan Jika Ambil Travel Insurance Untuk Percutian Domestik?

Apa Kelebihan Jika Ambil Travel Insurance Untuk Percutian Domestik?

    Travel insurance domestik

    Biasanya, ramai orang hanya akan mengambil perlindungan travel insurance atau insurans perjalanan hanya apabila mereka ingin bercuti ke luar negara. Namun sebenarnya, tahukah anda bahawa mendapatkan perlindungan insurans untuk percutian domestik (dalam negara) juga banyak kelebihannya.

    Anda perlu ingat bahawa malang tidak berbau dan kemalangan atau kecelakaan boleh berlaku di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Disebabkan itu, anda digalakkan juga untuk mengambil insurans meskipun hanya melakukan percutian dalam negara.

    Apa itu Travel Insurance Domestik?

    Travel insurans atau insurans perjalanan domestik merupakan sejenis pelan insurans yang direka khusus untuk rakyat Malaysia yang akan melancong di dalam negara. Polisi ini akan menyediakan perlindungan-perlindungan lazim termasuklah perubatan kecemasan, kemalangan, kelewatan atau pembatalan penerbangan, kerosakan atau kehilangan bagasi serta sebarang keadaan lain yang boleh berlaku ketika dalam tempoh bercuti (seperti yang terkandung di dalam polisi).

    Mengapa anda perlukan insurans untuk perjalanan domestik?

    Seperti yang dinyatakan di atas tadi, malang tidak berbau dan ia boleh berlaku di mana-mana sahaja anda berada. 

    Insurans perjalanan berperanan untuk melindungi anda daripada sebarang keperluan khusus akibat daripada situasi yang tidak dijangka ketika sedang melancong. 

    Contohnya jika anda kemalangan sehingga memerlukan rawatan di hospital ketika sedang bercuti. Insurans perjalanan inilah yang akan membantu melindungi anda dan seterusnya mengurangkan bebanan kewangan yang mungkin terpaksa ditanggung.

    Begitu juga senario lain seperti kehilangan bagasi atau penerbangan anda dibatalkan. Dengan adanya insurans, ia dapat membantu membayar pampasan kepada anda (dalam jumlah tertentu dan ditetapkan) dan seterusnya mengelakkan daripada menanggung kerugian melampau.

    Perlindungan insurans untuk perjalanan domestik adalah sama pentingnya dengan perjalanan ke luar negara. Secara ringkasnya dengan memiliki travel insurance domestik, anda boleh menikmati kelebihan-kelebihan berikut:

    • Anda akan dibayar balik untuk perbelanjaan perubatan yang ditanggung dalam negara
    • Jika berlaku kemalangan, anda akan menerima perlindungan kewangan yang lengkap
    • Anda layak mendapat pampasan atau bayaran balik jika berlaku sebarang kelewatan atau pembatalan dalam perjalanan
    • Anda akan menerima wang tunai kecemasan jika anda kehabisan wang tunai
    • Bantuan kecemasan 24/7 akan tersedia untuk anda

    Apakah perkara yang dilindungi dalam Travel Insurance Domestik?

    Berikut antara perlindungan-perlindungan yang lazimnya disediakan di dalam polisi insurans perjalanan domestik:

    Perlindungan perubatan

    Sama seperti insurans perjalanan untuk ke luar negara, insurans perjalanan domestik juga menyediakan perlindungan untuk kemalangan dan sebarang isu kesihatan lain yang mungkin berlaku kepada anda ketika sedang bercuti. Ciri ini boleh berguna untuk orang yang tidak mempunyai insurans kesihatan atau mempunyai julat terhad.

    Pembatalan atau kelewatan penerbangan

    Penerbangan anda ditangguh atau dibatalkan? Anda layak untuk membuat tuntutan insurans bagi menanggung kerugian yang dialami dengan adanya insurans perjalanan.

    Kehilangan bagasi

    Jika anda bimbang bagasi anda mungkin hilang ataupun rosak semasa dalam transit, maka anda membuat pilihan yang tepat jika membeli insurans perjalanan. Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan mempunyai polisi pampasan untuk kehilangan bagasi, tetapi mereka biasanya tidak dapat menampung jumlah kos barang-barang anda. Jadi, insurans perjalanan mampu memberikan perlindungan penuh jika bagasi anda hilang.

    Dapatkan insurans untuk percutian dalam negara

    Meskipun anda hanya ingin bercuti di dalam negara, tidak salah jika anda turut mendapatkan perlindugan insurans perjalanan untuk diri anda. Ia sekurang-kurangnya dapat membantu anda jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka ketika atau sebelum bercuti. 

    Untuk mendapatkan satu pelan travel insurance domestik ini sebenarnya tidaklah mahal pun. Ada pelan insurans yang menawarkan harga serendah RM30 sahaja. Semuanya bergantung kepada pelan yang anda pilih dan ingin perolehi. 

    Untuk lebih mudah, kini anda boleh dapatkan juga insurans perjalanan untuk percutian domestik menerusi Bjak. Ada 10 jenama insurans untuk dibandingkan dan anda bolehlah pilihlah satu pelan yang mengikut bajet anda.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia dan telah dipercayai lebih 3 juta pengguna. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: