Skip to content
Home » Kelebihan & Kekurangan Kereta Elektrik

Kelebihan & Kekurangan Kereta Elektrik

    kelebihan & kekurangan EV - cover

    Sukar untuk kita nafikan bahawa kereta elektrik (EV) kini semakin mendapat tempat dalam kalangan hati pengguna dari hari ke hari. Ia mungkin akan menjadi kenderaan pilihan untuk tahun-tahun akan datang. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk anda ketahui berapa harga kereta elektrik, dan faedah serta kelemahan sebelum membuat sebarang pembelian. Jangan risau kerana kami akan senaraikan kebaikan dan keburukan kereta elektrik dalam artikel ini untuk anda rujuk.

    Kebaikan

    Emisi sifar

    Seperti yang anda ketahui, kereta elektrik tidak mempunyai sistem ekzos. Bateri memberi kuasa kepada motor dan semua komponen elektrik dalam kereta. Oleh itu, ia tidak menghasilkan sebarang bahan buangan. Beralih kepada kenderaan elektrik pastinya boleh menyumbang kepada udara yang lebih bersih dan persekitaran yang lebih sihat.

    Kos rendah

    Tidak dapat dinafikan bahawa dengan mengecas kenderaan anda semalaman di rumah lebih menjimatkan kos daripada perlu mengisi kereta minyak petrol setiap hari. Mengikut anggaran, kos untuk kereta elektrik dicas sepenuhnya adalah jauh lebih rendah daripada mengisi penuh kereta dengan minyak petrol untuk jarak perjalanan yang sama. Tambahan lagi, kos penyelenggaraan kereta elektrik lebih murah berbanding kereta biasa.

    Senyap dan selesa

    Kereta konvensional yang ada di jalan raya kini sememangnya agak bising dikuasakan dengan enjin. Manakala kenderaan elektrik pula boleh dikatakan senyap dan tidak mengeluarkan bunyi kerana tidak mempunyai enjin. Disebabkan itu, terdapat juga kenderaan elektrik yang sanggup menambah penjana bunyi bagi memastikan pejalan kaki menyedari kehadiran kenderaan mereka. Tambahan pula, tidak hairanlah kereta elektrik lebih selesa kerana baterinya dipasang di tempat yang rendah di dalam kereta, dan motor elektrik memerlukan ruang yang lebih kecil berbanding enjin kenderaan biasa.

    Keburukan

    Tempat untuk mengecas

    Kenderaan elektrik memerlukan tenaga elektrik untuk bergerak. Disebabkan itu, ianya perlu dicas sebelum boleh dipandu. Anda kebiasaannya akan diberikan pengecas fast-charging secara percuma sebaik sahaja anda membeli kenderaan elektrik. Dengan cara itu anda boleh mengecas kereta anda semalaman, dengan syarat anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan kereta anda selepas memasang pengecas. Selain itu, tidak banyak tempat pengecasan yang tersedia untuk umum, jadi kemudahan pasti menjadi masalah.

    Masa mengecas

    Ia mungkin akan mengambil masa beberapa minit untuk mengisi minyak kereta konvensional, bagaimanapun, itu tidak berlaku untuk kenderaan elektrik. Anda boleh mengecas kenderaan anda semalaman tetapi ia tidak menjamin perjalanan dengan jarak yang jauh.

    Harga pembelian mahal

    Jika anda tertanya-tanya tentang harga kenderaan elektrik, anda mungkin akan terkejut apabila mengetahui anda mungkin perlu mengeluarkan lebih RM150k untuk membeli kenderaan elektrik. Model kenderaan elektrik yang mewah boleh mencecah sehingga RM580k.

    Kesimpulannya, sekarang anda tahu lebih banyak tentang kebaikan dan keburukan kereta elektrik, apakah pendapat anda? Mungkin anda boleh lihat dan cuba sendiri kereta elektrik yang terdapat di Malaysia sebelum anda buat keputusan.

    Diskaun dan Insentif

    Di kebanyakan negara yang membangun, EV kini lebih dipromosikan berbanding kereta petrol tradisional dalam usaha global untuk melestarikan alam sekitar. Jadi, tidak hairanlah syarikat insurans menawarkan diskaun untuk pemilik EV kerana faedah alam sekitar yang dikaitkan dengan kereta mereka.

    Oleh itu, mencari perlindungan yang menawarkan diskaun istimewa dan insentif dari kerajaan yang boleh mengurangkan kos pemilikan EV amat disyorkan, kerana ini juga menentukan premium insurans anda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: