Memperbaharui cukai jalan adalah satu kewajipan bagi semua pemilik kenderaan di Malaysia. Tanpa roadtax yang sah, anda boleh dikenakan saman atau kenderaan anda boleh disita.
Kini, proses pembaharuan lebih mudah dan fleksibel. Anda boleh memperbaharui sama ada secara bersemuka di kaunter atau atas talian, bergantung pada bajet dan keselesaan anda.
Perbandingan Kaedah Pembaharuan Roadtax

Langkah-Langkah Pembaharuan Roadtax
1. Semak Tarikh Tamat Tempoh
Semak melalui portal JPJ atau aplikasi mudah alih MyJPJ.
2. Perbaharui Insurans Kenderaan
Cukai jalan hanya boleh diperbaharui jika insurans masih aktif. Anda boleh beli melalui:
- JPJ
- MyEG
- Bjak
- Syarikat insurans secara langsung
3. Pilih Kaedah Pembaharuan
Pilih sama ada mahu perbaharui di kaunter atau atas talian (digital atau fizikal).
4. Lakukan Pembayaran
Jumlah bayaran bergantung kepada jenis kenderaan dan kapasiti enjin.
5. Terima Cukai Jalan
- Digital: Boleh diakses melalui aplikasi MyJPJ
- Fizikal: Dihantar dalam beberapa hari bekerja (jika pilih penghantaran)
Anggaran Kos Cukai Jalan Mengikut Jenis Kenderaan

Perlu Beli Insurans Dulu?
Ya. Insurans kenderaan yang masih aktif diperlukan sebelum boleh memperbaharui cukai jalan.
Dua jenis utama insurans ialah:
- Insurans Komprehensif – melindungi kenderaan anda dan pihak lain
- Insurans Pihak Ketiga – hanya lindungi kerosakan atau kecederaan kepada pihak lain
Kesimpulan
Pembaharuan cukai jalan kini lebih mudah dengan pilihan atas talian dan digital. Sama ada anda ingin ke kaunter atau urus semuanya dari rumah, anda boleh sesuaikan mengikut keperluan sendiri.Untuk proses pantas tanpa caj tambahan, cukai jalan digital melalui JPJ atau aplikasi MyJPJ adalah antara pilihan terbaik.
Baca Juga:
Di Mana Boleh Buat Perbandingan Insurans & Cukai Jalan Kenderaan di Malaysia?
Cara Mendapatkan Makluman Pembaharuan Cukai Jalan Di Malaysia
Boleh Kami Perbaharui Cukai Jalan Melalui Pihak Insurans Dalam Malaysia?

