Skip to content
Home » Insurans Kereta di Malaysia: Panduan Lengkap untuk Pemandu Baru

Insurans Kereta di Malaysia: Panduan Lengkap untuk Pemandu Baru

Insurans Kereta di Malaysia: Panduan Lengkap untuk Pemandu Baru

Mulakan perjalan anda sebagai pemandu di Malaysia memang seronok, Tetapi,  sebelum kita ingin memandu, kami perlu pastikan yang kita telah memperbaharui insurans & roadtax kereta kami terlebih dahulu. Kerana tanpa insurans tiada roadtax, tanpa roadtax boleh kena saman. Dengan itu, boleh sahaja rujuk pada artikel dibawah untuk semakan panduan lengkap yang telah disedia & perlu ditahu sebagai pemandu baru dalam Malaysia. 


Apa Itu Insurans Kereta?

Insurans kereta, bukan setakat dokumen yang perlu kita ada untuk perbaharui roadtax tetapi ia juga adalah perlindungan bagi pemilik kereta, dari segi apa majoriti orang tanya? perlindungan tersebut bergantung pada jenis perlindungan & tambahan yang dibuat pada pembelian insurans, Malah, bergantung pada jenis perlindungan, kita boleh juga hubungi pihak insurans untuk bantuan tepi jalan sekira berlaku sebarang breakdown atau perkara seperti tayar pancit/habis petrol. 


Jenis Insurans Kereta di Malaysia

Insurans kereta bukan tertakluk pada 1 jenis sahaja. Sebenarynya ada 3 jenis perlindungan yang boleh dipilih tetapi bergantung pada usia kenderaan & apa dilulus pihak insurans. 

JenisApa yang DilindungiSesuai Untuk
KomprehensifKereta anda + kenderaan lain, kecurian, kebakaranPemilik kereta baru, pemandu baru
Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian (TPFT)Kenderaan lain + kecurian/kebakaran untuk kereta andaKereta lama, bajet sederhana
Pihak Ketiga SahajaKerosakan kenderaan lain dan kecederaanPilihan paling murah, perlindungan minimum
Bagi pemandu baru, insurans komprehensif biasanya pilihan lebih baik. Walaupun kosnya lebih tinggi, perlindungan lebih menyeluruh dan memberikan ketenangan hati.
Carta perbandingan insurans kereta: Komprehensif, TPFT, dan Pihak Ketiga dengan ikon.

Berapakah Kos Insurans Kereta di Malaysia?

Kos insurans kereta bergantung pada beberapa faktor. Sebagai contoh:

  • Nilai kereta: Semakin mahal kereta, semakin tinggi premium.
  • Umur & pengalaman pemandu: Pemandu muda biasanya bayar lebih.
  • Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD): Jika tiada tuntutan dibuat, anda dapat diskaun sehingga 55%.
  • Jenis perlindungan: Komprehensif lebih mahal berbanding pihak ketiga kerana kandugan perlindungan yang disedia. 

Anggaran kos bagi pemandu baru dalam Malaysia:

Jenis PerlindunganAnggaran Kos (RM)Nota
KomprehensifRM1,200–RM2,000Perlindungan penuh
TPFTRM800–RM1,200Pilihan pertengahan
Pihak KetigaRM500–RM800Termurah, perlindungan minimum
Akibatnya, kebanyakan pemandu baru memilih komprehensif kerana risiko kemalangan lebih tinggi pada peringkat awal.
Carta bar menunjukkan anggaran kos insurans Komprehensif, TPFT, dan Pihak Ketiga di Malaysia.

Cara Membeli Insurans Kereta di Malaysia

Kini, membeli insurans kereta lebih mudah berbanding dahulu. Anda tidak perlu lagi beratur panjang di cawangan. Sebaliknya, semuanya boleh dibuat secara dalam talian.

Infografik langkah demi langkah membeli insurans kereta secara online: banding harga, pilih perlindungan, isi maklumat, bayar, terima polisi.

Langkah-langkahnya:

  1. Pilih perlindungan → Komprehensif, TPFT atau pihak ketiga.
  2. Bandingkan harga → Guna platform seperti Bjak, MyEG, atau terus dengan syarikat insurans.
  3. Isi maklumat peribadi → Nombor plat kereta, IC, dan butiran lain.
  4. Semak polisi → Fahami terma, syarat, dan pengecualian.
  5. Buat bayaran → FPX atau kad kredit/debit.
  6. Terima polisi segera → Melalui e-mel atau WhatsApp.
  7. Renew Roadtax → Melalui MyJPJ, MyEG, Pos Malaysia, atau Bjak.

Disebabkan proses ini serba digital, ia sangat cepat dan mesra pengguna, terutama untuk pemandu baru.


Kesilapan Biasa Pemandu Baru

Pemandu baru sering terjebak dengan kesilapan berikut:

  • Pilih polisi termurah tanpa faham perlindungan sebenar.
  • Abaikan tambahan seperti bantuan tepi jalan atau tunda tanpa had.
  • Tidak ambil kira manfaat NCD.
  • Lewat memperbaharui polisi hingga wujud jurang perlindungan.

Untuk elak masalah, bandingkan polisi dengan teliti dan pilih yang benar-benar sesuai.


Perlindungan Tambahan yang Patut Dipertimbangkan

Insurans asas tidak semestinya mencukupi. Sebenarnya, perlindungan tambahan boleh membantu dalam situasi kecemasan. Antara pilihan popular:

  • Bantuan tepi jalan (tukar tayar, hantar minyak, hidupkan bateri).
  • Tunda tanpa had jika kereta rosak.
  • Perlindungan bencana alam (banjir, tanah runtuh).
  • Perlindungan cermin kereta untuk retakan atau gantian.

Walaupun premium sedikit meningkat, tambahan ini memberi jaminan keselamatan lebih baik.


Soalan Lazim: Insurans Kereta di Malaysia

1. Bolehkan saya memandu tanpa insurans di Malaysia?
Tidak. Ia melanggar undang-undang dan cukai jalan tidak boleh diperbaharui.

2. Apakah insurans terbaik untuk pemandu baru?
Insurans komprehensif kerana melindungi kereta sendiri dan pihak lain.

3. Boleh tukar syarikat insurans kemudian?
Ya. Anda boleh beralih semasa tempoh pembaharuan.

4. Bagaimana untuk dapatkan insurans paling murah?
Kekalkan NCD, banding harga dalam talian, dan elak tambahan yang tidak perlu.


Kesimpulan

Membeli insurans kereta di Malaysia tidaklah serumit yang disangka. Dengan panduan ini, boleh sahaja semakan pelbagai maklumat seperti jenis perlindungan & faedah yang tersedia, ataupun boleh sahaja buat bandingan insurans yang tersedia untuk kereta anda. Dengan mengetahui maklumat tersebut awal-awal, boleh sahaja buat pembelian insurans dengan lancar & juga berpeluang untuk berjimat masa/duit. 

Baca Juga:

Tempoh Renew Roadtax Online Malaysia

Jimat Perbaharui Roadtax Online

Insurans Kereta dengan Tunda & Hantar Minyak