Skip to content
Home » Takaful vs Insurans Konvensional: Mana Perlu Dipilih?

Takaful vs Insurans Konvensional: Mana Perlu Dipilih?

Takaful vs Insurans Konvensional: Mana Perlu Dipilih?

Bila bab pilihan insurans kereta di Malaysia boleh menjadi agak rumit, terutamanya bagi pemandu baru yang tidak mengetahui konsep Takaful & Konvensional. Bagi kedua-dua jenis sah sahaja untuk pembelian insurans bagi terus pembaharuan roadtax, tetapi dia berbeza dari segi konsep seperti, perlindungan & kos. Dengan artikel ini kami boleh semakan  takaful vs insurans konvensional & perbezaannya untuk buat keputusan yang bijak.

Apa Itu Insurans Takaful?

Takaful ialah insurans patuh syariah. Semua yang membeli polisi tersebut bukan sahaja buat pembelian untuk coverage sendiri tetapi menyumbang kepada satu tabun dana. Dengan dana itu, ia diguna untuk membantu ahli lain apabila berlaku kemalangan. Konsep dia berasas dari tolong-menolong(ta’awun) dan bebas dari unsur-unsur riba. 

Ciri utama:

  • Patuh syariah, diluluskan Majlis Penasihat Syariah.
  • Dana dikongsi sesama peserta.
  • Lebihan (surplus) boleh diagihkan semula kepada peserta.

Apa Itu Insurans Konvensional?

Insurans konvensional pula berasaskan model perniagaan. Bila anda buat bayaran premium pada pihak insurans, pihak tersebut akan menanggung risiko kerugian.

Ciri utama:

  • Tidak berasaskan prinsip syariah.
  • Premium dianggap sebagai “jual beli risiko”.
  • Keuntungan kekal kepada syarikat insurans.
 “Infografik perbandingan definisi insurans Takaful (tolong-menolong, patuh Shariah) vs insurans konvensional (model perniagaan, pemindahan risiko).”

Perbandingan Takaful vs Insurans Konvensional

AspekTakafulInsurans Konvensional
KonsepTolong-menolong, patuh syariahModel perniagaan, tidak patuh syariah
DanaDikongsi pesertaDikawal syarikat
Lebihan / SurplusDikongsi semulaUntuk syarikat
PenerimaanSesuai untuk Muslim & bukan MuslimSesuai untuk semua pemandu
HargaUmumnya setanding dengan konvensionalUmumnya setanding dengan Takaful
 “Perbandingan visual antara insurans Takaful dan konvensional di Malaysia: konsep, pengurusan dana, lebihan, kesesuaian, dan harga.”

Faktor untuk Membuat Pilihan

  1. Keutamaan Agama – Jika anda pentingkan patuh syariah, Takaful adalah pilihan jelas.
  2. Kos – Kedua-dua biasanya setanding, tetapi promosi dan diskaun berbeza ikut syarikat.
  3. Manfaat Tambahan – Sesetengah Takaful atau konvensional menawarkan pakej tambahan seperti bantuan tepi jalan atau tunda percuma.
  4. Pengalaman Pengguna – Semak ulasan atau pengalaman rakan dengan syarikat tertentu.
 “Infografik senarai semak faktor utama memilih insurans kereta Takaful atau konvensional: agama, kos, faedah tambahan, ulasan pelanggan.”

Kesimpulan

Takaful dan insurans konvensional masing-masing ada kelebihan. Jika anda mengutamakan prinsip syariah, Takaful adalah pilihan tepat. Jika tidak, insurans konvensional juga memberi perlindungan sah di sisi undang-undang. Yang penting, pastikan polisi anda aktif supaya boleh memperbaharui cukai jalan dan memandu dengan tenang.

Baca Juga:

Banding & Beli Insurans Kereta Online Malaysia

Perbaharui Roadtax Online Malaysia Dengan Cepat

Easy Car Replacement in Car Insurance: Malaysia Driver’s Guide