Skip to content
Home » Gim Kini Dibuka Kecuali di Fasa 1. Ini SOP yang Perlu Anda Ikuti

Gim Kini Dibuka Kecuali di Fasa 1. Ini SOP yang Perlu Anda Ikuti

    Gyms are back in operation in Phase 2, 3 and 4 states in Malaysia

    Pemilik dan pengusaha gimnasium akhirnya boleh menarik nafas lega kerana gimnasium di negeri fasa 2, 3 dan 4 telah dibenarkan beroperasi mulai 17 September 2021. Bagi mereka di Kedah – satu-satunya negeri di Fasa 1 – bertenang. Kedah akan beralih ke Fasa 2 pada 1 Oktober! Untuk pengendali dan pengguna gim, berikut adalah SOP gim yang harus diikuti.

    Terjemahan: Gim kini dibuka. Sila ikut SOP terutamanya garis panduan pengudaraan. Nikmati hidup sihat!

    Negeri selain di fasa 1 dibenarkan membuka semula gim

    Seperti yang telah disebutkan, gimnasium di semua negeri kecuali di Fasa 1 kini boleh dibuka semula. Tiga indikator ini menentukan fasa setiap negeri atau wilayah:

    1. Purata jumlah kes baru harian Covid-19
    2. Penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU)
    3. Peratusan populasi yang diberi vaksin lengkap*

    * Catatan: Individu yang diberi vaksin lengkap adalah mereka yang telah melepasi:

    • 14 hari selepas menerima dos kedua vaksin Covid-19 (Pfizer / AstraZeneca / Sinovac / Moderna / Sinopharm), atau
    • 28 hari selepas menerima dos pertama vaksin Covid-19 (Johnson & Johnson / Cansino).

    Ini adalah negeri dan wilayah mengikut fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara setakat 29 September 2021.

    Fasa 1Kedah
    Fasa 2Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Sabah
    Fasa 3Perlis, Pahang, Terengganu, Sarawak
    Fasa 4Negeri Sembilan, Labuan
    Nota: Negeri di Fasa 1 mempunyai sekatan yang paling ketat. Sekatan ini akan dilonggarkan secara beransur-ansur ke fasa berikutnya mengikut garis panduan kerajaan

    Mengikut SOP itu, pengoperasian semua fasaliti sukan dan rekreasi tertutup (indoor) dibenarkan untuk negeri di negeri Fasa 2 dan 3 PPN, dengan pematuhan 50% kapasiti penggunaan atau kawasan dengan kawalan penyeliaan.

    SOP gim untuk pengendali gim

    1. Sistem Pengudaraan

    • Pastikan tempat mempunyai sistem pengudaraan (ventilation) yang baik dan mematuhi peraturan yang ditetapkan
    • Pastikan pemeriksaan dan penyelenggaraan dilakukan secara berkala bagi memastikan sistem penyaman udara atau kipas berfungsi dengan baik
    • Mengekalkan kadar pengudaraan dan julat suhu yang ideal seperti yang ditetapkan Pihak Berkuasa yang berkaitan
    • Disarankan untuk meminimakan bilangan pengguna bagi memastikan kadar pengudaraan yang baik
    • Lain-lain langkah yang bersesuaian dan mematuhi peraturan yang ditetapkan Pihak Berkuasa yang berkaitan.

    2. Status vaksinasi pekerja

    Pastikan semua pekerja di gim sudah melengkapkan suntikan vaksin

    3. Kapasiti pekerja

    • Fasa 2 – Tidak boleh melebihi 60% tenaga kerja termasuk kakitangan pengurusan dan operasi
    • Fasa 3 – Tidak boleh melebihi 80% tenaga kerja termasuk kakitangan pengurusan dan operasi
    • Fasa 4 – Kapasiti 100%

    4. Kapasiti pelanggan

    • Fasa 2 & 3 – Kapasiti 50% (di bawah penyeliaan ketat)
    • Fasa 4 – Kapasiti 100%

    5. Waktu operasi

    • Fasa 2 – 6 pagi – 10 malam
    • Fasa 3 – 6 pagi – 12 tengah malam
    • Fasa 4 – Tertakluk kepada syarat lesen

    SOP untuk pengguna gim

    Hanya individu yang telah melengkapkan vaksin dibenar untuk masuk dan menggunakan kemudahan gim. Bagaimanapun, ibu bapa yang telah mendapat vaksin lengkap boleh bawa bersama anak yang berumur 17 tahun dan ke bawah.

    Sila patuhi SOP untuk kekal selamat

    Silakan untuk bersenam di gimnasium, namun sentiasalah ingat untuk mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.

    Bjak adalah penyedia pelan insurans lengkap semua-dalam-satu secara atas talian. Dapatkan insurans nyawa dan perubatan dari serendah RM150/ bulan hari ini

    Rujukan: Sumber 1, Sumber 2, Sumber 3, Sumber 4