Skip to content
Home » Takaful vs Insurans Konvensional: Panduan Pilihan Pemandu Malaysia

Takaful vs Insurans Konvensional: Panduan Pilihan Pemandu Malaysia

Takaful vs Insurans Konvensional: Panduan Pilihan Pemandu Malaysia

Pengenalan

Ramai pemandu keliru bila tiba masa untuk memperbaharui perlindungan kenderaan: patut pilih Takaful atau kekal dengan insurans konvensional? Kedua-duanya sah di Malaysia, diluluskan oleh Bank Negara, tetapi ada perbezaan besar dari segi konsep, operasi, dan manfaat. Artikel ini kupas perbandingan Takaful vs insurans konvensional supaya anda boleh buat pilihan lebih bijak.

Jadual Perbandingan Ringkas

AspekTakaful MalaysiaInsurans Konvensional
KonsepBerasaskan tolong-menolong (tabarru’)Berasaskan kontrak jual-beli risiko
Pengendalian DanaDana milik peserta bersamaDana milik syarikat insurans
KeuntunganDikongsi semula dengan peserta (jika ada lebihan)Semua keuntungan milik syarikat
Patuh SyariahYa, bebas unsur riba/gharar/maisirTidak patuh syariah
PopularitiLebih digemari oleh pengguna MuslimDigunakan secara meluas oleh semua pemandu

Infografik perbandingan Takaful vs insurans konvensional dengan ikon solidariti, keuntungan, dan kepatuhan syariah.

Apa Itu Takaful?

Insurans Takaful adalah perlindungan kewangan yang patuhi Shariah prinsip Islam. Peserta akan menyumbang dana ke dalam satu tabung, dan akan diguna untuk membantu ahli lain jika berlaku sebarang kemalangan atau kerugian. Jika ada lebihan pada akhir  tahun, jumlah baki tersebut akan diagihkan kepada semua peserta.

Apa Itu Insurans Konvensional?

Insurans konvensional pula berfungsi sebagai kontrak antara anda dengan syarikat. Anda bayar premium, dan syarikat tanggung risiko. Jika anda tiada buat tuntutan, jumlah keuntungan kekal dimiliki pihak insuran & bukan pada peserta

Kelebihan & Kekurangan

Kelebihan Takaful

  • Patuh syariah, bebas riba
  • Konsep tolong-menolong (solidariti)
  • Potensi agihan lebihan caruman

Kekurangan Takaful

  • Premium kadang lebih tinggi berbanding insurans biasa
  • Pilihan produk kurang meluas berbanding syarikat konvensional

Kelebihan Insurans Konvensional

  • Lebih banyak pilihan syarikat dan pakej
  • Ada promosi / diskaun tertentu
  • Proses tuntutan biasanya lebih laju (bergantung syarikat)

Kekurangan Insurans Konvensional

  • Tidak patuh syariah
  • Keuntungan hanya untuk syarikat, tiada agihan lebihan

Bila Patut Pilih Takaful?

  • Anda utamakan perlindungan patuh Syariah
  • Untuk keadalian kerana lebihan akan diagih semula
  • Bagi yang sokong konsep kerjasama dalam perlindungan

Bila Patut Pilih Insurans Konvensional?

  • Jika anda mahu lebih banyak pilihan pakej dan harga
  • Jika anda pentingkan kelajuan tuntutan (bergantung syarikat tertentu)

Cara Buat Perbandingan Harga

Tak kira pilih Takaful atau insurans konvensional, anda boleh semak harga online melalui:

  • BJAK – platform perbandingan insurans & Takaful terbesar di Malaysia
  • MyEG, JPJ, MyJPJ – untuk semak dan perbaharui roadtax bersama insurans
  • Pos Malaysia – untuk perbaharui roadtax secara fizikal

Kesimpulan

Akhirnya, pilihan antara Takaful vs insurans konvensional bergantung pada nilai peribadi dan bajet anda. Jika syariah compliance penting, Takaful adalah pilihan tepat. Jika anda cari lebih fleksibiliti harga dan produk, insurans konvensional mungkin lebih sesuai. Apa pun, pastikan anda buat perbandingan dahulu di platform seperti BJAK supaya dapat perlindungan terbaik pada harga berbaloi.

Kelebihan Guna Roadtax Digital Berbanding Fizikal

Cara Elak Saman JPJ Semasa Roadblock

Bezakan Cover Note vs Polisi Penuh Insurans Kereta